in , ,

Kenali Iqie Hugh, Penulis Lirik & Komposer Yang Pemalu Tapi Berbakat Besar!

Penulis lirik dan komposer yang semakin menonjol, Iqie Hugh, mengungkapkan perasaan terkejut dan teruja apabila lima lagu ciptaannya berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) baru-baru ini.

Lima lagu tersebut, iaitu “Waktu,” “Tusuk,” “Ilusi,” “Racun,” dan “Kalam,” menandakan kejayaan Iqie yang kini mendominasi pencalonan pada edisi kali ini. Dalam sidang media pengumuman 30 buah lagu yang layak ke SFMM38 di Jiospace, Damansara, beliau menyatakan kegembiraan dan rasa syukur.

“Alhamdulillah bersyukur sangat apabila lima buah lagu saya berjaya layak ke SFMM38. Saya sendiri tidak diberitahu apa-apa. Awalnya mereka maklumkan dua buah lagu sahaja. Tiba-tiba lagu saya disebut lagi dan lagi. Teruja dan sangat dihargai apabila lagu ciptaan sendiri layak. Lagu yang layak pun atas pilihan juri dan peminat yang undi. Tidak sangka sama sekali,” katanya dengan penuh keterujaan.

https://youtu.be/VBmkVeyt2Xw?si=xua3lSsHn7PflNkC

Apabila ditanya tentang harapan untuk mencipta ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), Iqie Hugh mengakui bahawa dia tidak ingin menetapkan harapan yang terlalu tinggi. Bagi lima lagu yang dipertandingkan pada SFMM38, dia menyatakan rasa syukur dan menerima rezeki seadanya.

“Untuk lima lagu ini saya tidak meletakkan harapan yang tinggi, namun kalau layak ke AJL, bersyukur sangat dan anggap itu rezeki. Saya tidak mahu terlalu berharap sepertimana saya letak harapan yang tinggi pada lagu ‘Sembah’ nyanyian Naim Daniel pada edisi yang lalu, kemudian lagu itu tidak berjaya ke pentas AJL. Nanti saya kecewa,” jelasnya dengan rendah hati.

Iqie Hugh juga berkongsi tentang pengalaman dan asal-usulnya dalam dunia penulisan dan penciptaan lagu. Dia mula berjinak-jinak dengan penulisan lagu sejak sekolah menengah dan secara rasmi menceburkan diri dalam penulisan lirik pada tahun 2019. Meskipun tidak datang dari jurusan muzik, pengaruh muzik dalam keluarganya membawa Iqie ke dunia ciptaan lagu.

“Awalnya, saya mula berjinak dengan penulisan lagu sejak sekolah menengah lagi, tetapi secara rasmi menulis lirik pada tahun 2019. Saya bukan datang dari pelajar jurusan muzik, tetapi mula terjebak mungkin disebabkan ahli keluarga semua suka bermain muzik. Muzik merupakan hobi kami semua,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eksklusif Bersama Bella Dowanna, Lutut Koyak Terpaksa Dibedah

Rumah Tapak Lokasi Pengambaran Filem MADU Tiga di Pulau Pinang