Penerbit dan produser filem tanah air Datuk Normashayu Puteh memberi pandangannya terhadap pendatang baru, yang ingin menjadi pelakon dalam industri seni tapi tidak mempunyai pengetahuan asas lakonan dan meminta bayaran tinggi seperti pelakon veteran.
Datuk Normashayu Setuju Dengan Nabila Huda
Datuk Normashayu juga bersetuju dengan pesanan yang Nabila Huda berikan menerusi temubualnya bersama Mstar Online, kalau influencer mahu menjadi pelakon mereka harus pergi kelas dan belajar bagaimana hendak menjadi pelakon.
“Betul tu. Dulu saya pun dah bagi pesanan kalau nak jadi pelakon belajar dulu.”
Kesian Pada Penonton Dan Minta Harga Kalah Nabila Huda – Datuk Normashayu
Datuk Normashayu berkata jika seseorang itu ingin menjadi pelakon, mereka haruslah menghadiri kelas lakonan dahulu sebelum berlakon seperti untuk video YouTube atau TikTok semata.
Meski pedas ayat yang dikongsikan tetapi ianya adalah nasihat yang benar, apatah lagi ramai golongan influencer yang terjun dalam bidang lakonan tetapi tidak mempunyai ilmu lakonan bagi menghayati watak.
“Kesian pada penonton yang bayar wifi, bila lakonan itu tak rasa ke jiwa. Ini kadang konon kau influencer banyak follower berlagak sebab kita nak ambil dia berlakon penggambaran. Bagi harga merepek-repek kalah Nabila Huda!” kongsi Datuk Normashayu di ruangan komen Instagram Mstar
Lakonan Keras Macam Kayu Kayan
Penerbit popular ini juga menyatakan jika lakonan yang dipamerkan tidak memuaskan hati dan keras seperti kayu, jadi jangan terkejut jika di kemudian hari mereka menerima cacian serta kritikan dari orang ramai kerana beri lakonan sebegitu rupa.
“Berlakon ala-ala dalam YouTube, dalam Instagram, dalam TikTok itu keras kayu layan pun ada. Kena sedar satu, kalian tetap bukan ARTIS SEBENAR. Jadi agak-agaklah nak letak harga tak kena gaya, kalau jadi Insta Famous jadilah influencer dah kaya dan senang.
Itu rezeki. Tak apalah, lain bila baru masuk skop artis ini. ARTIS SEBENAR. Jadi kena belajar dulu ambil kelas, dan belajar menjiwai watak dan kena pandai ikut que supaya tak menyusahkan dan kena di carut netizen.” Kongsi Datuk Normashayu di ruangan komen Instagram Mstar Online
Jadi pokok pangkalnya kalau nak jadi pelakon kenalah pergi belajar dahulu sebelum masuk set penggambaran, dan bukan kosong semata dan tidak menyusahkan pelakon veteran ketika di set lakonan.