in

Finalis Kemuncak Dendang Rakyat Kreasi Y

Enam Kumpulan Bertanding Dalam Kemuncak Dendang Rakyat “Kreasi Gen Y” di Angkasapuri. Debaran kumpulan manakah yang berjaya melayakkan diri bertanding dalam Kemuncak Dendang Rakyat Kreasi Y berakhir semalam apabila juri pertandingan membuat keputusan di luar jangka apabila mengumumkan keenam-enam kumpulan layak beraksi di pentas akhir.

Untitled

Keputusan itu sekaligus meletakkan enam (6) kumpulan iaitu Harmonik Perdana, Warisan Seni Negeri Sembilan, Artisukma, Sutera Irama, Sri Gemersik dan Chromaticsm bakal bersaing merebut gelaran juara pada “Kemuncak Dendang Rakyat Kreasi Y” pada 26 Disember ini bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, pukul 9.00 malam yang turut disiarkan secara langsung di TV2.

Kesungguhan setiap kumpulan menyampaikan dua lagu tugasan pada peringkat separuh akhir nyata berjaya memikat hati juri pertandingan Pak Ngah, Firdaus Zainal dan Yazid, yang memihak kepada dua kumpulan tersingkir iaitu Sri Gemersik dan Cromatiscm kekal bertanding.

Persembahan kumpulan Harmonik Perdana menyampaikan lagu Janji dan Mustika dengan cara dan penyusunan muzik yang lebih segar juga telah melayakkan kumpulan yang terdiri daripada alumni dan juga pelajar Universiti Malaya ini dinobat juara mingguan.

Turut menyerlah kumpulan Artisukma dianggotai sepuluh orang peserta yang menyampaikan persembahan bersahaja dengan lagu Nirmala dan Popalawei. Berigu juga kumpulan Warisan Seni Negeri Sembilan dengan lagu Jelmakan Ayumu dan Hatinya Tak Tahan yang menerima tepukan gemuruh penonton di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Tidak menghampakan juga persembahan kumpulan Sutera Irama yang tampil bertenaga menyampaikan lagu Nazam Berkasih dan Maharaja. Dua kumpulan lagi Sri Gemersik dan Cromaticsm yang masing-masing menyampaikan lagu Ngajat Tampi dan Canggai dan Kurik Kundi.

Menurut Pak Ngah, “Saya bersyukur setelah enam minggu bertanding, semua kumpulan menunjukkan peningkatan berbanding persembahan pada minggu pertama. Semoga semua kumpulan bertanding akan membuat persembahan yang terbaik pada peringkat akhir pada 26 Disember ini.”

Artis undangan yang turut memeriahkan konsert separuh akhir ini termasuklah Sheqal, Kenny Lee, Ramlah Ram, Aisha Safia serta diiringi oleh kumpulan tarian dari SWATARI.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Sulung Farid Kamil Kini Jadi Pelindung Nur Aurora

Anugerah Juara Lagu 30 Raikan 3 Dekad Mencipta Fenomena