in ,

Kempen Stop Piracy, Download Digitally NTV7

Tahun 2009 menandakan sepuluh tahun cemerlang stesen ntv7 sebagai penyiar rasmi rancangan anugerah paling beprestij di negara – Anugerah Industri Muzik.  Juga merupakan sebahagian daripada usaha strategik untuk membanteras kegiatan cetak rompak, Saluran Ceria Anda dan PAIMM (Persatuan Anugerah Industri Muzik Malaysia) amat berbangga dapat bekerjasama dengan penaja utama Celcom di sidang pelancaran kempennya – STOP PIRACY, DOWNLOAD DIGITALLY. 

ntv7

Bersempena dengan promosi jelajah kedua AIM16, program Tanggungjawab Sosial Korporat ini akan dimeriahkan lagi dengan persembahan SECARA LANGSUNG oleh barisan artis ternama -  Reshmonu, Dina, Shila OIAM, Alyah, Karen Nunis Blackstone dan ramai lagi.

Karen Nunis Blackstone seorang penyanyi, penulis lagu, gitaris dan dia juga visual artist. Lawati: http://www.karennunisblackstone.com

Alyah

Reshmonu

Dina

Dihoskan oleh penyampai radio terkenal – Fara Fauzana dari Hot FM dan Prem dari Fly FM, acara ini akan bertambah meriah kerana bukan sahaja persembahan dari artis-artis yang tercalon dapat dinikmati, malah peminat-peminat yang bertuah akan berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti menarik bersama artis kesayangan mereka di atas pentas. Di samping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan autograf artis-artis yang hadir.    

Tarikh : Sabtu, 11 April 2009

Jam : 12.00 tengahari

Tempat : Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The SHOUT! Awards Gather Music, Radio, Television and Film

Awie Suruh 15 Orang Peserta Lelaki Pulang