Kempen S.O.S (Save Our Shops) melalui platform e-dagang OURSHOP adalah satu inisiatif untuk membantu para peniaga tempatan ketika tempoh yang mencabar ini. Kempen ini menawarkan para peniaga memasarkan produk-produk mereka di platform OURSHOP dan penghantaran akan dilakukan sepenuhnya oleh Teleport, cabang logistik AirAsia.
Sehubungan dengan itu, Teleport membuat seruan kepada orang ramai untuk memohon sebagai rakan penghantar kami. Jika anda mempunyai kenderaan, kami mengalu-alukan anda untuk memohon.
Kami memerlukan lebih ramai rakan penghantar kerana jumlah penghantaran semakin meningkat setiap hari! Dapatkan sebanyak RM100 dalam masa 4 jam sebagai rakan penghantar Teleport sambil membantu semua orang yang berada di rumah.
Mohon sekarang di http://teleport.asia/apply atau layari http://teleport.asia/delivery untuk maklumat lebih lanjut!