in

Kempen Percutian Alami Citarasa Dunia Tune Hotels

Kempen Percutian ‘Alami Citarasa Dunia’ yang dilancarkan kumpulan hotel antarabangsa Tune Hotels baru-baru ini amat bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 tidak lama lagi.

Pelancong dan melawat ke negara ini sepena Tahun Melawat Malaysia kini boleh menempah bilik penginapan di Tune Hotel di Malaysia hanya dari serendah RM20 satu malam.

Pengarah Operasi Tune Hotels Anwar Ali Jumabhoy berkata: “Kempen percutian Alami Citarasa Dunia ini amat bertepatan dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014 tidak lama lagi. Lebih lima juta tamu telah menginap di seluruh rangkaian Tune Hotels dan kami berharap lebih ramai pelancong dan pelawat dapat menikmati penginapan berkualiti tinggi pada harga amat berpatutan di hotel-hotel kami di Malaysia, sambil mengalami sendiri kepelbagaian budaya dan makanan kita.”

Kempen Percutian Alami Citarasa Dunia Tune Hotels

Kadar-kadar menarik juga ditawarkan untuk Tune Hotel terpilih di Indonesia yang bermula hanya dari 68.000 Rupiah; Thailand 599 Baht; Filipina PHP 788; UK 49 Pound Sterling; Australia A$ 55; India 399 Rupee; dan Jepun 3,030 Yen.

Kadar-kadar promosi ini boleh didapati secara eksklusif untuk tempahan online di www.tunehotels.com dari sekarang sehingga 1 Disember 2013 ini. Bilik-bilik dengan kadar promosi ini adalah untuk penginapan dari bulan Julai sehingga September 2014.

Kini terdapat 38 buah Tune Hotel yang sedia menerima tempahan bilik di lapan negara termasuk 11 di Malaysia, lapan di Filipina, tujuh di Indonesia, lima di UK, empat di Thailand masing-masing sebuah di Australia, India dan Jepun.

“Kami ingin menunjukkan dengan Tune Hotels, tamu dapat menikmati penginapan yang berkualiti tinggi tanpa perlu membayar mahal. Kami menawarkan penginapan bertaraf antarabangsa dengan bilik yang selesa lagi bersih, kawalan keselamatan 24 jam dan paling utama, lokasi yang strategik berhampiran dengan pelbagai tarikan di pusat bandaraya dan inilah model yang kami guna pakai untuk seluruh rangkaian Tune Hotels,” kata Anwar.

Tune Hotels merupakan peneraju konsep penginapan pakai-bayar yang kini amat popular dalam kalangan pelancong dan pelawat di seluruh dunia. Menerusi konsep ini, tamu hanya membayar kadar asas untuk bilik dan boleh memilih perkhidmatan yang diperlukan sahaja seperti pendingin hawa, tuala, internet dan televisyen. Dengan itu tamu bukan sahaja dapat menjimatkan belanja malah mengurangkan pembaziran dan menyelamatkan alam sekitar.

Tune Hotels menyediakan penginapan berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa dengan fokus terhadap keperluan-keperluan utama tanpa kemudahan-kemudahan yang jarang digunakan oleh tamu seperti kolam renang, fasiliti korporat dan gimnasium. Tanpa kemudahan yang mahal dan memerlukan penyelenggaraan teliti ini, Tune Hotels dapat membuat penjimatan dan seterusnya berkongsi dengan pengguna dengan menawarkan kadar-kadar istimewa.

Tune Hotels adalah sebahagian daripada Tune Group, konglomerat perniagaan gaya hidup yang diasaskan bersama oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’ Kamarudin Meranun yang masing-masing merupakan CEO Kumpulan dan Pengerusi Eksekutif AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia.

Untuk maklumat dan promosi terkini, tamu boleh terus berhubung dangan Tune Hotels melalui Facebook di www.facebook.com/tunehotels dan Twitter di www.twitter.com/tunehotels.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, lawati www.tunehotels.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Saleha Duta Produk White & Detox SimplySiti

Ulasan Konsert Super Junior Super Show 5 in Malaysia