in , ,

Kempen Musim Sejuk Syria Siri 10 & Kolaborasi Peduli Insan Bersama Inteam

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, atau lebih dikenali sebagai Peduli Insan telah melancarkan kempen Musim Sejuk Syria untuk tahun 2021/2022 (Siri 10).

Kempen ini merupakan salah satu dari pelbagai usaha Peduli Insan dalam membantu pelarian- pelarian Syria di wilayah utara Syria dalam mengharungi musim sejuk yang boleh mengugat nyawa. Berikutan dari kempen Musim Sejuk Syria pada tahun 2020/2021 yang telah berjaya membantu 60,000 buah keluarga, kempen kali ini mensasarkan bantuan dari segi pakaian, barangan keperluan seperti alat pemanas dan bahan bakar serta bakul makanan untuk kira-kira 250,000 pelarian Syria. 

Kempen Musim Sejuk Syria Siri 10 & Kolaborasi Peduli Insan Bersama Inteam

Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Rezuan yang ditemui ketika Majlis Sidang Media Pelancaran Kempen Musim Sejuk Syria (10) dan Kolaborasi Peduli Insan Bersama InTeam memaklumkan musim sejuk di Syria boleh mencecah sehingga paras suhu negatif 5 darjah celsius dan pelarian-pelarian Syria yang hanya tinggal di dalam khemah sering berdepan dengan bencana banjir di dalam musim sejuk menyebabkan khemah, barangan keperluan seperti makanan, pakaian, selimut dan sebagainya musnah.

Tambahan lagi, dengan ujian penyakit tular dan berbahaya Covid-19, pelarian Syria yang tinggal di kem-kem ini juga menghadapi kesukaran dari segi mendapatkan makanan dan rawatan secukupnya, justeru berdepan ancaman nyawa terutama kanak-kanak, para wanita dan orang tua. Maka fokus Peduli Insan bagi kempen kali ini akan tertumpu kepada dua inisiatif iaitu Selimut Kasih Syria dan Suapan Kasih Syria. 

Kempen Musim Sejuk Syria Siri 10 & Kolaborasi Peduli Insan Bersama Inteam

Inisiatif Selimut Kasih Syria adalah dari segi membekalkan pakaian, bahan bakar, alat pemanas dan juga selimut kepada pelarian-pelarian Syria agar mereka dapat menghadapi musim sejuk dengan keadaan yang lebih selesa dan selamat dalam menghadapi musim sejuk. Manakala bagi inisiatif Suapan Kasih Syria, fokusnya adalah tertumpu kepada bakul makanan yang mengandungi barangan asas, makanan panas dan juga pelaksanaan sembelihan buat ibadah akikah, nazar dan sedekah di mana daging sembelihan akan diberikan kepada penduduk di kem- kem pelarian Syria ini. 

Hazamin, yang merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid negara, InTeam berkongsi mengenai rasa teruja kumpulan nasyid tersebut di atas peluang kerjasama dan kepercayaan yang diberikan oleh Peduli Insan. Kata beliau lagi, peminat InTeam memberikan reaksi baik serta sokongan penuh di atas kerjasama ini dan hasil sumbangan yang telah terkumpul sejak permulaan kolaborasi bersama Peduli Insan sehingga bulan Oktober lalu telah mencapai kutipan dana sehingga RM370,000. 

Kempen Musim Sejuk Syria Siri 10 & Kolaborasi Peduli Insan Bersama Inteam

Setiap sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia akan dimanfaatkan untuk memberi bantuan kepada kira-kira 250,000 pelarian Syria. Bagi orang ramai yang ingin turut serta bersama-sama Peduli Insan dalam menjayakan misi Kempen Musim Sejuk Syria 2021/2022 boleh menyumbang ke: 

Bank Islam : 1203 8010 1363 75
Nama pemegang akaun : Pertubuhan Peduli Insan Malaysia 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pegawai Perhubungan Awam & Media Pertubuhan Peduli Insan Malaysia di nombor 0167706432 atau melalui lawan web rasmi Peduli Insan di www.peduliinsan.org. 

Kempen Musim Sejuk Syria Siri 10 & Kolaborasi Peduli Insan Bersama Inteam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HUAWEI WATCH GT 3, HUAWEI WATCH GT Runner and HUAWEI FreeBuds Lipstick

Bael0n Tonjol Sisi Warna Vokal Berbeza Dalam Single Terbaharu NGAMSOI