Ayam Brand, jenama yang terkenal di Malaysia semenjak 120 tahun lalu dengan rangkaian pelbagai makanan dalam tin yang berkhasiat, tiada tambahan pengawet dan tiada MSG tambahan, kini dalam misi membantu lebih ramai golongan kurang bernasib baik untuk menyelami keenakan, kemudahan dan khasiat pemakanan ikan menerusi Kempen Masyarakat Penyayang ‘Ikan Berkhasiat, Diet yang Sihat’ 2013.
Sekarang memasuki tahun keenamnya, Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand di teruskan dengan sumbangan produk makanan dalam tin selama dua bulan kepada penghuni-penghuni di 45 badan kebajikan di 10 daerah di seluruh Malaysia yang merangkumi lebih dari 2,200 anak-anak yatim, mereka yang kurang upaya dan golongan-golongan tua dengan produk makanan bertin yang mudah di sediakan, sihat dan berkhasiat.
[pullquote align=”right”]Ayam Brand Memperkenalkan Kebaikan Khasiat Pemakanan Ikan kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Menerusi Kempen Masyarakat Penyayang ‘Ikan Berkhasiat, Diet yang Sihat’ 2013. Menghulurkan bantuan kepada 2,200 penghuni-penghuni di 45 rumah kebajikan tempatan seluruh negara dengan produk makanan bertin selama dua bulan. Lapan rumah kebajikan di Lembah Kelang jadi penerima[/pullquote]
Majlis pelancaran kempen ini di adakan di Petrosains, hari ini dengan sumbangan di berikan kepada Rumah Sayangan, Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan, Persatuan Rumah KIDS, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah ( RACTAR ), Yayasan Sunbeams Home, Rumah Juara Petaling Jaya, House of Joy dan Trinity Community Children Home Society.
Badan-badan kebajikan dari Perak, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak juga menjadi penerima bagi kempen ini.
Kempen ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporat Ayam Brand yang di lancarkan sejak 2008 dan sehingga kini telah memanfaatkan lebih dari 11,000 orang dari 203 pertubuhan-pertubuhan kebajikan dengan membekalkan produk-produknya yang sihat, berkhasiat dan mudah di sediakan.
Produk-produk yang di sumbangkan tahun ini termasuklah sardin, mackerel, tuna, kacang panggang dan pelbagai lagi makanan bertin yang sihat dan berkhasiat keluaran Ayam Brand.
Penghuni-penghuni dari rumah-rumah kebajikan ini turut dihiburkan oleh penyanyi dan radio deejay yang terkenal Hunny Madu dan juga pertunjukan “Bubble Show” dari Petrosains.
Menurut Pengerusi Ayam Brand, Tunku Dato’ Mu’tamir bin tunku Tan Sri Mohamed, matlamat kempen ini adalah untuk menggalakkan pengambilan diet pemakanan yang sihat dengan menyertakan pengambilan ikan di kalangan rakyat Malaysia. Ikan di anggap diet yang sihat kerana ia membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk badan kita dan pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pengambilan ikan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.
Produk makanan dalam tin seperti ikan sardin, mackerel, dan tuna adalah kaya dengan sumber asli Omega 3, protein dan kalsium. Protein membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta membantu membaik pulih tisu-tisu badan bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak. Satu hidangan ikan (kira-kira 150g) membekalkan 50 hingga 60% protein seharian yang diperlukan oleh orang dewasa.
Kalsium pula penting untuk menggekalkan tulang dan gigi yang kuat serta untuk menggelakkan osteoporosis. Ikan seperti sardin mengandungi dua kali ganda kalsium berbanding susu (323mg/100g untuk sardin berbanding150mg/100g untuk susu).
Ikan berlemak juga merupakan salah satu sumber utama Omega-3, yang tidak boleh di hasilkan oleh badan kita. Omega-3 boleh membantu menggelakkan penyakit jantung koronari, menggalakkan aktiviti saraf yang sihat, meningkatkan penyerapan vitamin, menguatkan sistem pertahanan badan dan menggalakkan perkembangan sel. Di samping itu, Omega-3 juga penting dalam perkembangan daya penglihatan dan otak di kalangan kanak-kanak.
“Kami berharap dengan menggalakkan kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan ini mengamalkan diet pemakanan ikan seperti sardin, mackerel dan tuna, mereka akan menjadikan diet pemakanan ikan yang sihat ini sebagai sebahagian dari diet pemakanan mereka sehingga dewasa dan seterusnya memperolehi manfaat dan kebaikan darinya” kata Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed.
“Ayam Brand berbesar hati dapat membantu organisasi-organisasi kebajikan ini menerusi sumbangan produk kami yang di harap dapat mempelbagaikan diet seharian mereka di samping menawarkan variasi, kemudahan dalam menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan ini” kata Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed.
Bagi memupuk sikap berdikari di kalangan kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan ini, Ayam Brand memeriahkan lagi kempen tersebut menerusi pertandingan ‘Juadah Ikan Kegemaran Saya’ di mana pasukan-pasukan yang terdiri daripada 2 peserta dari setiap rumah kebajikan akan bertanding dengan memasak satu hidangan ikan kegemaran mereka dengan menggunakan produk-produk Ayam Brand.
“Kami berharap Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand ini mampu memupuk tabiat pemakanan yang sihat di kalangan penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan ini dan pada masa yang sama memberikan satu pengalaman yang menyeronokan untuk mereka ” kata Tunku Dato’ Mu’tamir lagi.
Hunny Madu turut menyumbangkan masa untuk berinteraksi bersama-sama dengan penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan ini.
“Saya amat berbangga melihat Ayam Brand meneruskan kempen ini tahun demi tahun untuk menolong mereka yang memerlukannya dan saya amat berbangga dapat turut serta dalam kempen ini pada tahun ini” kata Hunny Madu.
Bercakap bagi pihak rumah-rumah kebajikan, En Dzulkarnain Mandor, Pentadbir Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah ( RACTAR ), berkata sumbangan produk makanan dalam tin Ayam Brand yang mudah di sediakan, sihat dan berkhasiat ini amat dialu-alukan kerana ia mempelbagaikan lagi diet pemakanan seharian penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan ini.
“Sumbangan produk-produk Ayam Brand berbentuk sardin, mackerel, tuna, kacang panggang dan lain-lain benar-benar membantu kami kerana ia menawarkan kepelbagaian hidangan yang khasiat untuk penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan ini. Jika kesuntukan masa, sumbangan makanan Ayam Brand ini boleh di makan begitu sahaja. Tambahan pula rasa lazat produk-produk ikan dalam tin Ayam Brand sudah tentu akan menggalakkan para penghuni rumah-rumah kebajikan ini untuk mengambil lebih banyak ikan dalam diet pemakanan mereka dan seterusnya mendapatkan manfaat darinya” kata En Dzulkarnain Mansor.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand sila layari www.ayambrand.com.my.
Ayam Brand, jenama terkenal di Malaysia dan Asia selama 120 tahun, adalah dikenali kerana rangkaian makanan bertin yang berkualiti dan berkhasiat yang bebas daripada bahan pengawet dan juga MSG. Produk-produk Ayam Brand disediakan di fasiliti-fasiliti canggih, yang menepati standard antarabangsa tertinggi dengan pensijilan yang diiktiraf sedunia (HACCP, ISO 9001) dan disahkan Halal. Untuk dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2006 dan 2007, Ayam Brand telah dipilih sebagai jenama Asia nombor satu dalam kategori makanan bertin di dalam kasji selidik Synovate Research (Asia’s Top 1000 Brands) yang dijalankan oleh Media Magazine Hong Kong. Pada tahun 2009, Ayam Brand dianugerahkan “The Brandlaureate Awards 2008-2009” (Jenama Terbaik dunia di Asia Pasifik).Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, sila layari www.ayambrand.com.my atau sertai laman facebook : Ayam Brand-World of Recipes