in

Kempen Foto Uncover Malaysia & Vignet Online Pilihan

National Geographic mengajak anda untuk membongkar rahsia Malaysia melalui lensa telefon pintar dalam kempen foto online terbaru mereka, bagi menyemarakkan lagi semangat sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang.

Kempen Foto Uncover Malaysia

National Geographic Meraikan Pembentukan Malaysia Melalui Kempen Foto Uncover Malaysia & Vignet Online Pilihan

“Bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-60, kami mempelawa rakyat Malaysia untuk meneliti kembali keindahan yang ditawarkan oleh negara kita – sama ada dalam keenakan makanan, orang di sekeliling kita, mahupun dalam penghayatan sejarah dan budaya – melalui kempen Uncover Malaysia kami,” kata Penny Tan, Pengarah Pemasaran FOX Networks Group (Malaysia).

Kempen foto online ini dilancarkan sejajar dengan usaha kedua Uncover Malaysia – sebuah kempen yang mempamerkan rancangan dokumentari dan vignet online yang disusun untuk memberikan gambaran jelas kepada kepelbagaian corak tradisi warisan Malaysia, 60 tahun selepas proklamasi kemerdekaan dan penubuhan negara Malaysia.

Rahman Roslan merupakan jurugambar yang memainkan peranan penting dalam menjayakan siri gambar empat bahagian. Portraits of Malaysia.

Dengan memberi tumpuan kepada salah satu daripada empat tema (Budaya, Cita Rasa, Sejarah, dan Manusia), vignet ini memaparkan perjalanan Rahman keseluruh negara, dalam misi pencarian kisah-kisah tersembunyi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Di samping rancangan dokumentari yang telah disediakan bagi bulan ini, kami juga ingin memberi rakyat Malaysia peluang untuk berkongsi cerita mereka sendiri. Ia boleh mengisahkan makanan yang disediakan tauke di kopitiam kegemaran, atau mungkin tentang mercu tanda ikonik seperti bangunan Stadthuys di Melaka atau Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, ataupun kisah mereka memberi makan kepada golongon tidak berkemampuan melalui inisiatif dapur umum. Terdapat banyak cerita yang tersembunyi, di mana-mana sahaja kita pergi – dan kami perlukan pertolongan rakyat Malaysia untuk dedahkannya melalui kempen foto online Uncover Malaysia.”

Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah:

1. Ambil gambar dengan telefon pintar anda, mengikut salah satu daripada empat tema berikut: Budaya, Cita Rasa, Sejarah, dan Manusia.

2. Ikuti @uncovermalaysia di Instagram; atau ‘National Geographic Asia’ di Facebook.

3. Muat naik gambar dengan kapsyen kisah Uncover Malaysia anda, berhubung dengan mana-mana tema yang dipilih.

4. Gunakan hastag #NatGeoUncoverMY dan tag @uncovermalaysia di Instagram atau National Geographic Asia di Facebook.

Pemilik gambar terbaik akan memenangi peralatan fotografi bernilai RM12,000, dan 30 peserta terpilih juga akan menerima peluang ekslusif untuk disertakan dalam penyiaran iklan TV di saluran Nat Geo Channel, dan mereka juga akan dipaparkan di laman web Facebook National Geographic Asia dan Galeri Online laman web mikro rasmi Uncover Malaysia.

Di samping itu, 31 peserta terbaik akan menerima langganan 1-tahun majalah National Geographic.

Sementara itu, barisan dokumentari Uncover Malaysia akan kembali ke saluran National Geographic (Astro Saluran 553 dan HD 573) setiap hari Khamis dan Sabtu pada jam 8:00 malam, bermula dari 24 Ogos hingga 16 September 2017. Antara program yang akan disiarkan adalah:

• The Living Edens: Wild Borneo (24 Ogos) – Di antara Malaysia dan Indonesia terletaknya kepulauan Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Kemegahan Borneo dilambangkan Gunung Kinabalu, batu gergasi yang mencecah lebih dari ketinggian 13,000 kaki dan merupakan puncak tertinggi di Asia Tenggara. Borneo adalah sebuah pulau tropika misterius, diselubungi aura eksotik di mana kera tinggal di celahan pohon rimbun dan ular mungkin jatuh mengejut dari langit.

• World’s First Floating LNG Factory (26 Ogos) – PFLNG Satu merupakan fasiliti gas asli cecair terapung yang pertama di dunia. Saluran National Geographic Channel mengikuti kisah disebalik tabir pasukan jurutera, pereka dan pembina yang menggunakan teknologi canggih dalam penghasilan jentera ini. Dengan kepanjangan kira-kira 365 meter dan berat lebih daripada 132,000 tan, ikuti perjalanan mereka dari mulanya proses pembinaan hingga ke laut terbuka dan apa yang diperlukan untuk mengekalkan struktur gergasi ini di laut selama 20 tahun.

• Operation Sumatran Rhino (31 Ogos) – Satu perlumbaan melawan masa sedang berjalan di Malaysia. Misi untuk menyelamatkan Badak Sumatra terakhir negara sedang giat berlangsung. Namun begitu, satu-satunya cara untuk mencapai misi ini adalah dengan mencari dan menangkap semua badak liar – satu operasi yang mahal dan berbahaya. Operation Sumatran Rhino mengisahkan perjuangan saintis-saintis badak Malaysia yang terkemuka dalam usaha mereka menyelamatkan spesies terancam ini.

• Malaysia MRT (2 Sep) – Di bawah pusat bandaraya Kuala Lumpur, terdapat mesin-mesin menggali yang sedang mengorek dan membina terowong dengan kepanjangan lebih kurang 20 kilometer untuk system tansit baru yang digelar KVMRT, bertujuan untuk melegakan kesesakan dan ketengangan jalan raya. Namun begitu, proses menggali di dalam salah satu situasi penggalian terburuk di dunia bukanlah satu tugas yang mudah. Ketahui bagaimana Variable Density Tunnel Boring Machine yang inovatif ini dibina.

• Living Free with Kimi Werner: Malaysia (7 Sep) – Pemancing tombak terkemuka dan penyelam laut dalam Kimi Werner mengembara ke pergunungan terpencil di Utara Malaysia di mana dia mengikuti Ladia Kuta dan keluarganya menghadapi kesusahan dan dugaan hidup di hutan belantara. Kimi mengharungi cuaca hujan panas tropika, mengaplikasikan konsep pertanian lestari, teknik pencarian makanan dan penangkapan ikan, sambil membina dan menjalinkan hubungan dengan sebuah keluarga yang telah mengukir kehidupan yang mencabar untuk diri mereka sendiri,

• SMART Tunnel (9 Sep) – Ini adalah terowong ribut pertama di dunia yang juga merupakan sebuah lebuh raya, dengan kemampuan untuk menukar jalan raya berkenaan menjadi satu saluran air banjir sampingan. Ia terletak secara strategic di salah satu jalan raya tersibuk di Kuala Lumpur.

• John Torode’s Malaysian Adventure: Ep1 (14 Sep) – Dalam episod ini, John melihat bagaimana budaya masyarakat majmuk di Kuala Lumpur mempengaruhi kepelbagaian perisa dan citarasa dalam masakan Malaysia. Charlie Viknas membawanya menjelajahi sekitar dua daerah di ibu kota yang mempunyai warisan India dan Cina tersendiri di mana dia mencuba beberapa hidangan tempatan. Dia kemudian melawat Sherson Lian, seorang chef TV tempatan dan pemilik restoran yang menunjukkannya cara membuat hidangan nasi tersohor Malaysia, Nasi Lemak.

• John Torode’s Malaysian Adventure: Ep2 (14 Sep) – Sebuah siri masakan di mana chef John Torode mengungkap budaya masakan Malaysia yang kompleks. Episod ini membawa John ke Pulau Pinang di mana dia melawat sebuah pasar tempatan di George Town besama-sama dengan penulis dan pakar makanan jalanan Malaysia Robyn Eckhardt dan mencuba beberapa hidangan tempatan. Di sana, John juga melawat Nazlina, seorang pemilik sekolah masakan yang mengajarnya resipi Kari Nanas Malaysia.

• Malaysia: Through The Decades (16 Sep) – Ikuti perkongsian kisah dan pengalaman dari tokoh-tokoh terkenal dari masa lalu dan masa kini, sambil menjejak langkah transformasi Malaysia yang tidak lama dahulu bergantung kepada beca sebagai sistem pengangkutan.

Kini, Malaysia terkenal dengan kemampuan industri kejuruteraan dan seni binanya, pembangunan salah satu konglomerat minyak dan gas paling menguntungkan di dunia, dan juga penghasilan saintis-saintis terkenal dan atlet-atlet berperingkat dunia.

Ketahui lebih lanjut mengenai kempen foto kami, atau semak jadual program dan vignet di laman web mikro Uncover Malaysia: www.uncovermalaysia.com.

Ikuti @natgeopeopleasia atau #NatGeoUncoverMY di Instagram; atau ‘National Geographic Asia’ di Facebook.

*Tertakluk kepada terma & syarat peraduan.

About Fox Networks Group Asia
FOX Network Group Asia (FNG) is 21st Century FOX’s international multi-media business. FNG develops, produces and distributes more than 300 wholly- and majority-owned entertainment, sports, factual and movie channels in 45 languages across Latin America, Europe, Asia and Africa. FNG’s core channel brands include FOX, FOX Sports, FOX Life, FOX+ and National Geographic. FNG’s movie channels include FOX Movies, FOX Movies Premium and SCM (formerly Star Chinese Movies). Non-linear brands include FOX Play, FOX Play+ and Nat Geo Play. These networks and their related mobile, non-linear and high-definition extensions, reach over 1.8 billion cumulative households worldwide. In addition, FNG owns and operates two production studios and produces thousands of local programing hours for its wholly owned channels and third parties. In 2017, FNG launched FOX+, the on-demand streaming app for watching the best in entertainment on the go. FNG has been in operation since August 14, 1993.

About National Geographic
The National Geographic Channels (the Channels) form the television and production arm of National Geographic Partners, a joint venture between 21st Century Fox and the National Geographic Society. As a global leader in premium science, adventure and exploration programing, the Channels include: National Geographic, Nat Geo WILD, Nat Geo People and Nat Geo MUNDO. Additionally, the Channels also run the in-house television production unit, National Geographic Studios. The Channels contribute to the National Geographic Society’s commitment to exploration, conservation and education with entertaining, innovative programming from A-level talent around the world, and with profits that help support the society’s mission. Globally, National Geographic is available in more than 440 million homes in 171 countries and 45 languages, and Nat Geo WILD is available in 131 countries and 38 languages. National Geographic Partners is also a leader in social media, with a fan base of 250 million people across all of its social pages. National Geographic contributes over 55 million social media fans globally on Facebook alone. For more information, visit www.natgeotv.com and www.natgeowild.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Perkenal Laluan Pertama Ke India dari Hab Johor Bahru

Samsung Kini Melancarkan Samsung Newsroom Malaysia