in

Kempen Derma Darah Sempena Hari Pahlawan 2010

KEMPEN DERMA DARAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN SIRI 2/2010 SEMPENA HARI PAHLAWAN 2010 ANJURAN MASJID NEGARA PADA 30 JULAI 2010

Masjid Negara telah menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pameran Kesihatan siri 2/2010 sempena Hari Pahlawan 2010 di Anjung Makam Pahlawan, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Kempen sehari yang diadakan pada Jumaat, 30 Julai 2010 bermula jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 4.00 petang tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada orang awam.

Kempen kali ini mendapat kerjasama daripada Pusat Darah Negara, Agensi Anit Dadah Kebangsaan Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klinik Pergigian Cahaya Suria, Kolej Islam Sains dan Teknologi dan Majlis Aids Malaysia.

Kempen tahunan ini merupakan kali kedua pada tahun 2010. Ianya merupakan salah satu aktiviti yang telah dirangka oleh Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber, Masjid Negara. Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk membantu Pusat Darah Negara mengisi tabung darah mereka.

Selain itu ianya sebagai salah satu alternatif ke arah kebajikan yang dapat dilakukan oleh pihak Masjid Negara kepada masyarakat umum di samping memberi informasi dan pendidikan yang berguna serta bermaklumat tentang kesihatan.

Ianya juga sebagai langkah untuk terus mengimarahkan Masjid Negara sebagai masjid terulung di Malaysia. Ini juga dapat menggalakkan orang ramai menderma darah sambil beramal serta menghayati semangat pejuang sempena Hari Pahlawan yang di sambut pada tarikh 31 Julai setiap tahun.

Daripada 126 orang yang mendaftar, seramai 102 orang telah layak untuk mendermakan darah mereka semasa kempen tersebut berlangsung. Jumlah tersebut merupakan yang tertinggi dicatatkan sepanjang Masjid Negara menganjurkan Kempen Derma Darah bermula pada tahun 2002. Walaupun jumlah itu dilihat sedikit tetapi sumbangan yang diberikan daripada orang awam sememangnya amat dihargai. Pihak penganjur mengharapkan agar kempen ini akan mendapat sambutan dan perhatian daripada orang ramai pada masa akan datang dengan memberikan lebih banyak publisiti serta promosi yang lebih meluas dan informasi awal kepada masyarakat umum berkenaan kempen ini.

Pelbagai pengisian menarik yang tlah diadakan antaranya Pameran berkaitan bahaya dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kolej Islam Sains dan Teknologi, pemeriksaan gigi secara percuma oleh Klinik Pergigian Cahaya Suria dan pemahaman dan informasi berkenaan penyakit AIDS oleh Majlis AIDS Malaysia

Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan seterusnya dijangka diadakan sekitar bulan Disember 2010 yang diharap akan mendapat kerjasama daripada Jabatan / Agensi sedia ada dengan pertambahan Jabatan / Agensi yang berminat untuk membuat pameran pendidikan kesihatan serta pertambahan dari bilangan penderma yang ingin membuat kebajikan dengan menderma darah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Open Day AsterSpring Khusus Untuk Pembaca Sensasi Selebriti

Ziana Zain Duta Produk Terbaru Antabax