in

Kempen Take Charge Jana Sikap Positif

Sekiranya anda mengamalkan sikap berfikiran positif, penuh berkeyakinan serta bersedia menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang apabila bangun pagi, sesungguhnya sikap positif ini akan dapat membantu memudahkan segala urusan anda sepanjang hari.

Kita semua sedar bahawa kesejahteraan diri ditentukan oleh fikiran positif dan dengannya kita berupaya membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.

Koh Joo Siang and Carmen Liew, representatives from Cerebos Malaysia at BRAND'S new campaign launch,  BRAND'S Take Charge

Demi menggalakkan rakyat Malaysia untuk meningkatkan keyakinan diri dalam menempuhi segala cabaran hidup dan mencapai tahap potensi tertinggi masing-masing, BRAND’S® menyeru semua supaya bersikap positif dalam mengharungi kehidupan.

“Kempen Take Charge BRAND’S® bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dalam mencapai kecemerlangan hidup masing-masing dengan memberi lebih tumpuan kepada pemikiran positif yang boleh mencetuskan kuasa bertindak dan keyakinan diri yang tiada batasannya,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Encik Koh Joo Siang.

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa pemikiran positif boleh membantu dalam pengurusan tekanan dan mengawal kesihatan dengan lebih baik. Keyakinan diri yang diperoleh daripada berfikiran positif membolehkan anda mengatasi sebarang cabaran demi mencapai apa yang diimpikan. BRAND’S® boleh membantu meningkatkan prestasi fizikal dan mental harian kerana ia dapat menguatkan daya tumpuan dan kecerdasan minda agar anda lebih yakin dan handal dalam apa jua situasi.”

BRAND’S® SariPati Ayam merupakan satu-satunya suplemen kesihatan dalam bentuk pati ayam yang dikaji secara saintifik. Kajian klinikal telah membuktikan bahawa dengan meminum BRAND’S® SariPati Ayam secara kerap boleh membantu meningkatkan prestasi mental, sekali gus memperkasakan tubuh badan dengan khasiat utama untuk menjaga kesihatan anda.

Kempen Take Charge BRAND’S® menampilkan penyanyi terkenal, Michael Wong, sebagai duta BRAND’S® untuk menyampaikan mesej tersebut. Sempena itu, para pengguna BRAND’S® juga diberi peluang keemasan untuk merebut pelbagai ganjaran melalui promosi BRAND’S® di seluruh negara bermula hari ini sehingga bulan Julai 2014.

Dengan pembelian setiap pek 6 botol dan pek promosi 14 +1 botol Take Charge serta mengisi borang penyertaan, anda berpeluang memenangi baucar pembelian produk online Rakuten bernilai RM10 dan RM20!

Tambahan lagi, setiap penyertaan melayakkan anda untuk memenangi pelbagai hadiah mingguan yang menarik termasuklah 32 unit Samsung Galaxy Note 3 dan 400 e-baucar Rakuten bernilai RM100 setiap satu. Pek edisi Take Charge BRAND’S® boleh didapati di farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.

BRAND’S® SariPati Ayam 70g dijual pada harga RM39.90 manakala pek botol 14 +1 amat berpatutan dengan harga RM77.90 sahaja. Anda boleh layari laman sesawang di www.brandsworld.com.my atau BRAND’S® Smart Living di Facebook untuk senarai penuh rangkaian produk yang ditawarkan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Talian Perkhidmatan Prihatin Pelanggan BRAND’S® di 1-300-228-300.

BRAND'S Take Charge, Take BRAND'S!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarul Umbrella Nyaris-Nyaris Bertugas di Pesawat MH370

Top 10 Most Streamed Female Artists From Malaysia