in ,

Kempen Amal Shell 2016 Kumpul RM735,000

Shell telah mengumpul RM735,000 untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dalam kempen amal ‘Balik Kampung’ baru-baru ini.

Kempen yang telah dianjurkan untuk dua tahun berturut-turut, juga menerima sumbangan tambahan daripada peruncit. Menerusi kempen ini, Shell menyumbang 1 sen (RM0.01) untuk setiap liter minyak yang dibeli di stesen-stesennya di seluruh negara, dari 1 hingga 3 Julai 2016.

“Kami menghargai tindakan pemandu Malaysia yang telah menjadikan perjalanan mereka satu keberkatan bagi kanak-kanak kurang bernasib baik.

Mereka dapat membantu kanak-kanak ini dengan hanya mengisi tangki minyak kenderaan,”

– Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. Dan Shell Timur Sdn. Bhd.
The Shell family with children of Persatuan Dyslexia Malaysia at the cheque presentation event

Kempen Amal 2016 Kumpul RM735,000 untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Dana yang dikumpul menerusi sokongan daripada pelanggan, pengedar dan peruncit Shell dari kempen ini akan disalurkan kepada enam (6) pertubuhan amal yang terpilih. Dua (2) pertubuhan yang menerima sumbangan dari kempen ini memberi tumpuan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dan mereka bercadang untuk menggunakan dana ini untuk program pembangunan seperti kem kepimpinan, kelas komputer dan kelas memasak.

Empat (4) lagi pertubuhan akan memberi tumpuan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dan menggunakan dana masing-masing untuk menyokong program yang menambah baik kemahiran komunikasi dan stimulasi deria seperti terapi muzik, kelas seni lukis, dan juga latihan kemahiran deria dan motor.

Datuk Azman turut berkata,

“Pada tahun ini Shell merayakan ulang tahun yang ke-125 di Malaysia dan kami mahu melakukan sesuatu yang istimewa untuk memperingati ulang tahun ini. Kami ingin menyumbang kembali dan mendorong masyarakat ke arah masa depan yang lebih baik, dan satu daripada golongan yang memerlukan perhatian segera adalah kanak-kanak dengan keperluan khas. Kami ingin membantu golongan masyarakat ini dengan meningkatkan program sokongan yang sedia ada untuk kanak-kanak ini.”

– Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. Dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Shell Jadikan Perjalanan Balik Kampung Sempena Raya Sebagai Satu Keberkatan

Kempen amal Shell pada tahun lepas telah menyumbang kepada kejayaan salah seorang daripada penerima sumbangan. Kisah beliau telah menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai. Dana daripada Shell telah membolehkan Zulkifli Mohammad, seorang murid kurang upaya di salah sebuah rumah kebajikan, mengikuti latihan renang yang akhirnya melayakkan kanak-kanak itu terpilih untuk mewakili negerinya ke SUKOM 2016 baru-baru ini.

“Saya tidak mengetahui bakat diri, sehingga saya diberi peluang untuk mengikuti latihan renang yang membantu mencungkil bakat terpendam. Berenang boleh dijadikan kerjaya saya pada masa depan, dan memberi peluang untuk melangkah maju dalam hidup kelak,” kata Zulkifli Mohammad.

– Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. Dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.shell.com.my/125csr

MENGENAI ULANG TAHUN KE-125 SHELL DI MALAYSIA

Sebagai rakan pembangunan negara yang dipercayai, Shell telah menyumbang kepada kemajuan Malaysia selama 125 tahun. Sebagai salah satu pembekal bahan minyak terkemuka di Malaysia, stesen-stesen minyak Shell telah menghubungkan begitu ramai pemandu di seluruh negara, dan membolehkan mereka meneruskan perjalanan dengan ceria. Dengan minyak dan produknya yang berkualiti tinggi, serta layanan dan perkhidmatan pelanggannya yang bermutu tinggi, Shell berhasrat untuk menjadikan perjalanan pelanggannya lebih baik, supaya mereka meninggalkan stesen dengan lebih gembira daripada ketika mereka tiba.

MENGENAI SHELL

Shell adalah sebuah syarikat tenaga terkemuka dunia yang memiliki perniagaan (minyak) Hiliran yang merintis banyak kemajuan dalam teknologi bahan api dan pelincir, dan menawarkan pilihan produk dan perkhidmatan petroleum yang terluas kepada para pemandu. Shell adalah peruncit bahan api terbesar di dunia dengan lebih 43,000 stesen minyak di lebih 70 buah negara dan Malaysia merupakan pasaran pertumbuhan utama. Shell merupakan penaja rasmi dan rakan kongsi teknikal pasukan Ferrari Formula One dan pasukan Ducati World MotoGP.

SENARAI PENERIMA:

Organisasi Tumpuan
Persatuan Dyslexia Malaysia Membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami disleksia dengan melaksanakan program latihan khusus untuk memenuhi keperluan individu.
Pusat Harian Kanak-Kanak Spastik Bandar Ipoh Menyediakan perkhidmatan penjagaan harian untuk kanak-kanak spastik. Khususnya menyediakan latihan dan bantuan seperti sesi terapi fizikal, akademik, dan juga latihan prasekolah.
Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Johor Bahru Memberikan penjagaan dan bantuan kepada kanak-kanak yang berdepan dengan cabaran tumbesaran. Mereka mengendalikan program untuk membantu kanak-kanak dengan kekurangan upaya pembelajaran untuk membangunkan kemahiran asas mereka.
Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (Rumah Putera Dan Puteri Harapan) Sebuah rumah kebajikan yang berusaha menambah baik kebajikan anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik. Program mereka bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk perkembangan sosial, fizikal dan intelektual.
Seri Mengasih Center, Sabah Sebuah pusat pembangunan yang menyediakan pelbagai program latihan pendidikan yang komprehensif untuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan upaya pembelajaran.
Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak Membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dengan menyediakan tempat perlindungan dan kemudahan pendidikan yang secukupnya, agar mereka dapat mencorakkan masa depan yang lebih baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Peraduan Premiere With Budiey – Filem MECHANIC: RESURRECTION

TRAVEL: Yang Menarik Tentang PERTH Yang Korang Perlu Tahu