in

Kemewahan Hotel Rosewood Beijing

Terletak di bandaraya Beijing di daerah kewangan terkenal Chaoyang yang juga merupakan kawasan perdagangan serta kedutaan utama, hotel Rosewood Beijing berdiri megah menghiasi kesibukan latar belakang Beijing yang sentiasa sibuk. Jenama hotel bertaraf antarabangsa ini sudah lama menjadi tumpuan mereka yang ingin bermalam dalam suasana mewah dan selesa di bahagian lain di dunia.

Dan akhirnya, Rosewood Beijing membuka pintunya di Beijing dan merupakan hotel Rosewood pertama di Asia Timur. Berkat kemewahannya ia bakal menajdi pilihan terulung bagi tempat pertemuan serta penganjuran mesyuarat-mesyuarat terpenting di ibunegara Republik Cina ini.

Sudah mula menjadi tumpuan komuniti elit serta para profesional antarabangsa, hotel yang mempunyai senibina moden ini pasti akan tersenarai sebagai salah satu hotel paling popular di Beijing.

Rosewood Beijing_Country Kitchen_Open Kitchen

Hotel ini mempunyai 283 buah bilik yang luas termasuk aneka bilik suite yang hebat. Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya klasik dan kontemporari bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang. Senireka dalaman serta hiasannya menerapkan ciri moden kontemporari. Sejajar dengan tarafnya sebagai sebuah hotel lima bintang yang eksklusif, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi tercanggih yang merangkumi sambungan khas internet wi-fi, TV LCD, dan macam-macam lagi. Kelengkapan bilik mandi juga menggunakan barangan berkualiti tinggi serta barangan berjenama mewah yang lain. Malah terdapat beberapa suite mewah yang mempunyai kelebihan khas di mana para tamu boleh menikmati kemudahan di Manor Club bagi tujuan sarapan dan hidangan lain sepanjang hari.

Bagi tujuan menjamu selera pula, Rosewood Beijing menawarkan ajnas pilihan untuk bersantap. Ini termasuklah restoran Bistrot B dan Red Bowl bagi tujuan sarapan, makan tengah hari dan makan malam yang menawarkan hidangan antarabangsa serta sajian tempatan. Malah terdapat beberapa dapur langsung di mana tamu boleh menyaksikan secara langsung di depan mata proses masakan hidangan tertentu. Tersedia juga Country Kitchen yang menyajikan makanan Cina Utara terbaik untuk makan tengah hari dan makan malam. Malah restoran ini sangat terkenal dengan hidangan Itik Peking yang dibakar di atas dapur kayu istimewa mereka serta sangat popular di kalangan tamu antarabangsa serta tempatan.

Tidak dilupakan juga adalah House of Dynasties bagi suasana lebih peribadi serta MEI bagi mereka yang ingin menikmati minuman sambil bersantai dengan alunan muzik.
Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan sebuah spa untuk memanjakan para tamu yang hadir dan inginkan ketenangan. Ada juga ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Rosewood Beijing juga sudah mula menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya.

Dengan infrastruktur terhebat dari setiap jengukan jendela dan hanya sekitar 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital, hotel ini memang sesuai menjadi tempat penginapan buat mereka yang menghargai perkhidmatan berkualiti tinggi. Sekiranya berpeluang ke Beijing, bermalamlah di Rosewood Beijing kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan!

Kemewahan Rosewood Beijing
oleh Shah Shamshiri

Rosewood Beijing _ Premier Room

Rosewood Beijing _ Rosewood Suite _ Bathroom

Rosewood Beijing _ Jiao Tu _ Sons of Dragon Hotel Entrance  (2)

Rosewood Beijing_Swimming Pool

Rosewood Beijing_Manor Club (1)

Rosewood Beijing_Lobby_Arrival_Daylight

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SUSANNE BIER Pengarah Filem AFTER THE WEDDING

Sezairi Lancar Single Terbaru JANGAN COBA BERLARI