in

Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa

[dropcap]L[/dropcap]okasi pulau Bali sebagai salah satu tempat percutian paling popular di Asia Tenggara telah membawa kepada kelahiran ribuan hotel di pulau tersebut. Pelbagai jenama hotel antarabangsa yang tumbuh bak cendawan di situ. Terdapat juga hotel-hotel tempatan yang tidak kurang hebatnya. Namun, dalam kebanjiran hotel-hotel besar ini, muncul juga beberapa hotel tempatan berbintang lima yang menawarkan perkhidmatan setanding hotel-hotel antarabangsa.

Salah satu hotel yang dimaksudkan adalah Nusa Dua beach Hotel & Spa yang terletak di kawasan elit Nusa Dua Bali.

Nusa Dua Beach Hotel & Spa - Chess Deck

Hotel lima bintang yang terletak di kawasan persendirian ini benar-benar istimewa kerana ia berkongsi kawasan tertutup dengan 12 buah hotel mewah yang lain. Senirekanya terinspirasi dari unsur-unsur seni dan budaya Bali dengan kemudahan yang diberi nafas baru. Ia mempunyai 382 buah bilik dan setiap kumpulan bilik mempunyai senireka dalamannya tersendiri mengikut tema-tema yang ditentukan. Terdapat beberapa kumpulan utama bagi setiap bilik iaitu bilik Deluxe, Premier, Palace Club, Agung Suite, Nusa Dua Suite, dan juga bilik paling gah mereka Royal Suite. Kesemua bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini.

Kalau soal menjamu selera pula terdapat beberapa pilihan tempat makan seperti restoran Raja yang menawarkan hidangan ‘fine dining’ Bali yang juga mendapat pengiktirafan Halal. Selain itu tamu boleh juga mencuba makanan Asia di Maguro Asian Bistro, atau Pizza di Sandro’s Pizzeria. Bagi yang inginkan suasana pantai pula bolehlah singgah ke Chess Bar and Restaurant untuk makan dan minum sambil menikmati pemandangan lautan yang permai.

Selain itu, ada juga persembahan seni budaya dalam bentuk tarian Kecak atau Legong di pusat Teater Budaya atau Budaya Cultural Theatre.

Tidak dilupakan juga kemudahan lain seperti kolam renang, pusat kesihatan serta gimnasium dan sudah tentu sebuah spa turut tersedia di sini. Dengan keluasannya yang besar hotel ini juga mempunyai kawasan taman dan pantai untuk bersiar-siar.

Kesimpulannya, Nusa Dua Beach Hotel & Spa benar-benar hotel mewah buat pelancong yang mahukan ketenangan dalam penginapan kala bercuti. Tetap mewah, tetap gah namun suasananya sangat peribadi dan tersendiri. Andai berpeluang ke Bali, bermalamlah di Nusa Dua Beach Hotel & Spa untuk mengalami kemewahannya!

Mengenal Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
Oleh Shah Shamshiri

Nusa Dua Beach Hotel & Spa -Candi Bentar Night Shoot

006.Nusa Dua Beach Hotel & Spa - Palace Club Room 01

Nusa Dua Beach Hotel & Spa - The Lobby Bar Terrace

Nusa Dua Beach Hotel & Spa - Aerial View

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Dampak

Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir