IL Creative Ventures (SA0308316-V) menganjurkan Kembara Umrah VIP ‘Muhasabah Cinta’ 2015 dengan kerjasama Halcent Discovery Holidays Sdn Bhd (1040009-T (KPL NO 7660) dengan menampilkan ustaz-ustaz pembimbing dan juga selebriti sebagai penyeri kembara umrah tersebut.
“Idea mengenai pakej umrah ini sudah ada sejak sebelum Ramadan lalu, dan ia wujud kerana kami menyimpan impian untuk melangkah ke tanah suci setiap tahun. Latarbelakang kami semua yang bernaung di bawah IL Creative Ventures ini sememangnya sedikit sebanyak memang dari cabang hiburan dan kreatif, maka kami zahirkan sebuah pakej kembara ke 2 kota suci ini dengan penampilan ilmuan agama dan selebriti pilihan,” kata Puan Ireani Yaacob, Pengarah Urusan IL Creative Ventures.
Jalinan kerjasama di antara IL Creative Ventures dengan Halcent Discovery Holidays Sdn Bhd sangat bertepatan kerana penganjur mahukan sebuah pakej umrah yang ada pengisian ilmu selain daripada ibadah umrah sahaja. Halcent Discovery Holidays Sdn Bhd di bawah pengasasnya (Pengerusi Kumpulan Halcent), Dr. Abdul Halim Navaghani pula mempunyai pengalaman melaksanakan pakej umrah berkonsepkan umrah dan ilmu bersama Profesor Muhaya dahulu.
“Kami sangat berminat dengan idea-idea IL Creative Ventures untuk pakej kembara umrah ini. Walaupun syarikat mereka masih baharu dan kecil, namun pengalaman mereka sangat luas di dalam bidang hiburan, komersial dan event menjadikan kami bersedia bekerjasama merealisasikan pakej kembara umrah ini dengan barisan ustaz dan selebriti setiap bulan bermula Januari,” kata Dr. Halim.
Pakej Kembara Umrah VIP ‘Muhasabah Cinta’ 2015 ini akan bermula pada Januari (28hb – 8hb Februari 2015), Februari (18hb – 1hb Mac 2015), Mac (11hb-22hb 2015) dan April (8hb – 19hb 2015). Pakej kembara yang bermula dari RM9588 – RM11,588 menyediakan penginapan bertaraf 5 bintang di Mekah dan Madinah. Rombongan jemaah akan menetap di Al Safwah Royale Orchid Hotel (atau setaraf dengannya) di Mekah dan di The Oberoi Medina (atau setaraf dengannya) di Madinah.
“Pakej ini dinamakan VIP bukan hanya kerana penginapan 5 bintang sahaja, tetapi ia dinamakan sedemikian kerana pengisian kembara umrah ini dan juga beberapa keistimewaan lain berbanding pakej yang sedia ada. Selain kedudukan hotel Al Safwa Royale Orchid Mekah yang mempunyai jarak terdekat (30 meter dari Masjidil Haram) dan The Oberoi Madinah (50 meter dari Masjid Nabawi) , ustaz-ustaz jemputan akan memberikan tazkirah khusus beserta sesi soal jawab dengan para jemaah hampir setiap hari di iringi selebriti jemputan, dan juga makan malam eksklusif di Abraj Tower dengan pemandangan kaabah sebagai santapan mata, itu antara keistimewaan pakej kembara umrah ini,” ujar Pn Ireani lagi.
Pemilihan para selebriti ini bukan sekadar berlandaskan populariti semata-mata, malahan kehadiran mereka yang hadir dari pelbagai latarbelakang ini adalah sebahagian daripada dakwah kecil kami untuk jalinan ukhwah antara penggiat seni dan para ilmuan agama.
Kehidupan selebriti yang tidak lari daripada tempias glamor dan sering menjadi perhatian itu sesekali molek juga dialihkan kearah ukhrawi. Tambahan selebriti memang mempunyai impak dari sudut pengaruh kepada para penggemar mereka melalui hasil-hasil karya seni mereka, tambah molek sekiranya kembara umrah ini turut boleh dijadikan sebagai usaha dakwah kecil mereka kepada para penggemar mereka.
“Begitulah bagaimana wujudnya nama ‘Muhasabah Cinta’ iaitu proses mengenal dan memperhalusi keperibadian, mengenal dan mencintai Allah dan Rasulnya dan sekaligus dengan bimbingan para ilmuan agama yang turut hadir akan menjadikan seluruh proses muhasabah itu mudah dan kesemua yang turut serta di dalam pakej kembara umrah ini akan menemui cinta sebenarnya, iaitu cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW, In shaa Allah, Aamin.”
Kembara Umrah VIP ‘Muhasabah Cinta’ 2015, menampilkan :
Januari – Ustaz Hanafiah Abd Malek bersama Cat Farish
(Tema : Muhasabah Diri)
Februari – Ustaz Hanafiah Abd Malek bersama Mawi & Ekin
(Tema : Penyucian Qalbu)
Mac – Ustaz Rusydi Ramli bersama Fahrin Ahmad
(Tema : 24 Jam bersama Rasulullah SAW)
April – (ustaz masih dalam perbincangan) bersama Awie Wings
(Tema : Ibadah yang sempurna & Istiqomah)
Maklumat lanjut mengenai Kembara Umrah VIP ‘Muhasabah Cinta’ 2015 ini boleh diperolehi melalui:
Facebook/umrahvipmuhasabahcinta
Twitter/@IL_umrah2015