in

Shamsul Ghau Ghau Hos KEMBARA RASA JAKET BIRU

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program “Kembara Rasa Jaket Biru”berkonsepkan travelog bermotor di mana hos program menunggang motosikal berkuasa tinggi mencari tempat makan yang sesuai untuk penunggang-penunggang berkonvoi singgah di seluruh Malaysia.

Menampilkan hos Shamsul Ghau Ghau, program 13 episod yang sedang bersiaran setiap Khamis, pukul 2.30 petang menerusi saluran TV Okey(Astro 109) ini memaparkan tiga segmen ini iaitu “Kembara Rasa 1”, “Tip Kembara” dan “Kembara Rasa 2”. Dalam setiap episod siarannya, Shamsul akan mengembara ke seluruh negara untuk mencari tempat-tempat makan yang menyediakan makanan yang sedap dan mempunyai kemudahan yang sesuai untuk menampung penunggang-penunggang motorsikal berkuasa tinggi yang berkonvoi. 

Travelog Bermotor Dalam KEMBARA RASA JAKET BIRU Bersama Hos Shamsul Ghau Ghau di TV Okey (Astro 109)  

Seterusnya Shamsul akan bergabung dengan penunggang-penunggang dari kelab motosikal tempatan dan akan ke sesebuah premis untuk menikmati makanan yang disediakan dan seterusnya memberi penilaian terhadap makanan serta kemudahan yang disediakan.

Antara paparan menarik yang dikongsikan dalam episod dimana Shamsul bertolak dari ‘World of Motions’ menuju ke utara tanah air dengan diiringi oleh penunggang-penunggang dari ‘Independent Motor Club’. Segmen pertama “Kembara Rasa 1” telah membawa mereka ke gerai ‘Mee Kari Ami’, Gopeng yang biasa menjadi kunjungan penunggang-penunggang yang berkembara. Gerai yang menyediakan berbagai juadah mi dan laksa ini telah menerima penarafan skala 4.2 hingga 4.8 km daripada Shamsul dan wakil-wakil daripada ‘Independent Motor Club’. 

Seterusnya dalam segmen kedua “Kembara Rasa 2”, Shamsul di Gopeng iaitu ‘Warong P. Ramlee’. Warung yang terletak di dalam kebun getah ini berkonsepkan zaman P. Ramlee dahulu. Uniknya di warung ini adalah makanan dihidangkan menggunakan pinggan ayan yang sudah sukar untuk didapati sekarang. Segmen akhir untuk kali ini, “Tip Kembara” memberikan penjelasan tentang perbezaan antara ‘Motor Club (MC)’ dan ‘Motor Grup (MG)’.

Episod seterusnya memaparkan Shamsul bersama ahli-ahli ‘Pirata of Kustoms MC’ telah ke Warung Sara di Semanbu, Kuantan yang menyediakan sajian Nasi Kerabu Ayam Bakar Madu, Nasi Lemak Ikan Sekor, Pulut Kuning Ayam Percik dan masakan panas. Seterusnya menerusi segmen “Kembara Rasa 2”, Shamsul dan rombongannya yang masih ditemani oleh ‘bikers’ dari ‘Pirata of Kustoms MC’ ke ‘Jaman Tory Resepi’ juga di Kuantan untuk menikmati hidangan istimewa di sini. 

Shamsul kemudiannya memulakan episod dengan berkunjung ke ‘De Garage’, Kajang yang menjual barangan berkaitan dengan motosikal diikuti dengan segmen “Kembara Rasa 1” di mana Shamsul bersama ‘bikers’ lain telah mengunjungi Warung D’Sawah yang terletak di Ulu Bendol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Segmen seterusnya “Kembara Rasa 2”, membawa Shamsul ke Kedai Makan Resepi Sabak Salai di Kg. Kundur, Pedas, Rembau. Dalam segmen terakhir Shamsul meneruskan pengembaraan ke Jalan Labu – Kuala Pilah dan singgah di Kedai Kopi Ameng yang telah beroperasi sejak tahun 50’an lagi. 

Berikutnya Shamsul bersama ahli-ahli ‘Soulz MC’ telah ke Kedai Roti Canai Kayu Arang di Melaka yang menyediakan sajian nasi lemak kukus, lotong, kuih muih dan roti canai yang dimasak menggunakan kayu arang. Seterusnya menerusi segmen “Tip Kembara”, seorang ustaz di kalangan ‘bikers’ ini telah memberikan penjelasan tentang sembahyang Jamak dan Qasar sebagai panduan kepada semua ‘bikers’ semasa mereka mengembara. Segmen terakhir “Kembara Rasa 2”, Shamsul ke Warung Hajah Rahmah di Bukit Katil menjamu selera di warung ini yang menyediakan hidangan makan tengah hari dan kuih muih untuk minum petang. 

Memulakan perjalanan, Shamsul Ghau Ghau telah ke ‘Suria Bikes Motorcycles Shop’ yang terletak di Kebun Teh, Johor Bahru. Menerusi segmen “Kembara Rasa 1”, Shamsul mencuba makanan dan minum di ‘MSuites Hotel’ di Danga Bay dengan ditemani oleh Chef Mohd Jabis Ramly. Di segmen kedua pula “Kembara Rasa 2”, Shamsul dan rakan-rakan ‘bikers’ dari ‘Southland Claw Johore MG’ telah ke ‘JDT Café’ yang terletak bersebelahan dengan tempat latihan pasukan bola sepak Johor. 

Episod akhir Shamsul Ghau Ghau yang masih berada di Johor Bahru meneruskan pengembaraan dengan ditemani oleh ‘bikers’ dari ‘Jay Bee Riders MC’ dan ‘Custom Not Criminals MC (CNC MC)’. Menerusi segmen “Kembara Rasa 1” mereka mengunjungi Pondok MS Beriani, sebuah restoran yang diusahakan oleh salah seorang ‘bikers’ bernama Ghazali Kamaruddin atau Zali. Segmen seterusnya “Tip Kembara” menerangkan dengan lebih lanjut sejarah kewujudan ‘Motor Group (MG)’ dan ‘Motor Club (MC)’ di Malaysia dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan oleh ahli-ahlinya. Segmen terakhir “Kembara Rasa 2” membawa Shamsul ke ‘Café Racer’, sebuah restoran berkonsepkan motosikal yang menyediakan makanan barat stail Amerika. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari RANTAU EKSOTIKA

Yang Menarik Tentang Lagu SEMALAM SAHUR DI MANA Andi Bernadee