Anda ingin tahu siapakah anak Melayu pertama yang menjadi polis di New Zealand? Malah, beliau juga adalah pengasas Taihapee Ad Deen Mosque, masjid yang terletak di tanah tinggi 440 m dari aras laut. Beliau bersama Tn Hj Azmi yang menerima alamat melalui mimpi untuk membina masjid dan pusat kegiatan untuk umat Islam yang akan popular satu ketika nanti. Adakah benar alamat dari mimpi itu? Popularkah tempat itu sekarang? Temui beliau, dalam episod mengundang tetamu Tn Hj Saifuddin Abu, penggerak kegiatan komuniti muslim di Taihapee, New Zealand.
Perkongsian di atas antara paparan menarik yang dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam mangangkat kesinambungan program “Rumpun Melayu Global musim 2” mulai 3 Januari ini, setiap Khamis, pukul 10.00 malam di TV1.
RUMPUN MELAYU GLOBAL 2 Kembara New Zealand, Perancis, Belgium, Belanda dan Jerman di TV1
Menariknya musim terbaharu ini membawa penonton kembara mengelilingi New Zealand, Perancis, Belgium, Belanda dan Jerman, menggunakan sepenuhnya 50 hari bermusafir menjalani 35 hari penggambaran program ini Sebanyak.26 episod siarannyalebih padat. Lebih drama. Lebih emosi. Rancangan dokumentari menjejaki diaspora Melayu seantero benua ini bakal menjentik rasa dan merantau pelusuk benua mencari jiwa-jiwa yang tak lekang jatidiri bangsa.
Pernahkah berlegar di fikiran kita bagaimana agaknya kelibat orang yang dah lebih 20 tahun meninggalkan tanah air? Kisah pengalaman hidup mencabar di negara orang diceritakan saudara Azmal Md Nor, pengusaha Cafe Toko Layang Layangdi Sassenheim, Belanda.
Jauh beribu batu dari tanah air tercinta di bumi asing, tiba-tiba pagi anda dikejutkan dengan lagu duet klasik P.Ramlee dan Normadiah, “Apa Asal Sayang”. Apa anda rasa? Saksikan episod di kediaman Pn Husna Luebke di bandar Hamburg, Jerman. Hayati juga kisah suami beliau Mikail Luebke bercerita bagaimana dia mengajar anak-anak mereka berbahasa Melayu.
Berada di lokasi Le Cordon Bleu, Paris, France bersama Pn Adlina Borhan, melawat sebuah pusat latihan kulinari terkemuka di kota Paris. Ingin tahu kisah lanjut bagaimana penglibatan anak Melayu di pusat ini? Ikuti perkongsiannya dalam program ini.
Dalam episod menjalani penggambaran di lokasi berhampiran Keukenhof, taman bunga tulip popular di Belanda pula menggamit penonton menikmati keindahan ciptaan Allah.
Ikuti keseluruhan episod program arahan Haji Azizan Rubaan dan Haji Hairulzani Abdullah terbitan Layar Consult Sdn Bhd ini di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.