Misi kembara Iftar Ramadan dibumi Allah dan berkongsi pengalaman berpuasa 20 jam di negara orang antara yang menarik dalam program “Kembara Iftar Dari Stockholm Ke Dublin†disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang Ramadan ini mulai 7 Mei, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.30 pagi di TV Okey.
Bermula dari Stockholm, Bucharest, Budapest, Vienna, Prague, Berlin, Frankfurt, Paris, Draviele, Bristol, dan Edinburgh hingga ke Dublin, 13 episod ini menjejak orang Melayu di bumi Allah sambil berkongsi budaya berbuka sewaktu bulan Ramadan.
Ikuti pengarah, penerbit dan pengacara, Matjepp Bakar mengembara ke seluruh eropah mencari orang Malaysia dan juga penuntut negara kita yang berada di bumi asing.
Episod bermula di Stockholm berkunjung ke rumah sepasang suami isteri rakyat Malaysia, En. Abdul Karim Jalil dan Pn. Normah Aman, yang telah menetap lama di Stockholm untuk ditemu bual dan berkongsi pengalaman mereka berpuasa di perantauan. Dimulai membeli bahan menu masakan juadah berbuka, memasak dan berbuka bersama. Setelah menunaikan solat fardu bersama, hos berpeluang bersahur sebelum meneruskan kembaranya ke destinasi berikutnya.
Singgah di Bucharest, menemui Pn. Fadzlyna Abdullah, yang mengikut suaminya En. Wan Mohd Sharez yang bekerja di Bucharest untuk ditemu bual dan berkongsi pengalaman mereka berpuasa di perantauan. Aktiviti sama bermula mencari bahan masak, menyediakan menu berbuka dan berbuka bersama. Ia diakhiri dengan bersahur bersama sebelum hos meneruskan misi kembaranya.
Seterusnya di Budapest pula menziarahi Pn. Maznah Merten, yang mengikut suaminya yang bekerja di sana, di Vienna memaparkan kunjungan ke sebuah rumah rakyat Malaysia, Pn. Khadijahbi Abdullah, yang telah menetap lama di situ. Masih di Vienna turut sama mendekati kehidupan rakyat Malaysia En. Ruzsyide Rosli, yang mengikut isterinya Pn. Sharifah Hazwani Balqis yang bekerja di negara tersebut.
Tambah menarik kunjungan ke Berlin menemui bual Pn. Shazneen Azrai, yang berkahwin dengan rakyat Jerman dan telah lama menetap di Berlin untuk ditemu bual serta berkongsi pengalaman mereka berpuasa di perantauan. Sementara itu di Frankfurt pula berkunjung ke sebuah rumah pelajar Malaysia, Muhammad Nur Taufiq, yang melanjutkan pelajarannya di Frankfurt untuk ditemu bual serta berkongsi pengalaman mereka berpuasa di negara orang.
Kenangan indah di kota Paris berkongsi kisah menarik Affy Affandy dan rakannya Zuri Ali, yang menetap dan berniaga nasi lemak secara tempahan di Paris untuk ditemu bual serta berkongsi pengalaman dan cabaran dilalui mereka sepanjang melakukan ibadah berpuasa.
Kunjungan ke Draviel menambah kenangan manis bersama-sama tetamu Pn. Nurazimah Karim, yang berkahwin dengan rakyat Perancis dan telah lama menetap di Draviel untuk ditemu bual serta berkongsi pengalaman mereka di situ.
Temu bual bersama-sama Pn. Zaleha Kadir Olpin, yang berkahwin dengan rakyat England dan telah lama menetap di Bristol. Manakala di Edinburgh memaparkan hos berkunjung ke sebuah rumah rakyat Malaysia, En. Hanif Hasif Hanafi, yang mengikut isterinya, Pn. Norayu Ahmad Huzir, melanjutkan pelajarannya di Edinburgh.
Ikuti juga episod di Dublin menemui bual Pn. Ira Marzuki dan suaminya En. Murshidan Roalli, yang telah lama menetap di Dublin untuk ditemu bual serta berkongsi pengalaman mereka berpuasa di perantauan.
Saksikan memaparkan rangkuman dan imbasan kembali kesemua episod lalu hos yang berkunjung ke beberapa buah rumah rakyat Malaysia di perantauan dengan bermula di Stockholm, Bucharest, Budapest, Vienna, Prague, Berlin, Frankfurt, Paris, Bristol, Edinburgh dan berakhir di Dublin. Matjepp turut berkongsi pengalaman dan memberi ulasan terhadap kesemua pengembaraan beliau lalui bersama kru penggambaran.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.