in ,

Kembara Balkan Sharul Kamal Dalam TRAVELOGUE BACKPAKERS

Hos Sharul Kamal kembara ke Zagreb, ibu negara serta bandar raya terbesar di Croatia dan meluangkan masa mengunjungi Masjid Malaysia yang dibina dengan bantuan kewangan dari Malaysia.

Antara perkongsian menarik yang dipaparkan dalam episod pertama travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Travelogue Backpakers” mulai 4 April, setiap Khamis, pukul 6.00 petang di TV Okey. 

Program terbaharu 13 episodterbitan Kembara Sufi Production ini menjalani 22 hari penggambaran di tujuh buah negara di semenanjung Balkan. Antaranya Itali, Vienna, Austria, Macedonia, Albania, Turki dan Bosnia. 

poster Travelogue Backpakers Balkan

Dalam perkongsian seterusnya Sharul ke Tasik Plitvice di Croatia 20 buah tasik kecil dan 90 buah air terjun yang merupakan tapak warisan dunia. Kemudiannya ke Bosnia & Herzegovina iaitu di Bihaj (kota pertahanan dan istana lama), bandar Jajce (taman botani uni), pekan Travnik dan Masjid Sulejmanija antara masjid tertua di kawasan ini.

Kunjungan ke Sarajevo melawati Tunnel muzium mempamerkan hal peperangan Bosnia Herzegovina yang berlaku antara 1992 hingga 1996 melibatkan terowong rahsia, keunikan sukan Olimpik musim sejuk tahun 2004. Sharul melawat Masjid Gazi Husrev, masjid utama di Sarajevo bina tahun 1531. Sharul juga melawat ‘Yellow Fortress’, dan Piramid Visoko. Menarik di Mostar, sama-sama menyusuri jambatan Stari Most. Sharul ke kawasan pertanian di Mostar dan menemubual petani mengenai kehidupan mereka. Di Kravice pula adalah kawasan perkelahan popular musim panas. Selepas Mostar selepas Mostar, Sharul ke Dubrovnik, Croatia, kota besar yang terletak di lautan Adriatik yang menjadi tempat penggambaran filem ‘Game of thrones’.

Sharul singgah di Kotor, Montenegro yang penuh dengan kedai-kedai kraf tangan, lukisan, dan makanan juga terletaknya kota keselamatan lama di atas yang menjadi tarikan pelancong. Manakala Budva, pusat pelancongan Montenegro terkenal. Seterusnya Sharul ke Tirana, Albania dan Masjid Ethem Bey. Albania, khususnya Republik Macedonia dikaitkan dengan ‘Alexander the Great’ atau Iskandar Zulkarnain. Ohrid, bandar ketiga terbesar di Macedonia. Bandar dan Tasik Ohrid ditetapkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1980. Sharul turut ke Scopje, di tepi sungai Vardar. 

Penonton dibawa terokai Sofia, di Bulgaria yang terdapat banyak bangunan bersejarah peninggalan zaman Roma. Masjid Banya Bashi dibina pada tahun 1567 dan masih digunakan sehingga sekarang. Sharul menemu ramah pelajar Malaysia mengenai pengalaman mereka di sana. Singgah di Alexander Novsky, ia itu sebuah gereja Orthodox terbesar di negara itu dan melawat Taman dan Muzium Ros, di Kazanlak.

Perkongsian kembara Sharul singgah ke Plovdiv, bandar yang kedua terbesar di Bulgaria yang mempamerkan artifak dan industri kecil yang terlibat dalam pembikinan kraf tangan ala Bulgaria. Plovdiv juga terkenal dengan pentas Roma purba atau ‘Roman Theatre’ yang pernah digunakan pada zaman kegemilangan pemerintahan Roma untuk menyaksikan pementasan acara-acara kebudayaan. Kini ia menjadi muzium sejarah terbuka.

Melengkapkan program pengembaraannya ke Turki. Di Istanbul Sharul ke Masjid Sultan Ahmad atau ‘Blue Mosque’ dan memberi penerangan mengenai sejarah dan seni bina masjid itu. Terletak di hadapan masjid, Muzium Hagia Sophia mempamerkan sejarah kegemilangan agama Islam di Turki. ‘Turkish Bath’ atau tempat mandi-manda Turki pula merupakan tempat mandi yang dikekalkan sejak lebih daripada tiga ratus tahun. Grand Bazaar atau Bazaar Utama di Istanbul juga menjadi tarikan utama pelancong kerana boleh mendapati apa jua barang idaman mereka. Bazaar ini dikatakan wujud sejak kurun keempat belas.

Selepas mengunjungi beberapa buah mercu tanda menarik di Istanbul, Sharul pergi ke bukit Pierre Loti. Bukit ini merupakan lokasi baik untuk menikmati pemandangan bandar raya Istanbul. Ada perkhidmatan kereta kabel ke bukit itu. Hos kemudian mengunjungi Eyup di mana terletak makam Sayidina Ayub yang merupakan sahabat Nabi, S.A.W. Basilica dan Nakkas Cistern yang juga terletak di Istanbul adalah muzium-muzium yang terletak di bawah tanah. Muzium-muzium ini mempamerkan sejarah zaman purba Istanbul dan Turki. Ada juga perkongsian tentang muzium istana Topkapi serta istana Dolmabahce yang pada suatu ketika dahulu diduduki oleh sultan empayar Uthmaniyyah.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama NUR 2 Bakal Kembali Cipta Fenomena

Lagu Cerita Kita Nazim Othman Tiada Kaitan dengan Kisah Perceraian