Bagaimanapun, sejak minggu lalu hubungan persahabatan mereka kembali terjalin dan tidak lokek berkongsikan foto dan video mereka bersama di Instagram.
Malah, sebelum ini Fathia memberitahu mahu menjaga Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju untuk sama-sama belajar agama dengannya.
Melihatkan perkongsian foto di Instagram, rata-rata netizen gembira melihat hubungan persahabatan yang terlain semula serta mendoakan agar mereka terus bersahabat.
Tidak kurang juga, ada yang memberikan nasihat supaya Fathia terus istiqamah untuk bertudung dan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.
Pada tahun 2019, Fathia mengejutkan industri hiburan tanah air apabila membuat keputusan untuk tidak berhijab selepas tiga tahun bertudung. Bagaimanapun, Jun tahun lalu Fathia kembali berhijab serta mahu berubah menjadi insan lebih baik.