in

Kem Motivasi SAYA BOLEH Anjuran Colgate Pupuk Keyakinan Diri

Kem Saya Boleh Colgate Pupuk Keyakinan Diri Dalam Kalangan 124 Orang Pelajar Sekolah. Kem motivasi ini memulakan kempen Mari Beramal Bersama Colgate buat kali ke-8 sempena bulan Ramadhan

Colgate-Palmolive Malaysia hari ini merasmikan kem motivasi selama satu hari, Kem Saya Boleh, sekali gus memulakan kempen tahunan Mari Beramal Bersama Colgate yang bertemakan I Am My Own Greatness.

Diadakan sempena Ramadhan, kem motivasi itu bermatlamat memupuk keyakinan diri di kalangan 35 orang murid sekolah rendah dan 85 orang pelajar sekolah menengah dari 6 rumah anak yatim di bawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Kem Motivasi SAYA BOLEH Anjuran Colgate Pupuk Keyakinan Diri

“Anak-anak kita bukanlah pemimpin masa depan, tetapi pemimpin pada masa sekarang. Justeru, amat penting untuk kita melabur ke atas mereka kerana mereka adalah masa depan. Pendidikan tidak seharusnya tertumpu kepada bidang akademik sahaja, malah ia turut melibatkan aspek sosial, emosional dan kemahiran berfikir yang baik,” kata Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Zulkifli Ismail yang turut hadir di majlis pelancaran tersebut.

“Saya harus memuji kempen Mari Beramal Bersama Colgate kerana komitmennya yang cukup konsisten selama lapan tahun. Dengan tema I Am My Own Greatness, kami berharap kempen ini mampu memupuk keyakinan di dalam diri kanak-kanak ini dan meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka – satu aspek kritikal dalam pembangunan diri.”

Sebagai sebahagian daripada kempen Mari Beramal Bersama Colgate sepanjang bulan Ramadhan, Colgate akan menyumbang sebanyak 10 dan 20 sen bagi setiap pek tunggal atau pek berkembar dalam usaha menambah baik 15 buah rumah anak yatim yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Sejak dimulakan pada tahun 2008, kempen ini telah berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM1,077,500 yang telah memberi manfaat kepada seramai lebih 2,000 kanak-kanak dari 55 rumah-rumah kebajikan di Malaysia.

“Kami di Colgate-Palmolive sentiasa menyokong dalam usaha memperkasa dan memperkayakan hidup kanak-kanak melalui pelbagai projek kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berterusan. Biasanya, keutamaan kami adalah untuk mencipta peluang-peluang pendidikan, meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup, serta menjalin hubungan dengan komuniti setempat menerusi sumbangan dan aktiviti kesukarelawan,” kata Pengarah Kanan (Pemasaran Ubat Gigi), Colgate-Palmolive Malaysia, Datin Nor Aziah Mohd Said.

Kem Motivasi SAYA BOLEH Anjuran Colgate Pupuk Keyakinan Diri

“Mari Beramal Bersama Colgate merupakan salah satu daripada banyak kempen yang dekat di hati kami. Kempen ini membawa kemuliaan bulan Ramadhan yang mengajak kita semua supaya berkongsi dan memberi sumbangan. Ia bukan sekadar memberii peluang kepada Colgate untuk meluahkan semangat perpaduan dan perikemanusiaan, malah ia turut melibatkan para pengguna serta organisasi yang bertanggungjawab memastikan kempen ini mencapai kejayaan,” katanya.

Kem Saya Boleh: Memperkasakan kanak-kanak untuk meneroka kehebatan mereka

Direka dan dianjurkan oleh pihak Excel Training & Country Resorts, program khas yang melibatkan tujuh modul ini terdiri daripada Kompas, Keserasian, Kepimpinan, Komunikasi, Kerjasama, Komitmen dan Kreativiti. Program itu menawarkan pengalaman pembelajaran holistik yang fokus untuk memupuk nilai-nilai kepimpinan, semangat berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Aktiviti-aktiviti itu termasuklah:

Dinamik Kumpulan: Aktiviti ini termasuk dalam modul Kompas yang melibatkan 100 soalan ujian personaliti untuk pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membolehkan mereka memahami diri sendiri dengan lebih baik. Para pelajar itu akan dibahagikan kepada kumpulan mengikut personaliti masing-masing. Mereka kemudian belajar bagaimana untuk memperbaiki kekuatan dan mencabar kelemahan diri.

Aktiviti Pengurusan: Disasarkan kepada murid sekolah rendah, aktiviti-aktiviti seperti Membina Huruf (Build the Alphabet), Bahan Buangan Bertoksik (Toxic Waste), Apache dan Berlumba ke arah Kecemerlangan (Excel Race) pula dijalankan untuk membantu setiap kanak-kanak ini membina karekter sebagai penyumbang kepada kumpulan. Aktiviti-aktiviti ini membolehkan kanak-kanak memahami peranan mereka sebagai ahli kumpulan. Pada masa yang sama membantu fasilitator mengenal pasti karekter dominan di dalam kumpulan terbabit.

Sesi motivasi Animonsta Studios: Pencipta siri televisyen terkenal BoBoiBoy telah dijemput menyampaikan sesi motivasi. Mereka berkongsi kejayaan dan cabaran dalam dunia pekerjaan sebagai pakar animasi. Aktiviti-aktiviti lain termasuklah permainan lakonan suara dan gaya, selain tayangan perdana episod terbaharu BoBoiBoy.

“Kami sangat berbesar hati kerana mendapat peluang untuk melibatkan diri dan menyumbang kepada Kem Saya Boleh pada hari ini. Inshallah, segala hasil usaha hari ini dapat memberikan inspirasi kepada para pelajar ini untuk mencungkil bakat masing-masing, berkeyakinan diri dan tidak berputus asa dalam mengejar impian masing-masing. Dengan adanya kem ini, saya yakin ramai yang berada di dalam bilik ini akan berkongsi kisah kejayaan mereka satu hari nanti.”

Menyumbang kepada Mari Beramal Bersama Colgate 2015
Kempen Mari Beramal Bersama Colgate akan bermula pada 1 Jun hingga 31 Julai 2015 di mana pek-pek amal Colgate boleh didapati di gedung membeli-belah utama di seluruh negara.

“Seperti biasa, sumbangan yang dikumpul sepanjang kempen ini akan digunakan untuk menambah baik 15 buah rumah anak-anak yatim, di mana-mana penghuninya boleh mendapat manfaat daripada persekitaran pembelajaran dan kehidupan yang lebih baik. Kami harap lebih ramai rakyat Malaysia akan sama-sama menyumbang dengan semangat penuh kasih sayang. Ketika kita menyatakan rasa bersyukur di antara satu sama lain, kita juga harus menzahirkan rasa belas kasihan kepada mereka yang ada di sekeliling kita,” kata Datin Nor Aziah Mohd Said.

Semoga usaha untuk menjayakan program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Kem Motivasi SAYA BOLEH Anjuran Colgate Pupuk Keyakinan Diri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BSN & ASTRO RADIO Bergabung Sebar Kebaikan

Harga Promosi Buffet Berbuka Puasa di WEIL Hotel