in

Kem Motivasi Kongsi Tips & Strategi Belajar

Ketika negara sibuk membuat persiapan untuk peperiksaan kebangsaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi, BRAND’S® Sari Pati Ayam mengambil pendekatan yang lebih tepat dengan membantu para pelajar membuat persediaan mereka.

Pasukan motivasi BRAND’S yang menjelajah ke seluruh Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak dan Johor bertemu dengan sekitar 17,000 orang pelajar untuk memberi semangat selain mengukuhkan keazaman mereka supaya melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.

Kem Motivasi Kongsi Tips & Strategi Belajar

Ketika sesi motivasi yang diadakan di 40 buah sekolah menengah dan pusat tuisyen di tempat-tempat tersebut, BRAND’S® telah berkongsi tips dan strategi belajar, yang mana sebahagiannya diaplikasikan dalam setiap sesi di mana para pelajar diuji dengan permainan minda yang menarik dan mencabar bagi menguji keberkesanan tips yang diberi pada awalnya. Sesi interaktif tersebut memberi keceriaan untuk sesuatu yang lazimnya dianggap sebagai topik yang serius dan membosankan.

BRAND’S® memotivasikan 17,000 orang pelajar

Selain itu, para pelajar juga mendapat motivasi daripada rakan-rakan sebaya apabila testimoni berbentuk video oleh BRAND’S® SMART Achievers – sebuah kumpulan elit yang terdiri daripada para pelajar Malaysia yang berjaya dalam peperiksaan kebangsaan di samping cemerlang dalam aktiviti kokurikulum – dikongsikan.

“Melalui perkongsian tips tentang cara-cara untuk pelajar meningkatkan daya tumpuan dan ingatan, bengkel BRAND’S® menyasarkan untuk memberi keyakinan kepada para pelajar ini untuk membuat anjakan melebihi had mereka dan mencapai lebih dari apa yang mereka impikan. Para guru dan pelajar telah memberikan sokongan yang baik terhadap program ini, dan kami berharap agar kami dapat meneruskan usaha ini pada tahun hadapan,” kata Encik Koh Joo Siang, Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia.

Satu-satunya suplemen kesihatan sari pati ayam dalam pasaran yang disokong secara saintifik, lebih 35,000 botol BRAND’S® Sari Pati Ayam dan BRAND’S® Fine Taste telah diberikan secara percuma semasa program itu dijalankan.

Hasil kajian daripada 38 penyelidikan klinikal yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan pengambilan BRAND’S® Sari Pati Ayam secara konsisten dapat meningkatkan kecerdasan daya ingatan dengan ketara dan keupayaan konsentrasi walaupun dalam keadaan yang menekan, malah ia membantu mengekalkan tahap metabolisma dan kesihatan yang baik secara menyeluruh.

BRAND’S® Sari Pati Ayam yang diiktiraf halal ini juga bebas lemak dan kolesterol, selain tidak mengandungi perasa dan pewarna tiruan tambahan, lantas menjadikannya pilihan suplemen makanan semula jadi yang ideal untuk diambil setiap hari.

BRAND’S® kini menawarkan manfaat dan nilai optimum kepada pelajar dengan pek edisi terhad BRAND’S® SMART Achievers yang mengandungi 9 botol x 70g BRAND’S® Sari Pati Ayam, yang dijual pada harga runcit RM42 dan boleh didapati di semua farmasi, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.

Pek istimewa ini juga didatangkan bersama borang penyertaan dan butiran pendaftaran untuk Anugerah BRAND’S® SMART Achievers 2016, yang terbuka kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan PMR, SPM, STPM dan peperiksaan Tingkatan 3 & 6 UEC tahun ini. Selain itu, pelajar kolej dan universiti juga boleh memohon bagi pengiktirafan kecemerlangan tahunan yang menganugerahkan pelajar-pelajar cemerlang.

Kem Motivasi Kongsi Tips & Strategi Belajar

“Selama hampir sedekad, BRAND’S® telah memberi penganugerahan kepada para pelajar cemerlang dengan hadiah wang tunai selain pengiktirafan dalam kalangan rakan-rakan sebaya mereka melalui program BRAND’S® SMART Achievers. Acara tahunan ini merupakan penanda aras kejayaan bagi anak muda Malaysia yang telah membuktikan bahawa seseorang itu mampu berjaya dalam kedua-dua bidang pelajaran dan aktiviti kokurikulum pada masa yang sama,” jelas Encik Koh.

Sehingga hari ini, program ini telah mengiktiraf pencapaian seramai 203 orang pelajar elit dan menganugerahkan ganjaran tunai berjumlah RM195,000. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.brandsworld.com.my atau Brands Smart Living di Facebook.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharp Mosquito Catcher Air Purifier Basmi Nyamuk & Jerebu

Cara Mudah Menang Dalam Where’s Avatar? Spot, Count & Win Contest