in , ,

Keluarga Shuib & Watie Hanifiah Bakal Bertemu Kali Pertama Esok

Shuib akan beraya bersama Watie dan peluang itu digunakan untuk memperkenalkan ahli keluarga masing-masing.

Shuib berkata, selepas pertemuan itu, Watie akan meneruskan sambutan Aidilfitri dengan keluarganya di Perak.

“Saya fikir ini masa terbaik untuk berjumpa dengan kedua-dua keluarga. Benar, ini kali pertama keluarga bertemu.
“Kami akan beraya bersama esok,” 

– Shuib
Keluarga Shuib & Watie Hanifiah Bakal Bertemu Kali Pertama Esok

Mengenai persiapan Hari Raya, Shuib memilih mengenakan baju Melayu jahitan pereka fesyen kegemaran Allahyarham Siti Sarah.

“Saya pula akan pergi ke Pendang, Kedah untuk beraya di kampung halaman ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, iaitu Siti Fatimah Suberi, 34, yang juga mesra disapa sebagai Makde.

“Tahu lalu, saya bawa mereka beraya di Perak, jadi, tahun ini, kami pilih ikut Makde pula,” katanya.

“Tahun ini, saya ada berbelas pasang baju Melayu. Selepas Aidilfitri, saya ada banyak acara, jadi saya ada 12 pasang baju Melayu.

“Sepanjang 2018 dan 2019, saya selalu pakai baju Melayu dijahit pereka kegemaran Sarah ini.

“Tetapi, sejak dua tahun lalu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya tidak jumpa butik baju ini. Tahun ini, baru teringat dan terus pergi ke butiknya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan membeli sembilan pasang.

“Semuanya cantik… Sebab itulah arwah Sarah suka, Alhamdulillah,” katanya.

Shuib Kongsi Foto Bersama Watie di Instagram

Shuib Sepahtu berkongsi foto bersama kekasihnya, Watie Hanafiah buat kali pertama di Instagram (IG), malam tadi.

Tampil sedondon dalam rona ‘peach’, selain Watie, empat anak dan ibunya, turut bergambar bersama.

Foto itu menerima lebih 110,000 tanda suka serta lebih 300 komen daripada pengikut, selepas kira-kira dua jam dimuat naik penyampai stesen radio Suria itu.

Keluarga Shuib & Watie Hanifiah Bakal Bertemu Kali Pertama Esok

Terdahulu, Shuib memberitahu akan beraya bersama Watie dan peluang itu digunakan untuk memperkenalkan ahli keluarga masing-masing.

Menurut Shuib, Aidilifitri adalah masa terbaik untuk berjumpa dengan kedua-dua keluarga dan ia adalah pertemuan keluarga yang pertama.

“Saya fikir ini masa terbaik untuk berjumpa dengan kedua-dua keluarga. Benar, ini kali pertama keluarga bertemu,” katanya.

Sebelum ini Shuib memberitahu tengah merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga ahli perniagaan, Watie Hanafiah pada Jun ini.

Menurut Shuib, persiapan untuk majlis pernikahan dan persandingan mereka sudah siap sebanyak 30 peratus.

Shuib menamatkan teka-teki mengenai hubungannya dengan Watie yang juga usahawan apabila mendedahkan mereka memilih Jun depan untuk bernikah.

Shuib kehilangan isteri yang juga penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang dilahirkan sebelum arwah meninggal dunia pada Ogos, 2021.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEGOLAND RAYA

Ini 13 Perkara Penting Perlu Dibuat Sewaktu Balik Beraya di Kampung

HAQIEM RUSLI ANIS SOFEA

Muat Naik Gambar Pakai Selendang, Isteri Haqiem Rusli Buka Tudung?