in

Kelebihan PETRONAS PRIMAX 95 Yang Baru Dilancarkan

Kelebihan PETRONAS PRIMAX 95 Baharu dengan Advanced Energy Formula Yang Baru Dilancarkan

Pada 26 Mei 2014 yang lalu, hari yang cukup indah di mana Budiey dijemput oleh PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) untuk menghadiri Pelancaran PETRONAS PRIMAX 95 yang terbaru yang berlangsung di Stesen PETRONAS, Taman Teknologi Malaysia. Terima kasih kerana sudi menjemput Budiey.com.

PETRONAS-01

Mulanya Budiey agak skeptikal juga dengan produk terbaru ini memandangkan minyak petrol sebelum ni dah cukup baik dah bagi Budiey. Tapi inilah yang dinamakan teknologi. Ya, teknologi akan sentiasa berkembang. Ia takkan statik. Oleh kerana itu, PETRONAS pasti mencari jalan terbaik untuk menjadikan pengguna lebih setia dan lebih berpuas hati dengan mutu dan kualiti produk.

PETRONAS-02

Budiey berkata demikian adalah kerana Budiey antara jutaan pengguna yang setia menggunakan produk yang setanding dengan petrol berteknologi F1 ini. Tup-tup sekarang, Budiey pun terkejut juga, kita dah ada PETRONAS PRIMAX 95 yang lebih EXTRA dengan Advanced Energy Formula di mana ia diaplikasi dengan perkembangan minyak untuk pasukan pemandu MERCEDES AMG PETRONAS Formula One yang menang besar pada tahun ini.

Budiey rasa sangat teruja untuk menggunakan produk terbaru ini yang dipertingkatkan dan tak sabar nak tengok kesan kepada pemanduan Budiey nanti.

PETRONAS-03

Pasti pembaca semua tertanya-tanya, apakah kelebihannya produk yang dilancarkan ini. Okaylah, Budiey nak ceritakan sedikit kat sini, untuk yang info semua pembaca. PETRONAS PRIMAX 95, dengan Advanced Energy Formula ini dapat mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga, mencuci enjin sekali gus meningkatkan penjimatan petrol.

Tidak syak lagi keberkesanannya kerana ianya dihasilkan dengan kerjasama PETRONAS PRIMAX’s Technical Performance Consultant dan MERCEDES AMG Formula One.

Pastinya ini akan menjimatkan wang saku Budiey. Ya, sesiapa juga yang memandu kereta pasti fikir pasal macamana nak jimatkan minyak kan? Budiey pun juga fikir pasal isu yang sama. Namun, selepas mencuba PETRONAS PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula yang baru ini, segala isu ini selesai.

Bayangkan buat masa ini, perasaan memandu kereta rasa sangat santai dan menyeronokkan terutama apabila Budiey sering memerhatikan bar minyak berdekatakan meter. Fuh! Cukup jimat. Syabas buat PETRONAS dengan pelancaran ini. Oh, tak hairanlah, sekarang ini PETRONAS dah menguasai sekitar 30 peratus penguasaan pasaran dan sedang giat melaksanakan pelbagai strategi bagi memastikan angka berkenaan terus meningkat. Bravo!

Ini dipersetujui dan diakui oleh Pengurus Besar Kanan, Bahagian Perniagaan Runcit PDB Shaharuddin M Sidek berkata, setakat ini PETRONAS menguasai 30 peratus penguasaan pasaran dan angka berkenaan dijangka meningkat secara signifikan khususnya dengan pengenalan produk baru, Petronas Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula.

Semua stesen minyak PETRONAS telah menggantikan dengan minyak PETRONAS PRIMAX 95 yang baru ini dengan harga yang sama dengan minyak RON 95.

Semasa pelancaran, semua media mendapat penerangan yang lebih terperinci tentang PETRONAS PRIMAX 95 yang dipertingkatkan ini. Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula dihasilkan untuk memberi kecekapan petrol lebih tinggi bagi memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh. Ia akan menggantikan PETRONAS Primax 95 Extra di semua stesen minyak PETRONAS seluruh negara pada harga kawalan petrol RON 95.

Jurutera Petronas membantu pasukan Mercedes AMG Petronas Formual 1 meraih kemenangan dengan 30% pengurangan petrol.

Menurut Pengurus Besar Kanan, Bahagian Perniagaan Runcit PDB Shaharuddin M Sidek berkata:

“Petronas Primax 95 membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga. Ketiga-tiga fungsi ini bergabung untuk memberikan kecekapan petrol yang lebih hebat. Bahan api ini direka untuk memberikan prestasi yang lebih tinggi dan lebih baik bagi perjalanan yang lebih jauh.

Petronas sentiasa konsisten dalam mewujudkan piawaian baharu bagi industri dan akan terus mencipta penyelesaian inovasi baharu bagi pelanggan sebagai satu strategi untuk kekal sebagai jenama pilihan.

Petronas Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula dihasilkan melalui kejayaan kejuruteraan Petronas dalam membangunkan teknologi bendalir automotif yang membawa kejayaan berterusan kepada pasukan Formula One Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan Formula One tahun ini.”

Selepas beberapa hari dan sehingga hari ini menggunakan PETRONAS PRIMAX 95 terbaru dengan Advanced Energy Formula pada kereta Budiey dan masuk ni dah beberapa kali mengisi tangki hampir penuh… Budiey mendapati perubahan yang sangat signifikan dan ketara telah berlaku.

PETRONAS-04

Budiey dapati enjin terasa lebih ringan dan senyap, pemanduan menjadi lancar dan paling menggembirakan ialah tahap penggunaan petrol kini mula berkurangan.

Budiey berani katakan di sini, dengan Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula, tahap penggunaan petrol untuk kereta saya menjadi lebih jimat, sekitar 5 – 15 peratus.

Pada mulanya agak sukar untuk Budiey percaya kerana sudah biasa mengisi RM50.00 petrol RON95 dan hanya mampu bertahan untuk tempoh beberapa hari sahaja dalam jarak perjalanan yang tidak sejauh mana. Tetapi kini untuk jarak yang sama, petrol di dalam tangki masih banyak berbaki, ianya cukup menakjubkan! Anda patut cuba ni. Serius cakap!

Kesimpulan yang dapat Budiey buat di sini ialah PETRONAS PRIMAX 95 Baharu dengan Advanced Energy Formula terbukti lebih jimat, berkuasa dan mampu melancarkan operasi enjin, selain menjadikan enjin lebih senyap. Saya terfikir juga jika hanya saya saja yang berperasaan begitu, tetapi tidak kisahlah, yang penting kini saya dapat berjimat berbanding sebelum ini.

Untuk info lanjut, anda boleh layari : www.mymesra.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karl Shafek Lancar Jenama Pakaian Neonate

Astro Radio Catat Jumlah Pendengar Tertinggi