in

Kelainan Menanti Anugerah Bintang Popular BH 3.0

Bahang kehangatan Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) semakin dirasai. Tarikh 14 Mei semakin hampir dan majlis pra kemuncak yang berlangsung di Galeri Prima hari ini mengumumkan Top 5 kategori utama ABPBH 3.0 dan persediaan rapi yang sedang dijalankan.

Majlis turut mengumumkan finalis untuk lima kategori online sampingan serta pengacara, penyampai anugerah dan barisan artis yang akan membuat persembahan di malam kemuncak anugerah tersebut. Gandingan artis dan personaliti baharu, muda serta yang lama pastinya sekali lagi akan menjadikan malam kemuncak ABPBH 3.0 ini acara yang cukup mantap dan menghiburkan.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan penyanyi muda tanahair, Khai Bahar dan juara program realiti serta penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Siti Nordiana.

Finalis Anugerah Bintang Popular BH Diumumkan

Selain daripada artis yang akan terlibat pada malam kemuncak ABPBH 3.0, turut hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Mahfar Ali, Pengarang Kumpulan BH juga selaku Penaung ABPBH 3.0, Datuk Badrulhisham Othman, Timbalan Pengarang Kumpulan BH merangkap Penasihat 1, ABPBH 3.0, Farah Ezrin Mohd Rashidi, Pengurus Besar Pemasaran NSTP merangkap Penasihat 2 ABPBH 3.0 dan Shamshul Azree Samshir, Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 3.0.

Penaja Utama ABPBH 3.0 kali ini adalah Jus Delima Pamoga Qu Puteh milik pengasas produk tempatan terkemuka Empayar Beauty Dato’ Seri Vida iaitu Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Vida.

Lokasi rasmi acara kemuncak ABPBH 3.0 ditaja oleh Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, Kool FM and Hot FM sebagai stesen radio rasmi, TONTON sebagai platform digital rasmi dan ZIP sebagai majalah digital rasmi.

Pengarang Kumpulan BH juga selaku Penaung ABPBH 3.0, Datuk Mahfar Ali berkata, acara ABPBH 3.0 menampilkan konsep yang berbeza pada kali ini sesuai dengan usia penganjurannya yang menginjak usia 30 tahun.

“Bertemakan ‘Futuristik’, konsep ini akan diinterpretasikan melalui setiap aktiviti ABPBH 3.0. Usaha ini akan merentasi semua platform dengan memberi penekanan terhadap media sosial dan platform digital utama,” katanya.

Meraikan tiga dekad ABPBH, tema futuristik dipilih bagi menggambarkan perubahan teknologi yang mempengaruhi kehidupan manusia. Elemen futuristik dalam bidang seni pula merujuk kepada karya yang dihasilkan daripada ledakan teknologi dan trending di laman sosial, namun masih mengangkat nilai estetika dan identiti diri.

Datuk Mahfar menambah, BH yakin ABPBH akan terus relevan sebagai pengukur prestasi penggiat seni selaras dengan evolusi berita dan kandungan BH yang sentiasa mengutamakan produk yang segar dan menarik perhatian pembaca muda.

Sementara itu, pengasas kepada penaja utama ABPBH 3.0, Dato’ Seri Vida berkata Pamoga berbesar hati untuk bersama-sama BH untuk menghangatkan lagi ABPBH 3.0 buat julung kalinya bagi mengiktiraf bakat selebriti-selebriti dan artis-artis tempatan.

“Saya percaya sinergi di antara Pamoga dan elemen baru digital yang diperkenalkan dalam penganjuran ABPBH 3.0 kali ini dapat memberi manfaat kepada pengguna dan Empayar Dato’ Seri Vida yang sentiasa peka dengan keperluan dan kehendak pelanggan mengikut aliran semasa,” katanya lagi.

Pada ABPBH 3.0 kali ini, pihak penganjur telah mengubah kaedah pengundian yang dilakukan secara online 100 peratus di laman web ABPBH iaitu www.abpbh.com.my mulai 5 April 2017 sehingga 30 April 2017. Calon perlu mempunyai produk yang dihasilkan mulai Januari 2016 hingga Disember 2016.

Tiga belas kategori utama yang bakal dipertandingkan adalah Artis Baharu Lelaki Popular; Artis Baharu Wanita Popular; Pelakon Filem Lelaki Popular; Pelakon Filem Wanita Popular; Pelakon TV Lelaki Popular; Pelakon TV Wanita Popular; Penyanyi Lelaki Popular; Penyanyi Wanita Popular; Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular; Artis Komedi Popular; Artis Versatil Popular; Pengacara TV Popular; dan Penyampai Radio Popular.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama, Gandingan Serasi Filem, Personaliti Media Sosial, Artis Berpengaruh di Laman Sosial dan Artis Sensasi.

Acara utama sudah pasti malam kemuncak ABPBH 3.0 yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada hari Ahad, 14 Mei 2017.

EMPAYAR BEAUTY DATO’ SERI VIDA
Sejak ditubuhkan pada 1998, EMPAYAR BEAUTY DATO’ SERI VIDA masih lagi bertahan dalam pasaran tempatan sehingga kini dan merupakan antara syarikat bumiputera yang tertua di Malaysia dalam menghasilkan produk-produk kesihatan tradisional dan kosmetik yang berkualiti. Sehingga kini, EMPAYAR BEAUTY DATO’ SERI VIDA sudah menghasilkan lebih dari seratus (100) produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti dan masih mendapat permintaan. EMPAYAR BEAUTY DATO’ SERI VIDA sentiasa peka dengan keperluan dan kehendak pelanggan memgikut aliran semasa.

Selepas kejayaan Jus Pamoga, EMPAYAR BEAUTY DATO’ SERI VIDA sekali lagi memberanikan diri untuk menghasilkan produk minuman kesihatan yang mampu memenuhi keperluan pengguna-pengguna di Malaysia terutamanya kaum wanita yang ingin tampil cantik, putih, sihat dan lebih berkeyakinan. Pada tahun 2013, EMPAYAR BEAUTY DATO’ SERI VIDA telah menghasilkan lagi satu produk dibawah rangkaian jenama Qu Puteh Beauty. Setelah tiga (3) bulan dilancarkan, permintaan produk minuman Qu Puteh semakin meningkat dan sering menjadi sebutan para wanita di Malaysia yang menginginkan kulit yang cantik, gebu serta mulus.

Bagi melengkapkan rangkaian produk Qu Puteh Beauty (untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki); Set Kosmetik Qu Puteh, losyen ‘Slim Gebu’, dan Stemcell Coffee dihasilkan. Pada tahun 2016, sekali lagi EMPAYAR BEAUTY DATO’ SERI VIDA telah melancarkan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan dibawah Jenama Millenia; Millenia Champ-Champ, Millenia Foundation, Millenia lipsmatte dan banyak lagi.

Sejajar dengan perkembangan produk-produk EMPAYAR BEAUTY DATO’ SERI VIDA, perniagaan ini kini sudah mempunyai lima puluh (50) cawangan diseluruh Malaysia dan disokong oleh hampir dua ratus (200) kakitangan. Selain itu, EMPAYAR BEAUTY DATO’ SERI VIDA juga mempunyai puluhan pengedar bagi pasaran tempatan dan luar negara (Indonesia, Singapura dan Brunei).

Mengenai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH)
Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) adalah anugerah ’People’s Choice’ yang terunggul anjuran BH yang diadakan setiap tahun bermula pada 1987. Ketika itu, ia dikenali sebagai Anugerah Penyanyi dan Pelakon Popular (APPP). Bertahan selama 30 tahun, ABPBH menjadi antara anugerah paling konsisten apabila ia diadakan setiap tahun. ABPBH bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air, di samping memberi peluang kepada pembaca setia BH untuk memilih artis popular serta menyertai malam kemuncak anugerah.
Penganjur menerima banyak pencalonan daripada semua syarikat rakaman, syarikat penerbitan filem, stesen TV dan radio untuk artis dan selebriti di bawah naungan mereka. Pencalonan terbuka kepada personaliti, selebriti, pelakon dan penyanyi yang terbabit secara aktif dan konsisten dalam bidang masing-masing untuk tempoh produk diterbitkan iaitu Januari 2016 hingga Disember 2016.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pencalonan TOP 5 Anugerah Bintang Popular ABPBH 3.0

Senarai Pencalonan Akhir AIFFA 2017