SIARAN LANGSUNG SIDANG KHAS PARLIMEN PADA 12 JANUARI 2009 (ISNIN), JAM 1.30 PETANG DI TV1
Kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza menjadi isu tumpuan dunia pada ketika ini. Untuk memperlihatkan sikap dan pendirian rakyat Malaysia khususnya terhadap keamanan dunia Islam, RTM menyiarkan Persidangan Khas Parlimen tersebut yang di adakan pada 12 Januari 2009 (Isnin), jam 1.30 petang di TV1.
Ia bertujuan untuk memberi gambaran jelas mengenai pendirian Malaysia berhubung isu keganasan Israel yang berterusan terhadap penduduk Palestin ketika ini. Usul ini akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyokong usul tersebut. Manakala Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim akan menggulung perbahasan.
Sebelum Persidangan tersebut di adakan, RTM menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz untuk memberikan gambaran terperinci berhubung persidangan tersebut. Saksikan rancangan Persidangan Khas Parlimen ini, yang mengeluarkan resolusi berhubung langkah-langkah penyelesaian yang perlu diambil oleh dunia untuk menamatkan kekejaman Israel di bumi Palestin.