Sedang bersiaran mulai 10 Jun lalu, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 tengah hari, ia dibintangi pelakon terkenal Yoo Yeon Seok, Kang So-ra, Kim sung Oh, dan Lee Sung Jae.
Kisahnya bertitik tolak dengan permulaan ibarat sudah jatuh, ditimpa tangga nasib yang menimpa gadis bernama Lee Jung Joo lakonan aktres Kang so-ra. Kehidupannya digambarkan seringkali ditimpa ujian dan cabaran. Jung Joo adalah seorang wanita berkarier yang begitu mementingkan kerjayanya. Sudah lima tahun dia bekerja di sebuah syarikat pakaian di Seoul.
Satu hari, Jung Joo tergesa-gesa untuk pergi ke Pulau Jeju. Rupa-rupanya dia baru sedar dirinya di tipu salah seorang saudaranya, Jung Min (Go Kyung Pyo), untuk membeli sebuah rumah pangsapuri di Pulau Jeju.
Kebenaran tidak indah seperti yang digambarkan bila mana dia mendapati rumah dibelinya itu buruk dan usang. Jung Joo kecewa kerana telah menggunakan duit simpannnya untuk membeli rumah itu. Dia kemudiannya menggunakan baki wang yang ada berhibur dengan temannya.
Dalam perjalanan menuju Pulau Jeju, Jung Joo bertemu dengan teman lelaki pertamanya, Baek Geun Woo (Yoo Yeon Seok) yang kali terakhir ditemuinya 10 tahun yang lalu. Sebaik sampai di Jeju, nasib malang kembali menimpa Jung Joo secara silih berganti.
Bermula dia bertemu dengan kekasihnya bersama dengan wanita lain dan mereka sudah berkahwin. Hanya dalam beberapa minit setelah pertemuan dengan bekas kekasihnya tersebut, Jung Joo bermimpi buruk pula.
Panggilan telefon diterima daripada pejabat mengatakan dirinya sudah rasmi di pecat dari syarikat tempatnya bekerja. Perasaannya mula bergolak dan semakin memburuk namun kemudian sedikit demi sedikit menjadi semakin tenang dengan kehadiran Geun Woo yang memberikan sepenuh perhatian terhadap Jung Joo.
Jung Joo memutuskan untuk kembali ke Seoul namun kehidupan di sana masih tidak juga menenangkan hatinya.
Beberapa hari kemudian, Jung Joo kembali ke Pulau Jeju, kali ini bukan hanya sekadar kunjungan. Sebaliknya kali ini Jung Joo bertekad untuk memulai hidup baru di Pulau Jeju yang indah dan penuh ketenangan.
Baek Geun Woo pula dengan senang hati menawarkan khidmat mahu membantu Jung Joo sambil manguruskan restoran miliknya, Warm and Cozy. Sejak itu hubungan keduanya kembali terjalin. Hubungan menjadi semakin dekat dan tanpa sedar mereka saling cemburu jika melihat salah seorang daripada mereka berhubungan baik dengan orang lain.
Saat itulah, cinta mulai kembali bersemi di antara Lee Jung Joo dan Baek Geun Woo. Namun adakah hubungan cinta mereka semudah itu untuk bersatu? Ikuti kesudahan 22 episod ini di TV2.