in

Kekasih Elyana Hadiah IPhone di Hari Jadi ke-21?

Pada 5 Julai lalu, Budiey dijemput oleh Pengurus Elyana untuk turut sama menyambut hari lahir dan juga majlis doa selamat yang diadakan di rumah familinya di Shah Alam. Tidak cukup dengan SMS, satu panggilan jemputan turut singgah. Terima kasih atas jemputan ya.

“Jemputan ke kenduri doa selamat sempena hari jadi Elyana ke-21 pada 5 Julai 2008. Bermula selepas Asar. Kedatangan anda amatlah dihargai.”

Oleh sebab Budiey ke Pameran Pengantin dan petangnya pula kena join Karnival Hotlink, jadi terpaksalah membatalkan niat untuk meraikan hari lahir Elyana ke 21. Alahai ruginya tak ikut Su Bernama pi Shah Alam hari tu! Kalau tak, bolehlah snap gambar kekasih Elyana dan makan kek befday dia.

Apa-apa pun, tidak terlewat untuk Budiey ucapkan selamat hari lahir kepada Elyana, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan dan kesejahteraan.

Budiey dengar cerita banyak juga hadiah yang dihadiahkan oleh sahabat dan kenalan media kepada Elyana. Tetapi yang paling istimewa dah tentulah hadiah daripada kekasih Elyana. Apa yang boyfriend Elyana kasi ya? Katanya, sebuah IPhone! Wow, mahal gak tu.

Nilah dia gambar kekasih Elyana… bercermin mata dan nampak matang.

Nampaknya sampai sudah Elyana tidak mahu mendedahkan nama teman lelakinya. Malah, Elyana menolak untuk bergambar bersama dengan kekasihnya itu. Usahkan nak rapat, mereka berdua pun tidak nampak mesra. Mungkin malu untuk tayang dan tunjuk keintiman kat media kot. Tapi memangnya diorang ni dikatakan sedang di lamun cinta.

Kekasih Elyana lebih tua darinya. Tapi apa yang buat Elyana tertarik dengan bfnya tu?

“Saya bertuah sebab dapat dia yang sayangkan saya dan juga keluarga saya, malah dia juga memahami kerjaya saya sebagai artis dan pandai ambil hati keluarga. Itu yang saya suka tentang dirinya.”

Kenapa awak nak sorok kekasih, Elyana?

“Saya juga tidak pernah sorokkan teman istimewa saya, cuma sekarang ini belum masanya lagi. Kalau saya sudah bersedia untuk mendedahkan dia kepada khalayak itu bermakna saya sudah pasti dia akan menjadi calon hidup saya, tetapi sekarang ini saya masih dalam peringkat berkawan lagi, nantilah dulu (ketawa). Sekarang ini pun belum tentu saya akan akhiri zaman bujang dengan dia, kalau betul-betul pasti nanti barulah akan beritahu.” – credit photo: KOSMO!

[tags]gambar kekasih elyana, nama teman lelaki, gambar majlis hari jadi, birthday greeting, kosmo, berita harian, iphone, crack, alamat, blog elyana[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar One Buck Short @ Konsert KL Indie Fest 2008

Gambar Isteri Eizlan Yusof & Baby Baru