in , ,

Kekasih by The Melvins Jadi Fenomena, Ramai Gigit Jari

BELUM setahun di pasaran, jenama kosmetik Kekasih by The Melvins pantas mencuri perhatian ramai. Diasaskan oleh empat adik beradik cantik, Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin sejak 1 Mei 2019, jenama yang hadir menerusi rangkaian lip matte dan krim foundation dengan harga mampu dimiliki ini mencipta fenomena tersendiri.

Sejak awal dikeluarkan lip matte di bawah nama kombo Zahir Batin dan Jiwa Raga sudah terjual 180,000 unit bagai pisang panas laris di pasaran. Kini Kekasih by The Melvin pantas menjadi perhatian semula menerusi promosi terbaharu kombo lip matte Tulus Suci yang dilancarkan sejak 17 November lalu.

Suci

“Kali ini kombo lip matte Tulus Suci kami hadirkan pilihan warna menarik dengan bau strawberi pula. Sebelum ini menerusi kombo terdahulu, kita tampil dengan bau pisang dan coklat.

“Kami hadirkan juga ia dalam edisi bermusim yang cukup terhad. Jadi kena dapatkan segera di pasaran sebelum kehabisan,”

– Syatilla

Bercerita lanjut mengenai lip matte rangkaian Kekasih by The Melvins, ia mempunyai empat warna pilihan lagi menawan.

“Kandungan utama lip matte ini terdiri daripada minyak Argan, Shea Butter dan Vitamin E. Ia bersifat lightweight dan kalis air.

Ia juga dalam bentuk cecair ringan namun kesan selepas pakai akan bertukar menjadi matte.

“Teksturnya sangat ringan seperti tidak langsung dicalit apa-apa. Ia tidak melekit dan melekat.

Fungsinya mampu merawat garis halus pada permukaan bibir. Malah ia juga bertindak sebagai perawat dan pelembap bibir kering.

Pada masa sama, ia juga tidak memberikan kesan hitam kepada bibir.

“Lebih utama, tiada bahan kimia dan bebas Paraben. Baunya juga wangi,”

– Syatilla
Suci

Syatilla yang mewakili adik beradiknya yang lain berkata, sekalipun sedar persaingan sengit menjual rangkaian produk sama, mereka tetap optimis dan bangga dengan jenama sendiri.

“Bagi kami produk Lip matte contohnya memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang ia menjadi satu keperluan buat golongan wanita khususnya.

Malah kami sepakat menggunakan nama Kekasih ini kerana kita dilahirkan di dunia ini untuk sentiasa berpasangan.

Begitu juga seperti lipmatte Kekasih sendiri yang dipasarkan secara kombo (dua lipmatte) dengan harga RM39. Memang berbaloi baloi dengan harga itu dapat dua.

“Tak dinafikan memang banyak jenama lipmatte lain di pasaran. Tapi Kekasih kami lain macam sedikit. ‘Kekasih’ kerana ‘kekasih’ yang satu ini tiada tandingan.

Malah berkenaan juga terus menjadi pembakar semangat kepada kami empat adik beradik, pasukan kerja Kekasih by The Melvins serta lebih 1000 agen dan stokis berdaftar di seluruh Malaysia

“Kami turut menggunakan tagline dan tanda pagar Satukekasihcukupke? juga sebagai simbolik mempromosikan kombo lipmatte yang dijual dengan dua unit. Tapi di alam realiti cukup setia dengan seorang kekasih dan suami saja.

Jangan main kayu tiga dalam hubungan sesama manusia. Tapi kalau nak beli produk Kekasih tak apa nak beli lebih pun. Kalau beli banyak buat stok lagi kami suka,”

– Syatilla
Kekasih by The Melvins

Kekasih by The Melvins juga mengamalkan konsep membuka ruang kepada suri rumah atau mereka yang mahu mencari wang tambahan dengan menjadi agen dan stokis.

“Di Kekasih by The Melvins, kita kongsi sama rata dengan mereka yang di luar yang mahu menjana pendapatan sampingan. Alhamdulillah beberapa bulan di pasaran jenama kami sudah mampu membantu mereka di luar sana mendapat wang lebih dengan bergelar agen dan stokis.

“Berkat berniaga, kami bangga dapat membantu ramai pihak untuk meningkatkan ekonomi hidup. Ada yang mampu membeli emas, motosikal, perabot, kereta, mengubah suai rumah, melancong ke luar negara.

– Syatilla
Kekasih by The Melvins

“Dalam beberapa tahun lagi, kami juga mahu jenama ini melahirkan jutawan yang dermawan. Berniaga ini kena bersungguh sungguh. Tak boleh hangat hangat tahi ayam. Insya-Allah setiap usaha pasti berbayar,” kata ibu kepada dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, hampir tiga tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.

Info

  • Kombo lipmatte dijual pada harga RM39
  • Krim asas pula pada harga Rm49
  • Instagram: @kekasih_hq
  • Facebook: @kekasihhq
  • Talian hotline: 010-9000001
Kekasih by The Melvins Kekasih by The Melvins Kekasih by The Melvins Kekasih by The Melvins Kekasih by The Melvins

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kelayakan Piala Dunia 2022 Malaysia 2-1 Thailand Trending di Youtube Malaysia

Aizat Amdan Lancar Lagu Terbaharu Berjudul WAKTU