in , ,

Senarai Penuh Program Menarik TV3 & TV9 Sempena Aidilfitri 2021

Tanpa disedari tahun ini merupakan tahun kedua kita menyambut Hari Raya dengan cara norma baharu. Walaupun berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara dan juga insan tersayang, Hari Raya tetap disambut meriah bersama keluarga seisi rumah.

Kemesraan dieratkan lagi menerusi himpunan program Raya menarik yang menampilkan selebriti popular seperti Dato’ Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Naim Daniel, Zara Zya, Andi Benardee, Janna Nick, Elisha Sandha, Redza Rosli, Sharifah Rose, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Awal Ashaari, Haziq Hussni, Sherry Alhadad, Sean Lee, Jihan Muse, Alif Satar, Ebby Yus, Issey dan ramai lagi bermula 12 Mei 2021. 

Sementara membuat persiapan akhir di malam raya, penonton akan dihiburkan dengan program bual bicara santai, Havoc Nak Raya, pada pukul 11.00 malam bersama pasangan pengacara paling keletah iaitu Haziq Hussni dan Sherry Alhadad. Kedua-dua mereka akan berkongsi dengan kita tentang persiapan beberapa artis popular tanah air dalam menyambut hari lebaran, termasuklah memori istimewa mereka pada hari tersebut serta persembahan istimewa khas buat anda semua. Antara yang terlibat adalah Dato’ Awie, kumpulan Senario, Sharifah Shahira, Didie Alias, Amyza Aznan, Jasmin Hamid, Syamel, Ernie Zakri, Baby Shima, Iman Troye dan Chef Zam.

Poster Jom Mak, Raya Kl

Hiburan raya diteruskan pada keesokan hari dengan gelagat lucu Andi Bernadee, Zara Zya, Dayang Areeda dan Dhia mencuba pelbagai cara untuk memujuk ibunya Azizah Mahzan menyambut Hari Raya di bandar menerusi Mini Siri Raya Jom Mak, Raya KL! Drama 4 episod ini akan disiarkan pada pukul 10.00 pagi.

Peminat setia Redza Rosli dan Sharifah Rose pastinya tidak sabar untuk menonton lakonan mereka dalam Lestary: Kekasih Hati Mr. Bodyguard pada pukul 9.00 malam bermula 15 Mei ini. Drama bersiri yang mempunyai 20 episod ini dibawakan oleh Nivea ini mengisahkan tentang Aralyn (Sharifah Rose) berusaha untuk menjejak Hadif, bekas pengawal peribadi ayahnya bagi merungkai misi yang diberikan kepadanya. Berjayakah Aralyn bertemu dengan Hadif dan menyelesaikan misi yang diberikan ayahnya itu? Drama bersiri 20 episod ini turut dilakonkan oleh Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin dan Lana Nordin. 

Istimewa buat penonton setia drama Melayu, kami membawakan kesinambungan drama bersiri yang mendapat sambutan hangat ketika bersiaran iaitu Misteri Mona dan Aku Yang Kau Gelar Isteri dalam slot Cerekarama Raya pada 15 Mei & 22 Mei 2021. Misteri Mona: Kuserumu Kembali mengisahkan Anom terpaksa melepaskan ‘Mona’ sekali lagi untuk menyelamatkan anaknya yang dikatakan sudah meninggal dunia tetapi ia hanyalah sebuah anak patung yang ditanam di belakang rumah dan mungkin ia adalah halusinasi Anom semata-mata. Apakah rahsia dan kebenaran di sebalik kecelaruan delusi Mona? 

Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri pula bakal merungkai misteri atau teka-teki yang dipersoalkan oleh peminat drama ini. Adakah Rai akan dijatuhkan hukuman kerana membunuh Pian? Adakah Azlan tidak dapat menuntut bahagiannya setelah apa yang telah berlaku? Adakah Embun akan menyeru Laila kembali? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menontonnya. 

Kemeriahan berganda dengan susunan telefilem menarik yang dibarisi oleh artis-atis popular tanah air sepanjang minggu pertama Raya seperti Raya Hampir Tak Jadi (Kazar, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Balkisyh Semundur), Takdir Yang Tertunda (Nadia Brian, Nazim Othman), Obsesi (Idris Khan, Aprena Manrose, Octovia Manrose), Fateema Az Zahra (Azlee Khairi, Elisya Sandha), Jeti (Fauziah Nawi, Nabila Huda & Fifi Laura), Rabak (Dato’ Adi Putra, Khatijah Tan, Fadilah Mansor & Izzue Islam), dan Primadona (Ruminah Sidek, Liza Abdullah, Datuk Ziela Jalil, Norlia Ghani, Rosnani Jamil, Dato’ Jalaluddin Hassan & Nabila Huda). 

Saksikan episod istimewa Hari Raya daripada Tanyalah Ustaz, Malaysia Hari Ini dan Borak Kopitiam yang memaparkan topik perbincangan menarik tentang sambutan Hari Raya yang masih dilanda pandemik Covid-19. Tidak ketinggalan juga filem-filem blockbuster yang akan ditayangkan iaitu Lari, BoBoiBoy Movie 2, Pulang, Hantu Nan Sempit dan Hantu Bonceng.

Sitkom J.K.K. yang sentiasa meriah dengan pelbagai insiden lucu membawakan episod Raya, J.K.K.  Raya lakonan Ebby Yus, Imuda, Ropie, Issey, Ain Edruce, Jiggy dan Salman Al-Farisi pada Hari Raya Pertama. Penduduk Kampung Kalut gembira apabila kampung mereka bakal mengadakan rumah terbuka secara gotong-royong. Namun, ada pihak yang iri hati dan ingin sabotaj majlis itu. Selain itu, penonton kami juga boleh berhibur dengan seleksi program hiburan seperti Alkisah Pak Kodi 5G (Musim Ke-2), Melodi Raya episod 1 & 2, I Can See Your Voice Malaysia 4 Edisi Raya (ditaja oleh Digi Prepaid), KAROK OK dan tidak ketinggalan Oh Bulan! TV Raya yang akan disiarkan di TV9. Senarai Program Raya 2021 TV3 TV9 untuk rujukan sinopsis dan barisan artis. 

Epilog Aku Yang Kau Gelar Isteri

Rangkaian Televisyen Media Prima telah memilih tema Salam Sayang untuk mewarnai kempen Ramadan Raya pada tahun ini. Bagi menyemarakkan lagi suasana ini, TV3 telah menyediakan platform Misi Salam Sayang kepada pengusaha kecil mempromosikan produk mereka di laman sosial TV3 Malaysia. Selain itu, kami juga menjalankan aktiviti khidmat masyarakat yang disertai oleh barisan selebriti dimana mereka akan membeli barangan dan produk daripada vendor yang terpilih dan sebarkan rezeki kepada mereka yang memerlukan. Misi Salam Sayang disertai oleh barisan selebriti seperti Ahmad Fedtri Yahya, Aprena Manrose, Amyza Aznan & Adrian, Redza Rosli, Intan Najuwa, Fiza Sabjahan, Khai Bahar dan Riena Diana. Antara rumah kebajikan yang menerima sumbangan ialah Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang Jaya, Pusat Tahfiz Al-Falah, Ampang Jaya  dan juga para penghuni di Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma. 

Aprena Manrose di Misi Salam Sayang (video 1)

Aktiviti tersebut dirakam dan dikongsikan di laman media sosial TV3 Malaysia pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini. Video 1 di FB TV3 Malaysia Video 1 di IGTV TV3Malaysia  Video 2 di FB TV3 Malaysia  Video 2 di IGTV TV3 Malaysia Nantikan kompilasi video eksklusif 30 minit tentang Misi Salam Sayang yang akan ditayangkan hari raya ketiga jam 4.00 petang di TV3.

Sama-sama meriahkan Kempen Salam Sayang, sebarkan rezeki, luaskan jalinan dan cipta kemesraan antara kita semua! Gunakan #SalamSayang untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia 

Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang Jaya

PROGRAM KEAGAMAAN

TANYALAH USTAZ RAYA

13 – 19 Mei 2021, TV3 (6.30 pagi – 8.00 pagi), TV9 (6.30 pagi – 8.30 pagi)

(BM) 7 episod istimewa ini akan bertemakan Hari Raya dan keadaan semasa yang masih dilandai pandemik Covid-19. Antara paparan menarik ialah topik Sunnah 1 Syawal oleh Ustaz Roslan Mohamed pada Hari Raya Pertama, topik Puasa 6 pada Hari Raya kedua dan amalan tidak sunnah di Hari Raya pada Hari Raya Ketiga dengan panelis jemputan. 

(English) A special 7 episodes will be themed according to the current situation whilst tying it back to Raya. 

PROGRAM BUAL BICARA

MALAYSIA HARI INI RAYA

13 & 14 Mei 2021, 8.00pagi – 9.30pagi

Hos:  Ally Iskandar, Hanif Miswan, Fedtri Yahya, Sofea, Anim Ezati, Fariha Onn, Fazly.

(BM) Malaysia Hari Ini Raya membincangkan topik-topik menarik dan persembahan nyanyian bersempena dengan sambutan Hari Raya. Tidak ketinggalan untuk mengadakan lintas langsung takbir raya, solat raya dan khutbah raya di masjid – masjid yang terpilih.

(English) A live talk show with Raya related topics on social interests, communal activities, current issues and live performances. Also with live cross-over of Raya Takbir, Solat Raya, & Khutbah Raya at a selected mosque during the first block.

BORAK KOPITIAM DAH RAYA LER…

15 Mei 2021, 8.00 pagi – 9.30 pagi

Hos: Adzriefaiz Adzlan, Zack Merican, Dayah Bakar, Haziq Hussni, Fiona Cheng, Anwar Afiq, Muaz Mohamed, Hefny Sahad

(BM) Edisi istimewa di Hari Raya, Borak Kopitiam menampilkan selebriti jemputan untuk berkongsi tentang sambutan Hari Raya mereka dan juga persembahan ‘live band’ dari studio untuk menceriakan pagi Raya anda! 

(English) Vibrant live talk show with Raya related discussions and lifestyle topics, featuring celebrity guests and live bands at the studio.

PROGRAM HIBURAN

HAVOC NAK RAYA 2021

12 Mei 2021 (Malam Raya), 11.00 malam – 12.00 tengah malam

Hos: Haziq Hussni & Sherry Alhadad

(BM) Program bual bicara pada malam raya yang dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad ini memaparkan perkongsian menarik daripada artis-artis popular seperti Dato’ Awie, kumpulan Senario, Sharifah Shahira, Didie Alias, Amyza Aznan, Jasmin Hamid, Syamel, Ernie Zakri, Baby Shima, Iman Troye dan Chef Zam tentang persiapan dan memori hari raya serta persembahan istimewa untuk memeriahkan sambutan Syawal tahun ini.

(English) Eve Raya entertainment talk show where hosts together with famous guest celebrities will talk about their Raya preparations and best Raya memories followed by performances by invited singers. 

J.K.K. RAYA 2021

13 Mei 2021, 11.00 malam – 12.00 tengah malam

Pelakon: Ebby Yus, Ropie, Issey, Ain Edruce, Salman, Jiggy & Imuda

(BM) Penduduk Kampung Kalut gembira apabila Ketua Kampung, Pak Din, mengumumkan yang mereka akan bergotong royong untuk mengadakan majlis rumah terbuka sempena Syawal yang bakal tiba di kampung halaman Pak Din. Masing-masing telah diberikan tugas supaya majlis berjalan dengan lancar namun ada pihak yang iri hati dan ingin sabatoj majlis tersebut! Siapakah dalang di sebalik rancangan jahat itu?

(English) The Kampung Kalut villagers celebrate Raya at Pak Din’s hometown by organising an open house but someone tries to sabotage the event out of spite! Who can it be?

ALKISAH PAK KODI 5G (Musim Ke-2)

16 Mei 2021, 11.00 pagi – 12.00 tengah hari

Pelakon: Ropie, Naim Daniel & Aprena Manrose

(BM) Pak Kodi perlu menemani dua orang anak buahnya iaitu Naim & Baby di rumah apabila ibu mereka tiada atas urusan kerja. Mereka bertiga mempunyai kerenah dan masalah tersendiri yang kadang kala membuatkan mereka pening bersama.

(English) Pak Kodi has to take care of Naim & Baby, his niece and nephew, when their mother is out of town. The three of them always give each other headaches when trying to solve each other’s problems.

MELODI RAYA (Episod 1 & 2)

16 & 23 Mei 2021, 12.00 tengah hari – 1.30 petang

Hos: Awal Ashaari & Janna Nick

(BM) Dihoskan oleh Awal Ashaari dan Janna Nick, Melodi Raya 2021 membawa penonton ke rumah terbuka Melodi dengan  menjemput selebriti popular tanah air untuk berkongsi isu hangat dalam industri hiburan. Tidak ketinggalan juga persembahan istimewa daripada Hail Amir, Kaka Azraff, Ernie Zakri, Syamel, Junaidah M Amin, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hael Husaini, Noraniza Idris, Tomok, Nabila Razali, Lah Ahmad dan ramai lagi.  

(English) Melodi Raya brings the Open House concept featuring famous local celebrities through performances and chit chat sessions.

I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA 4 EDISI RAYA (Ditaja oleh Digi Prepaid)

16 Mei 2021, 9.00 malam – 10.30 malam

Artis: Floor 88, Seelan Paul, Datuk Yusry, Mark Adam, Alif Satar, Fad Bocey, Jihan Muse, Sean LJE & Shuk Sahar

(BM) I Can See Your Voice Malaysia kembali untuk musim keempat dan kali ini ia dibuka dengan episod istimewa edisi Raya. Dapatkah anggota kumpulan Floor 88 mengenalpasti siapakah penyamar bersuara sumbang di kalangan barisan penyanyi misteri dengan bantuan panel penyiasat seperti Seelan Paul, Datuk Yusry, Mark Adam, Alif Satar, Fad Bocey dan Jihan Muse? Dihoskan oleh Sean LJE dan Shuk Sahar.

(English) I Can See Your Voice Malaysia returns for it’s 4th season and it will kick start with a special Raya episode. Can Floor 8 be able to guess which mystery singers are the impostors based on the clues given with the help of celebrity panelists such as Seelan Paul, Datuk Yusry, Mark Adam, Alif Satar, Fad Bocey, and Jihan Muse? Hosted by Sean LJE and Shuk Sahar. 

KAROK OK

23 Mei 2021, 10.30 malam – 11.30 malam

Hos: Sharifah Shahirah & Naim Daniel 

Artis: Tuju Loca, Cik Manggis, Amir Masdi, Wany Hasrita & Haqiem Rusli

(BM) Dihoskan oleh Naim Daniel dan Sharifah Shahira, berhibur dan nyanyi bersama-sama dengan artis kesayangan dengan paparan lirik lagu di skrin TV anda. Video pilihan nyanyian berduet dengan artis juga akan dipaparkan. Antara artis jemputan yang akan memeriahkan program ini ialah Tuju, Loca B, Cik Manggis, Amir Masdi, Wany Hasrita dan ramai lagi. 

(English) A sing along programme where artists will be singing raya songs accompanied by subtitles for viewers to sing at home & also duet videos by the public with the singers (ala Smule). There will also be games played by invited artists. 

OH BULAN! TV RAYA (TV9)

13 Mei 2021, 8.30 malam – 9.30 malam

Hos: Ash Nordin, Rer Ramzul, Amat Larbsib, Danial Nawawi,Shafika Suhaimi, Najmi Suhaimi, Petch Mono, Nasha Nazari

Artis: Wan Sharmila , Saiful Apek, 

(BM) Sebuah sitkom spontan dengan cabaran-cabaran permainan oleh team Oh Bulan! Dimeriahkan lagi dengan penampilan hos mereka. 

(English) A spontaneous sitcom with the games challenges from contern Oh Bulan! and will features their main host and there will be judges as winner 

DRAMA BERSIRI

MINI SIRI RAYA: JOM MAK, RAYA KL! 

13 – 16 Mei 2021, 10.00 pagi, 4 episod

Pelakon: Andi Bernadee, Zara Zya, Dayang Areeda, Azizah Mahzan, Dhia

(BM) Zizan dan Aida memujuk ibu mereka untuk beraya di KL pada tahun ini. Pada mulanya, Mak teragak-agak untuk bersetuju tetapi dia mengalah dan menurut cadangan anak-anaknya. Akhirnya, pengalaman Mak beraya di KL menjadi sangat seronok baginya dan dia ingin kembali beraya di KL pada tahun hadapan! 

(English) This year, Zizan and Sherry persuaded their mom to celebrate Raya in KL. Although reluctant at first, Mak finally gave in and had the time of her life spending Raya in KL that she told them she’d like to celebrate Raya in KL again next year!

LESTARY: KEKASIH HATI MR BODYGUARD (Ditaja oleh Nivea) 

Mulai 15 Mei 2020, Rabu – Sabtu, 9.00 malam, 20 episod

Pelakon: Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Lana Nordin

(BM) Aralyn menjejaki Hadif, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing. 

(English) A story of Aralyn’s search for Hadif (a former bodyguard) to unravel the mission entrusted to her by his father, Dato’ Yusof. Hana travelled to a village to look for Hadif who has become a shepherd. Aralyn tries to dig up the secret kept by Hadif. She will follow Hadif wherever he goes. She even helps out at Hadif’s goat farm. Everyday, Aralyn and Hadif would always argue. However, they started to have feelings for each other. 

CEREKARAMA RAYA

MISTERI MONA: KUSERUMU KEMBALI

15 Mei 2021, 10.00 malam

Pelakon: Janna Nick, Elisya Sandha, Iman Suhana

(BM) Setelah berjaya ‘mengurungkan’ Mona, Anom terpaksa melepaskan dia sekali lagi untuk menyelamatkan anaknya yang dikatakan sudah meninggal dunia. Anom sedang menjalani rawatan di sebuah pusat psikiatri dan kini dia dapat mengawal Mona. Anom rasa sedih kerana Mona telah membunuh ibunya dan bayinya. Namun, doktor menjelaskan hasil pencarian pihak berkuasa di rumah itu bahawa tiada mayat seperti didakwa. Ia hanyalah sebuah anak patung yang ditanam di belakang rumah dan mungkin ia adalah halusinasi Anom semata-mata. Apakah rahsia dan kebenaran disebalik kecelaruan delusi Mona? 

(English) After successfully “chaining” Mona, Anom had to “release her” again in order to save her child who was previously said to have died. Anom underwent treatment at a psychological center. With the right combination of psychotherapy and medication, Anom is able to control Mona’s alter-ego. But Anom is very sad with the fact that Anom / Mona has killed her mother and baby. However, the Doctor explained to Anom that when the authorities dug around Nadeem / Anom’s house, no body was found. There is only one doll embedded in the backyard and also the possibility that what Anom understood was just that hallucinations only, and what Mona is doing is just her “make-believe”. What is the actual secret behind Mona’s delusion?

EPILOG: AKU YANG KAU GELAR ISTERI

22 Mei 2021, 10.00 malam

Pelakon: Dato’ Adi Putra, Nadia Brian, Atiq Azman, Sharifah Sakinah

(BM) Kesinambungan kepada drama bersiri ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’, Epilog: Aku Yang Kau Gelar Isteri akan merungkai misteri atau teka-teki yang dipersoalkan oleh peminat drama ini. Adakah Rai akan dijatuhkan hukuman kerana membunuh Pian? Adakah Azlan tidak dapat menuntut bahagiannya setelah apa yang telah berlaku? Adakah Embun akan menyeru Laila kembali? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menontonnya. 

(English) Continuation of the drama series ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ – “Aku Yang Kau Gelar Isteri Raya” will unravel some of the mysteries that are questioned by the audience. Will Rai be sentenced for killing Pian? Did Azlan not get retribution because of all the chaos that happened? Did Embun manage to summon Laila back?

TELEMOVIE RAYA

RAYA HAMPIR TAK JADI

13 Mei 2021, 11.00 pagi

Pelakon: Kazar, Azar Azmi, Syazuwan Hassan, Balkisyh Semundur

(BM) Sambutan Hari Raya pada tahun ini akan menjadi kali pertama Salleh menyambutnya tanpa isteri tercinta di sisinya. Anak-anaknya pula mempunyai rancangan sendiri sehinggalah mereka dikejutkan dengan berita Salleh mahu berkahwin semula. Jadi, anak-anaknya mula pulang ke kampung. Salleh rasa bersalah tetapi dia gembira apabila anak-anaknya memberikan perhatian sepenuh padanya. Adakah mereka akan menyambut raya kembali sebagai satu keluarga?

(English) Salleh celebrates his first Raya without his beloved wife. Usually not a sentimental man, he finds himself wanting to celebrate Hari Raya this year. Unfortunately, his five children have other plans until he tells them he’s going to remarry.Across seas and continents, Salleh’s children start arriving at kampung. Salleh feels a little bad about it but pleased that everyone is lavishing attention on him and decides to keep the lie a little longer. 

TAKDIR YANG TERTUNDA

13 Mei 2021, 2.00 petang

Pelakon: Nadia Brian, Nazim Othman

(BM) Luqman & Hana diberhentikan sebagai juruterbang dan pramugari apabila industri penerbangan terjejas dengan penularan pandemik Covid-19. Hubungan mereka turut terjejas dan sedang menjalani proses penceraian. Apabila mereka bekerjasama dalam mengusahakan bisnes untuk kelangsungan hidup, kedua-duanya mula mengenali sisi berlainan dan jatuh cinta semula. 

(English) A couple who work as a pilot and stewardess had to struggle for a living as a result of the Covid-19 pandemic that hit the country. They were initially in the process of divorce but eventually fell in love with each other again after they both worked on various businesses together to get on with their lives.

OBSESI

13 Mei 2021, 4.00 petang

Pelakon: Idris Khan, Aprena Manrose, Octovia Manrose

(BM) Jiwa Ayu runtuh setelah mengetahui kekasihnya kini, menikahi adiknya Aina. Namun dalam kedukaan, satu rahsia telah mula dibongkar oleh Ayu. Adakah segalanya telah dirancang?

(English) Ayu’s soul collapsed after knowing her lover had now married her sister Aina. But in grief, a secret has begun to be revealed by Ayu. Has everything been planned?

FATEEMA AZ ZAHRA

14 Mei 2021, 11.00 pagi

Pelakon: Azlee Khairi, Elisya Sandha

(BM) Afnan, seorang ahli bomba pernah menyelamatkan ratusan nyawa ketika dia menjalankan tugasnya. Namun, dia tidak dapat memaafkan dirinya apabila gagal menyelamatkan rakan setugasnya yang terkorban dalam satu kebakaran. 

(English) A firefighter punishes himself, as he had fought to save hundreds of lives but eventually fails to save his own colleague in a fire.

JETI

14 Mei 2021, 4.00 petang

Pelakon: Fauziah Nawi, Nabila Huda & Fifi Laura

(BM) Zaiton mengalami perkara yang sama dengan ibunya, Fatimah dimana mereka berdua diceraikan selepas melahirkan anak. Fatimah amat menyayangi cucunya, Siti dan cuba sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik untuk Siti. Zaiton pula membenci anaknya. Fatimah terpaksa berhadapan dengan kebencian penduduk kampung apabila satu tragedi telah terjadi.

(English) What happened to Zaiton now is like a reflection of what her mother, Fatimah had to endure a long time ago. They were both divorced after giving birth. Fatimah loves her grandchild, Siti and tries to give the best even though Siti is hated by Zaiton. However, things got worse for Fatimah when a tragedy happened and she has to face the villagers’ hatred towards her.

RABAK

21 MEI  2021, 10.00 malam

Pelakon: Dato’ Adi Putra, Khatijah Tan, Fadilah Mansor & Izzue Islam

(BM) Syakimah (58 tahun) dan adiknya, Rabiah (56 tahun) didakwa atas kesalahan membunuh Malek, suami Syakimah yang sering menderanya. Kes ini telah mendapat perhatian Azri, seorang peguam yang mahu menuntut bela untuk adik-beradik ini tanpa mengenakan bayaran. Azri mahu kes ini mendapat perhatian umum. Namun, dia telah gagal dan adik-beradik tersebut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan membunuh tanpa niat. Rabiah jatuh sakit ketika menjalani hukuman penjara dan akhirnya meninggal dunia. Hal ini telah menambahkan kesengsaraan Syakimah. Dia mula berfikir tentang anaknya yang dibiarkan sejak 30 tahun yang lalu. Jadi, Syakimah meminta tolong Azri untuk menjejaki anaknya. 

(English) Syakimah (58 years old) and her sister, Rabiah (56 years old) were arrested by the police for the murder of Malek, Syakimah’s abusive husband. Their case caught the attention of Azri, a lawyer who decided to defend them for free as he hoped that it’ll gain the public’s attention. However, he lost the case and the siblings were jailed 10 years for involuntary manslaughter. While serving prison sentence, Rabiah got sick and passed away. This saddens Syakimah. She keeps thinking about her child whom she abandoned about 30 years ago. She then requested Azri to find her child. 

FILEM RAYA

LARI

14 Mei 2021, 2.00 petang

Pelakon: Aaron Aziz, Erin Malek, Erry Putra, Dira Abu Zahar, Hazama

(BM) Khalif merupakan seorang bekas askar yang tidak lagi berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Dia telah mendapat berita yang mengejutkan berkenaan bapanya yang telah meninggal dunia akibat dibunuh manakala adiknya, Ina telah dilarikan oleh mereka, kerana membalas perjanjian yang tidak jadi antara bapanya dan kumpulan sindiket berkenaan. Berdasarkan pengalaman yang pernah diperolehnya daripada latihan ketenteraan dahulu, naluri Khalif ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarganya. Ini menyebabkan dia mula menyiasat apa yang berlaku, dan mula menemui petunjuk kepada kejadian tragik tersebut.

(English) A gang of debt collector kidnap the ex-army’s little sister; the biggest mistake that they ever made.

BOBOIBOY MOVIE 2

14 Mei 2021, 10.00 malam

Pelakon suara: Nur Fathiah Diaz, Fadzil Mohd Rawi, Wong Pak Lin, Dzubir Mohammed Zakaria, Nur Sarah Alisya, Yap Ee Jean, Wong Wai Kay

(BM) BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang diburu oleh seorang makhluk purba, Retak’ka yang ingin merampas Kuasa Elemental BoBoiBoy. Retak’ka ialah pengguna asal Kuasa Elemental yang sekarang miliki BoBoiBoy. Untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi, dia berniat mengambih alih kuasa itu. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini perlu berlawan untuk menewaskan Retak’ka sebelum kuasa itu jatuh ke tangan yang salah.

(English) BoBoiBoy must defeat an ancient villain who wants to use his elemental powers for evil.

PULANG

15 Mei 2021, 11.00 pagi

Pelakon: Remy Ishak, Puteri Aisyah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Jalaludin Hassan

SINOPSIS

(BM) Berlatarbelakangkan tahun 1940-an, Othman, seorang kelasi kapal yang ingin mengubah nasib dan kehidupan keluarganya dengan mengikuti pengembaraan berlayar ke merata dunia. Sebelum berlayar, dia telah berjanji yang dia akan pulang dengan membawa kekayaan untuk isterinya Che Thom dan anak lelaki mereka, Omar. Dengan penuh kesabaran, isterinya akur dengan keputusannya dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.

(English) Set in the 1940s, Othman, a sailor who wanted to change his family’s life by embarking a journey around the world. Before sailing, he promised his wife, Che Thom to come home and bring riches to her and their son, Omar. With a heavy heart, Che Thom let him sail and waited for him patiently for 61 years.

HANTU NAN SEMPIT

15 Mei 2021, 2.00 petang

Pelakon: Hazama, Soffi Jikan, Khir Rahman, Erin Malek

(BM) Mengisahkan tentang seorang mekanik bernama Ady yang bekerja di sebuah bengkel yang tidak laku, semasa dia sedang membaik pulih sebuah motosikal yang mengalami kemalangan secara tiba-tiba motosikal tersebut seolah-olah mempunyai rohnya sendiri. Ia bermula apabila motosikal yang ditimpa kemalangan tersebut datang ke bengkel dan pemilik bengkel itu, Ribut, menegaskan Ady membaiki motosikal tersebut sebaik yang boleh. Ribut mengalami masalah kekurangan pelanggan di bengkelnya dan membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat bomoh atas nasihat rakannya, Suraya.

(ENG) Tells the story of a mechanic named Ady who works in a shop that does not sell well, while he was repairing a motorcycle that encountered an accident, all of a sudden the bike seems to have its own spirit. It started when the motorcycle that encountered the accident came to the workshop and the owner of the workshop, Ribut, insisted that Ady repaired the motorcycle as best as he could. Storm encountered a shortage of customers at his workshop and decided to seek the help of a shaman as suggested by his friend, Suraya.

HANTU BONCENG

16 Mei 2021, 2.00 petang

Pelakon: Zizan Razak, Jue Aziz, Juliana Evans

(BM) Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba motor Drag secara haram. Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

(English) A story about Amran, a Delivery boy who loves to race Drag motors illegally. One day after winning a race, Amran was awarded a Bohsia named Maya as a race winner. Unfortunately, when Amran was about to ride out of the port with the Bohsia, they got into an accident and she died at the scene.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tawaran Jaringan Prihatin Terhebat Daripada Celcom Dengan Subsidi Sehingga RM360

Senandung Hari Raya Untukmu 2021 Hangatkan Kempen #SempurnaBersama