Namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah kek hari jadi Ruhainies yang diklonkan dipercayai mengikut wajahnya. Kek tersebut ternyata mengundang ketawa netizen apabila usaha untuk mengikut wajah Ruhainies seolah-olah gagaL.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ruhainies menerusi Insta Story, kek bertatahkan kepala wanita bersolek dengan rambut terurai itu dilihat serba serbi tak kena oleh netizen. Video kek itu juga turut menjadi bualan ramai di laman Twitter.
Ada segelintir yang tertanya-tanya siapakah yang membuat kek tersebut kerana tiada langsung seperti Ruhinies. Malah, ada yang menyamakan kek tersebut dengan wajah pondan tua.
Meskipun ramai yang mentertawakan kek klon wajah itu, bagaimanapun rata-rata netizen mengagumi Ruhainies yang tetap menghargai kek berkenaan.