Masih ingatkah anda kepada penyanyi popular tahun 80-an yang bersuara lunak dan nyaring, Zaiton Sameon? Anak kelahiran Rembau ini mula mencipta nama apabila menjuarai juara lagu 1987 dengan lagunya Menaruh Harapan ciptaan A.Ali, lirik oleh Habsah Hassan. Kabut Serangkai Mawar dan Berendam Air Mata juga merupakan lagu hits koleksi beliau.
Sejak ditimpa kemalangan ngeri yang turut mengorbankan anak lelakinya pada tahun 1990, populariti Zaiton jatuh merundum akibat kecederaan serius yang dialami menghalang beliau daripada terus aktif menyanyi. Namun begitu, aura Zaiton sebagai salah seorang penghibur yang hebat serta lagu Menaruh Harapan masih hangat diperkatakan hingga kini.
Buat julung kalinya, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak, program NONA TV3 menganjurkan sebuah majlis kejutan ‘reunion’ istimewa bagi meraikan Zaiton di samping memberi peluang untuk beliau beramah-mesra dengan rakan-rakan artis dan media yang telah lama mengenali rapat dan membantu kerjaya beliau sebagai seorang anak seni.
Tunggu siarannya!
Video Menaruh Harapan – Zaiton Sameon