KEJUTAN LAN PET PET MEREPEK
Bagi Budiey, benda yang merujuk kepada nikah kahwin ni tak perlulah nak sembunyi dan sorok. Itu perkara mulia, buat apa nak sorok. Nanti jadi macam nangka buruk. Sah-sah berbau jugak akhirnya. Budiey capeklah dengan berita-berita yang nak kasi suspen macam kisah pelawak terkenal dari grup Senario ni, siapa lagi kalau bukan Lan Pet Pet.
Tiada angin tiada ribut, Budiey dengarlah berita Lan Pet Pet akan kahwin dengan adik pelakon popular Rozita Che Wan yang bernama Rubytah Che Wan atau Ruby. Majlis dilangsung pada 20 Ogos lalu di Alor Setar. Meriah lah, sebab itu kan satu kejutan. Memang tak sangka Lan Pet Pet dapat tackle minah cantik macam Ruby!
Lagi pelik, Lan sikit pun tak kasi tahu kawan-kawan media, apatah lagi rakan grup Senario sendiri yang katanya itu satu kejutan dari Lan. Memang sikap sorok menyorok ni dah lama diamalkan. Baguslah tu! Maka, timbul satu isu besar bila ada kawannya seperti Wahid dan Azlee tersinggung berkecil hati dengan sikap Lan.
Lan ni memang macam tu. Dia tak nak kecoh-kecoh pasal jodoh nih. Apa-apa hal, biarlah Lan dan pasangannya menjadi suami isteri dulu, barulah boleh nak kasi tau media. Pada mulanya Lan memang sedih sebab berita dia nak kawin dah tersebar luas. Bukan apa, Lan tak nak perancangan yang disusun itu tak menjadi di hujung hari. Hanya minta maaf disahut oleh Lan untuk kawan-kawan yang terasa hati.
Susah bila tindak tanduk Lan yang lari dari wartawan pun dah disalah ertikan. Katanya, Lan Pet Pet dah sombong, tak pandai nak hormat kat media yang selama ini menyokong kariernya. Apa-apa, Budiey harap Lan tak buat kejutan ‘stupid’ macam ni lagi. Benda baik tak yah la nak sorok. Selamat pengantin baru untuk Lan Pet Pet. Moga bahagia hingga ke anak cucu. Dah jadi suami ni, kira dah matang la sikit la kan? Ops!