in

Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue

MENANGI HADIAH DAN PAKEJ DEKO RUANG TAMU BERNILAI LEBIH RM1JUTA DARIPADA CELCOM & TV3!

Pada jam 3 petang tadi, bertempat di Tingkat 5, Menara Celcom, Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Pelancaran Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue anjuran Celcom (Malaysia) Berhad dan TV3.

Majlis ini di majlis serba biru ini dihoskan oleh Personaliti TV3, Zakiah Anas.

Zakiah Anas

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2009 – Kehadiran Syawal tahun ini pastinya lebih meriah jika anda merupakan salah seorang pemenang bertuah kempen istimewa Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue anjuran Celcom (Malaysia) Berhad dengan kerjasama stesen no.1 Negara, TV3. Kempen menarik ini menawarkan hadiah pakej deko ruang tamu dan hadiah harian yang bernilai lebih RM1juta.

Pertama kali dianjurkan, kempen Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue bermula dari 22 Ogos hingga 23 Oktober 2009. Kempen ini terbuka kepada semua penonton TV3 dan pelanggan Celcom blue. Mereka hanya perlu menonton program yang disiarkan di TV3 sepanjang kempen ini berlangsung dengan menjawab soalan-soalan mudah. 

Bagaimana Cara Nak Menang?

Semua penonton TV3 yang ingin menyertai kempen ini hanya perlu menaip perkataan BLUE<kata laluan> dan hantarkan ke 33399. Bagi mendapatkan kata laluan ini, mereka hendaklah menonton TV3 dan kemudian dikehendaki menjawab soalan-soalan mudah tentang Celcom dan TV3 untuk memenangi hadiah harian berupa baucer membeli-belah atau duit raya.

Pelanggan Celcom blue yang telah menjawab soalan-soalan tersebut juga berpeluang memenangi hadiah mingguan iaitu pakej deko ruang tamu yang bernilai RM30,000 dan hadiah utama ,pakej deko ruang tamu bernilai RM50,000. Mereka hanya perlu menambah nilai RM20 dan dan menggunakannya dalam masa seminggu.

Hadiah pakej deko ruang tamu yang akan ditawarkan setiap minggu ini akan dihias sendiri oleh pereka hiasan dalaman professional terkenal tanah air, Rizalman Ibrahim. Rizalman Ibrahim yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini akan menghias sendiri ruang tamu pemenang kempen ini. Bagi pelanggan baru Celcom blue pula, mereka boleh mendapatkan duit raya sebanyak RM15 dengan hanya membeli pek Celcom blue dan menambah nilai RM10 selepas pengaktifan pek tersebut.

Kemeriahan Syawal juga pastinya lebih bermakna bagi seorang pemenang utama yang bertuah berjaya membawa pulang pakej deko ruang tamu bernilai RM50,000 yang bakal diumumkan di penghujung kempen istimewa ini.

Puan Shareen Ooi

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan Khidmat Pelanggan Media Prima Berhad, Puan Shareen Ooi,

“Siapa yang tidak mahu rumah atau kediaman mereka kelihatan cantik dan berseri terutama sekali sewaktu menyambut Aidilfitri bersama kaum keluarga dan sahabat-handai? Jadi, bagi memeriahkan lagi sambutan lebaran yang bakal menjelang dan bersempena dengan ulangtahun jubli perak TV3, kami berasa bangga dapat bekerjasama dengan Celcom melalui kempen Kejutan Deko Deko Deko Celcom Blue untuk merealisasikan impian para penonton kami yang selama ini telah banyak menyokong dan terus setia bersama stesen ini.”

Tambah beliau lagi, “Sepanjang kempen ini berlansung, para penonton hanya perlu menjawab soalan-soalan mudah selepas menghantar SMS dan menerima arahan selanjutnya. Selain daripada berpeluang memenangi hadiah menarik, para penonton juga boleh meluangkan masa berehat sambil berhibur dengan menonton rancangan-rancangan menarik yang disajikan di sepanjang Ramadhan sehingga ke kemuncak sambutan Aidilfitri.”   

Zalman Aefendy Zainal Abidin

Mengenai penglibatan Celcom, Naib Presiden Kanan, Pemasaran Celcom (Malaysia) Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata,

“Salah satu objektif kempen ini adalah untuk menyatakan terima kasih kepada pelanggan kami yang sentiasa menyokong kami selama ini. Pelanggan Celcom blue dan pelanggan baru kami akan mendapat peluang mempunyai kediaman yang menarik dan bercita rasa mewah, sesuai dengan kedatangan Syawal tidak lama lagi.”

Tambah beliau lagi, “Celcom juga amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan TV3, syarikat televisyen no. 1 di Malaysia. Kempen yang pertama kali diadakan ini sememangnya menawarkan hadiah menarik, sesuai dengan bulan Syawal yang bakal menjelma.”

Semua pakej dekorasi akan disusun atur oleh pereka dekor hiasan dalaman dan pereka fesyen, Rizalman Ibrahim

Rizalman

Kempen Kejutan Deko Deko Deko Bersama Celcom Blue ini menawarkan sebanyak 999 hadiah selama 9 minggu, dan 1 hadiah utama pakej deko ruang tamu bernilai RM50,000. Selain hadiah pakej deko ruang tamu dan hadiah mingguan, Celcom dan TV3 turut menawarkan hadiah kepada pemenang harian berupa TV LCD 37”, TV LCD 32”, Mini Hifi, PS3, DVD, penghawa dingin, kerusi urut, home theatre, Nitendo Wii dan lain-lain lagi. Pemenang yang telah berjaya memenangi hadiah harian dan mingguan RM30,000 juga layak memenangi hadiah utama pakej deko ruang tamu yang bernilai RM50,000.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aidid Marcello dan Yatt Hamzah Pengacara Pop Kuiz

Muak Sikap Tidak Profesional Artis