SIC IKTIRAF ntv7 SEBAGAI HOS PENYIAR UNTUK F1 2009
Saluran Ceria Anda telah dilantik secara rasmi oleh Litar Antarabangsa Sepang sebagai Hos Penyiar untuk Kejohanan Dunia Formula Satu 2009, yang akan bermula hujung minggu ini pada Jumaat, 27 Mac 2009 di Melbourne, Australia.
Kini, rakyat Malaysia berpeluang merasai demam F1Â tanpa perlu berganjak dari rumah masing-masing melalui siaran SECARA LANGSUNGÂ lima perlumbaan di Australia, Malaysia, China, Jepun dan Brazil, serta 12 siaran tertunda dari Bahrain, Sepanyol, Monaco, Turki, Great Britain, Jerman, Hungary, Eropah, Belgium, Itali, Singapura dan Abu Dhabi.
Untuk menghangatkan lagi pengalaman menonton F1 di kaca tv, komentar eksklusif dari BBC akan mengiringi setiap perlumbaan, beserta program Grandstand terbitan ntv7 untuk Grand Prix Malaysia. Penonton turut berpeluang menikmati telatah Jonathan Legard, Martin Brundle, David Coulthard, Jake Humphrey dan Lee McKenzie sementara mereka berkongsi pengetahuan dan tips mengenai sukan dunia yang berkembang paling pantas ini.
Grandstand ntv7 untuk Kejohanan Dunia Formula Satu akan dihoskan oleh personaliti TV ternama iaitu Daphne Iking dan Joanne de Rozario. Ia akan bersiaran secara langsung dari studio, sepuluh minit sebelum perlumbaan, mengimbas kembali perlumbaan sebelumnya di samping memaklumkan kepada penonton perkembangan terbaru dan kedudukan terkini.
Grandstand ntv7 untuk Grand Prix Malaysia – walaubagaimanapun – akan ditayangkan secara langsung dari Sepang, bermula 30 minit sebelum dan selepas perlumbaan. Turut menyertai dua jelitawan ini memberi komentar dan berkongsi pengetahuan dari sudut teknikal adalah beberapa pakar F1. Topik yang diketengahkan termasuklah pencapaian pelumba di Grand Prix Australia, perkembangan terbaru sejak itu, aspek teknikal Formula Satu, pemandu dan pasukan, perlumbaan tahun-tahun sebelum ini di Sepang serta strategi yang mungkin akan dilaksanakan di Litar Sepang. Pengacara dan pundit akan menutup tirai dengan sedikit bingkisan, memaklumkan kedudukan terkini dan jangkaan di Grand Prix Shanghai.
Bercakap di sidang media untuk mengumumkan pembabitan ntv7 dalam musim terbaru F1, Pengurus Besar ntv7, Puan Airin Zainul melahirkan perasaan sukacitanya kerana dapat bekerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang dan F1 Petronas Grand Prix Malaysia dalam usaha murni ini.
“Berdiri teguh sebagai stesen televisyen urban ke-dua di Malaysia, ntv7 mengekalkan corak menonton yang kukuh dengan dua kumpulan penonton utamanya. Pada beberapa bulan lepas, ntv7 berjaya melonjak ke tempat ke-dua di kalangan penonton urban dan terus kukuh menguasai pasaran TV Cina secara keseluruhannya.â€
Â
“Formula Satu semestinya sesuatu yang digemari semua penonton. Berdasarkan maklumbalas daripada penonton setia kami, terdapat permintaan daripada peminat sukan motor untuk menonton perlumbaan yang berlangsung di serata dunia ini melalui stesen TV percuma. Sepertimana liputan meluas kami untuk Piala Dunia Ragbi IRB 2007 dan Euro 2008 – yang berjaya meraih ratings tinggi di Timur dan Barat Malaysia, usaha kali ini adalah satu lagi cara kami memberi sokongan kepada acara sukan besar di dunia,†tambah beliau.Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan turut gembira dapat bekerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi. “Formula Satu pernah disiarkan di TV3 dan 8TV sebelum ini. Dengan ntv7 sebagai hos penyiar tahun ini, saya mengharapkan kejayaan yang sama, atau lebih baik, di samping kerjasama pada masa akan datang dengan rakan kongsi kami.â€
“Kejohanan Formula Satu akan dipromosikan di seluruh rangkaian televisyen Media Prima termasuklah ntv7, TV3, 8TV dan TV9. Saya menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan perkembangan terkini dan sama-sama berkongsi semangat F1!†kata Dato’ Sri Farid, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Antarabangsa Media Prima.
Menariknya, ntv7 menyambut ulang tahun ke-11 stesen pada tahun ini, dan secara kebetulanFormula Satu Petronas Grand Prix Malaysia, genap 11 tahun pada bulan ini.
Jadi jangan lupa untuk berlumba bersama kami apabila demam F1 mula melanda dengan Pusingan Kelayakan di Kejohanan Grand Prix Australia sebagai pembuka tirai pada hari Sabtu, 28 Mac jam 2:00 petang.
Â