in

Kejayaan Rexona Move Melangkaui Sasaran

Ingat lagi tak entri tentang aplikasi Rexona Move yang Budiey ceritakan hari tu. Kepada pembaca yang belum tahu tu, aplikasi Rexona Move ini telah dicipta secara ekslusif oleh Rexona untuk merekodkan jarak pergerakan setiap aktiviti yang anda sedang lakukan.

Tak kiralah anda berjalan ke, berlari ke, tengah melompat ke, semuanya dikira. Jarak inilah yang akan menentukan samada kita semua dapat membantu atau pun tidak kanak-kanak di seluruh negeri di Malaysia.

Rexona

[dropcap]B[/dropcap]udiey sendiri tak pernah terfikir pun tentang konsep aplikasi yang menggabungkan teknologi gajet tercanggih ini dapat memberikan sesuatu impak yang besar kepada masyarakat. Ye lah, cuba kita bayangkan, hanya selangkah kita bergerak, kita dapat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di luar sana.

[pullquote align=”right”]Rexona Move telah membantu mereka yang kekurangan pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan yang baik serta keadaan persekitaran yang lebih sempurna serta selamat.[/pullquote]

Walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan pembangunan dan ekonomi menakjubkan, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi Malaysia melaporkan kira-kira 600,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak mendapat kemudahan keperluan asas mencukupi. Masih ramai lagi sebenarnya ye?

Antaranya, mereka kekurangan pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan yang baik serta keadaan persekitaran lebih sempurna serta selamat.

Tambahan pula, di bulan Ramadan yang mulia ini, kita semua digalakkan berbuat baik dan menolong orang dalam kesusahan terutama kanak-kanak. Setiap langkah kita itu dikira satu pahala jika kita buat kebaikan. Betul tak?

Kadang-kadang, Budiey rasa ramai je yang mahu menderma dan memberi sumbangan, tapi tidak tahu caranya atau mungkin juga tidak ada masa nak pergi ke rumah perlindungan atau rumah kebajikan.

Budiey yang sentiasa bergerak ke sana-sini, berulang-alik dari rumah ke event, juga tak lokek untuk menggunakan aplikasi ini. Nak harapkan pergi bersenam ke, memang taklah sebab memang takde masa untuk itu.

Bukan apa, tak rugi pun sebenarnya. Malah, selain kita jadi bertambah sihat kerana selalu aktif bergerak, kita juga secara tak langsung membantu kanak-kanak dibawah umur 15 tahun yang masih kekurangan keperluan asas? Budiey rasa sangat puas jika dapat menolong mereka yang dalam kesusahan?

Rexona

[dropcap]S[/dropcap]etelah hampir 3 minggu, Budiey lihat ramai penyertaan dari seluruh pelusuk negeri. Tahniah warga Malaysia, anda memang prihatin. Bayangkanlah ye, target asal yang ditetapkan untuk kempen ini cuma pada jarak 10,695 kilometer. Tapi, kerana usaha dan jiwa rakyat Malaysia yang prihatin, kempen ini telah mencapai jarak lebih 30 ribu kilometer. Ya, hanya dalam masa 3 minggu je!

Dalam tempoh itu, seramai 30 orang pengguna aplikasi Rexona Move yang bertuah telah memenangi sebuah iPad Mini. Wow, bertuah sungguh!

Bercakap tentang prihatin ni, Budiey terpanggil untuk bercerita pasal Nazril Idrus dan Sazzy Falak yang mempunyai cahaya mata kembar Tiara Rose dan Imaan Lily.

Rexona

Pastinya, ada di kalangan kita yang bertuah sebab lahir dalam keluarga yang sederhana dan berkemampuan. Bak kata Sazzy Falak, dia mengakui dia sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan apa saja kepada anak kesayangan mereka sama ada keperluan asas, pelajaran mahupun permainan.

Jadi, pasangan selebriti ini sangat tersentuh apabila melihat kanak-kanak kurang bernasib baik yang tidak dapat merasai peluang seperti rakan sebaya lain tinggal di rumah yang selesa, bermain permainan baru dan makan makanan berkhasiat.

Mungkin untuk tujuan itulah, mereka tak menolak dan terus menerima peluang apabila diminta untuk bersama-sama menyokong usaha jenama deodoran Rexona melancarkan aplikasi sosial telefon bimbit pertamanya, Rexona Move bagi memastikan setiap keringat kita berbaloi.

Yang seronoknya lagi, segala pergerakan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia akan dikira sekali dan ditunjukkan di laman rasmi Rexona Move, disini. Jadi, kita semua nampaklah visualnya.

Rexona

Budiey rasa la kan, kita patut berterima kasih kepada Penubuhan Rexona Move yang telah berjaya me­nyatupadukan warga Malaysia untuk mewujudkan satu gerakan bersepadu bagi meliputi jarak 10,695 kilometer iaitu jumlah jarak yang menyambungkan 13 negeri di Malaysia.

Apa taknya, untuk setiap negeri yang dijelajahi itu, Rexona akan mengaktifkan bantuannya untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di beberapa rumah kebajikan dengan mengenal pasti bentuk keperluan mereka.

Contohnya, daripada memberi sejumlah wang tunai, kita dapat membelikan komputer, buku, bekalan makanan, ubat-ubatan atau pakaian kepada kanak-kanak ini.

Di Perlis, Rexona telah menderma barangan pendidikan seperti Lego, Monopoly dan Scrabble kepada Pusat Jagaan Hembusan Kasih yang dihuni oleh 24 orang kanak-kanak berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Sementara itu, di Rumah Budi, Kedah pula rata-rata kanak-kanak kat situ suka berenang, jadi pihak Rexona Move telah sediakan kelas berenang selama 10 minggu untuk membantu kanak-kanak ini merealisasikan impian mereka.

Di Pulau Pinang pula, Rexona Move bersama Persatuan Pelindungan Kanak-Kanak telah menganjurkan sesi menari yang menyeronokkan kepada 30 orang kanak-kanak. Wah, bukan main seronok lagi diorang menari.

Tidak hanya kepada keseronokan semata-mata, Rexona Move pastinya mementingkan pembelajaran juga. Contohnya Rexona Move telah menderma buku pelajaran kepada 22 orang kanak-kanak yang menetap di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurul Aman.

Pendek kata, bantuan dari Rexona Move ini meliputi seluruh aspek kehidupan. Dari segi fizikal, dan bantuan material seperti mana di Terengganu, Kelantan dan Pahang, Rexona Move telah menggantikan pagar yang pecah dengan yang baru., pusat kelengkapan komputer dan memberikan kelas lukisan percuma untuk kanak-kanak ini. Satu usaha yang harus kita puji dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah Rexona Move! Kejayaan ini pastinya menjadi inspirasi kepada orang lain yang turut sama menghulurkan sumbangan.

Untuk info lanjut: www.rexonamove.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Telemovie Terbaik Sepanjang Raya di TV3

Benjy Bercerai Lagi Kali Kedua