Malam Ahad lalu (7 April 2019), Drama Festival Kuala Lumpur 2019 melabuhkan tirainya dengan menobatkan drama ‘Nur’ arahan Sharulezad sebagai Drama Pilihan dan membolot majoriti anugerah yang disampaikan, malam itu.
Bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malam Anugerah DFKL 2019 telah ditonton oleh 5.2 juta penonton secara langsung dari pukul 9 hingga 11 malam di TV3 menurut sumber Nielsen Malaysia dan melebihi 150,000 tontonan di Youtube TV3 Malaysia.
Kisah Si Pendosa Yang Ingin Ke Syurga ‘Nur’ Disokong Oleh 5.2 Juta Penonton!
Malam Anugerah DFKL 2019 juga telah memonopoli 43.9% daripada syer waktu siaran mengatasi program-program hebat lain pada malam itu.
MenurutKetua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak,
“Antara peristiwa yang membanggakan kami adalah apabila pelakon-pelakon berbangsa Cina turut hadir dan menghargai anugerah ini. Saya amat terharu apabila Angeline Tan yang mengetuai ucapan Kategori Drama Rantaian Bahasa Cina mengatakan kita harus hapuskan jurang antara kaum di Malaysia.
Oleh itu, kami di Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad akan berkerja ke arah mengekalkan kategori tersebut di masa akan datang.
Kami juga berterima kasih kepada semua penonton dan penyokong DFKL 2019 yang telah membantu menjayakan program ini dan melibatkan diri dalam Siri Jelajah DFKL 2019, bulan lalu.
Kami harap agar sokongan ini akan berterusan ke siri DFKL yang akan datang.”
– Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak
Malam Anugerah DFKL 2019 telah dihoskan oleh Awal Ashaariditemani oleh barisan penyampai anugerah seperti Amyra Rosli, Remy Ishak, Izzue Islam, Fatin Afifah, Datuk Fizz Fairuz, Hannah Delisha, Zara Zya, Naim Daniel, Edika Yusuf, dan Che Ta.
Mereka telah menyampaikan trofi bagi kategori-kategori yang dipertandingkan seperti berikut, Penulis Skrip Pilihan, Pengarah Pilihan, Pasangan Pilihan, Antagonis Pilihan, Lagu Pilihan, Drama Pendek Pilihan, Drama Rantaian Bahasa Cina Pilihan, Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, dan Drama Pilihan.
Senarai penuh pemenang Malam Anugerah DFKL 2019 adalah seperti berikut:
Kategori | Pemenang |
Penulis Skrip Pilihan | Sharulezad (Nur) |
Pengarah Pilihan | Sharulezad (Nur) |
Pasangan Pilihan | Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur) |
Antagonis Pilihan | Azhan Rani (Nur) |
Lagu Pilihan | Haqiem Rusly ft Aman Ra – Jatuh Bangun (Shah & Zam) |
Drama Pendek Pilihan | Orang Kita |
Drama Rantaian Bahasa Cina | My Nyonya Sensei – Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd |
Aktor Pilihan | Syafiq Kyle (Nur) |
Aktres Pilihan | Janna Nick (Semerah Cinta Humairah) |
Drama Pilihan | Nur (Radiusone Sdn Bhd) |
Turut memeriahkan malam anugerah itu, para penonton dihiburkan dengan persembahan-persembahan artis hebat seperti Sarah Suhairi dengan lagu Nyawa & Raga, Zaim & Pasha dengan persembahan medley ‘3 OST Drama’, Hafiz Suip dengan lagunya Kisah Cinta Kita, De Fam membuat persembahan lagu Solo, danAnuar Zaindengan lagunya Sedetik Lebih, dan Hazama & Penglipur Laraserta persembahan sketsa selingan mencuit hati oleh Achey, Mark Adam, Ain Edruce dan Ropie.
Selain itu, Acara Karpet Merah DFKL 2019 telah dihoskan oleh Elly Mazlein dan Shuk Sahar.Barisan selebriti tempatan memperagakan busana ‘Pastel Glamour’ mereka bermula pada pukul 8 malam secara strim langsung di Youtube TV3 Malaysia dan TV9 Malaysia.Selain itu,acara Karpet Merah DFKL 2019 juga ini bersiaran langsung di TV9 Malaysia pada pukul 8.30 malam itu.
Malam Anugerah DFKL ini tidak akan menjadi tanpa sokongan padu daripada penaja bersama, Realme dan Rakan Media Harian MetrosertaRakan Media Digital tonton, xtra, dan Oh Bulan! Saksikan ualngan Malam Anugerah DFKL 2019 di Youtube TV3. Layari laman sesawang www.dfkl.com.myserta laman media sosial rasmi Facebook dan Instagram @TV3Malaysia dan @8TVchinese untuk dapatkan maklumat lanjut tentang DFKL 2019. Layari juga www.xtra.com.myuntuk ikuti artikel-artikel terkini mengenai DFKL 2019.
Gunakan tanda pagar #positifselalu dan #dfkl2019 dalam setiap pos anda di media sosial untuk menghangatkan lagi perbualan di platform digital.
MENGENAI TV3
Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 masih mengekalkan kedudukannya sebagai stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan memaparkan program-program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin, Nona, Majalah 3, Wanita Hari Ini (WHI) dan Malaysia Hari Ini (MHI). Tambahan lagi TV3 tetap berjaya menyentuh jutaan penonton melalui slot-slot drama Akasia, Lestary, Azalea, Samarinda, Iris, Cerekarama dan yang terbaharu, Seramedi serta pelbagai kempen dan program TV lain yang menarik untuk penonton setianya.
Mengenai tonton
tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 8.4 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 20,000 ahli setiap minggu sehingga kini selepas 8 tahun pelancarannya pada tahun 2010. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara PERCUMA tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi.