Menurutnya, sebelum kejadian tersebut, suasana di ladang kelapa sawit itu tidak berangin sama sekali. Namun, selepas penemuan telefon itu, dia merasakan tiupan angin yang dirasanya seolah-olah tanda ‘terima kasih’ daripada mangsa. Kejadian tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi dan perbincangan di kalangan netizen.
Memberi respon terhadap cerita yang tular itu, pendakwah dan penyampai radio, Tajdid Hadhari, mengingatkan orang ramai agar menjaga akidah dan tidak mudah percaya dengan sebarang kejadian aneh. Beliau menegaskan bahawa penting untuk kita tidak terpesona dengan hal-hal yang bersifat mistik tanpa asas yang kukuh.
Sebaliknya, beliau menasihati orang ramai supaya menghormati roh arwah dan mendoakan kesejahteraan untuknya. Pesanan ini disampaikan oleh Tajdid Hadhari melalui ruangan komen pada sebuah berita yang berkaitan dengan arwah Nur Farah Kartini.
Beliau berharap agar masyarakat lebih berhati-hati dan bijaksana dalam menilai sesuatu kejadian, serta tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita yang boleh menyesatkan.