in ,

Keith Foo Dalam Telemovie Khas Hari Gawai di RTM

Pertunjukan kebudayaan etnik pribumi Sabah dan Sarawak seperti tarian ‘sumazau’, `magunatif’ serta `langgie pingadap’ dan nyanyian lagu etnik Borneo, juga hidangan makanan tradisi antara penyeri majlis sambutan khas Kaamatan dan Gawai Dayak selepas berakhirnya musim menuai padi, yang disambut dengan meriah di dua negeri ini.

Menariknya Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut berkongsi kemeriahan sambutan dua perayaan ini menerusi saluran TV Okey (Astro 146), mengajak penonton meluangkan masa menyaksikan tayangan telemovie bertajuk “Tangkong” disiarkan pada 31 Mei ini, pukul 3.00 petang diikuti telemovie “Cinta Segera” pada 1 Jun ini, pukul 8.00 malam.   

Dengan watak utamanya oleh Vaneesa Sylverster, Rosario Bianis dan Enn Xaviera, telemovie “Tangkong” khas Kaamatan ini berkongsi kisah dua sahabat iaitu Hosana yang selalu dibuli kerana fizikalnya yang berbeza namun dia memiliki suara yang sangat merdu. Beliau selalu menyanyi untuk menghilangkan kesedihan dan Hosana ingin menyertai pertandingan Sugandoi.

pelakon utama Cinta Segera

Sementara itu Ninavau sentiasa berselisih faham dengan Hosana. Ninavau menyertai pertandingan untuk Ngadau dan mereka berdua bersama-sama bersaing mewakili kampung mereka ke Pesta Kaamatan peringkat Daerah Tambunan. 

Gandingan pelakon Keith Foo dan Doria Rachel seterusnya dalam drama “Cinta Segera” yang membawakan cerita seorang pemuda berbangsa Cina, Harry yang berkunjung ke Sarawak. Dia turut serta ke kampung halaman kawan baiknya itu untuk meraikan sambutan perayaan Hari Gawai. 

Ninavou dan Hosana dalam telemovie Tangkong

Tanpa diduga Harry jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis bernama Jenny. Jenny gadis Iban yang cantik, dan peramah yang juga merangkap pemandu pelancongnya sepanjang berada di Sarawak. 

Begitu pun percintaan mereka menerima tentangan hebat daripada ayah Jenny. Saksikan bagaimana kesungguhan Harry berusaha untuk melembutkan hati ayah Jenny untuk menerima kehadirannya sebagai jodoh Jenny.   

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Ada Pada Filem Iklan Raya Maxis 2020 Suasana Syawal Sempurna

Hikmah Covid-19, Ada Sebab Badan Zulin Aziz Makin Ramping