in , ,

Keistimewaan Kek Lapis Sarawak Dalam Telemovie LAPIS LAPIS CINTA

Bila sebut kek lapis pastinya anda dapat membayangkan keenakan dan keistimewaan kek lapis warna-warni tradisi Sarawak. Penghasilan kek tradisi warga Bumi Kenyalang ini pastinya tiada tandingan dan diminati segenap lapisan masyarakat.

Melalui proses manual yang amat teliti, rumit dan memakan masa maka tidak hairanlah harganya yang sedikit mahal. Setandingan dengan penghasilannya yang begitu menarik dalam kepelbagaian corak, rasa dan saiz. Tidak hairanlah keunikan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan telah memberikan impak besar kepada masyarakat Malaysia hari ini malahan menjadi pilihan penyeri meja makan bila sambutan hari–hari perayaan termasuklah Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan Gawai. 

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi keistimewaan di sebalik makanan unik sedap dimakan ini menerus tayangan telemovie bertajuk “Lapis Lapis Cinta” yang disiarkan pada 10 Oktober ini, pukul 8.00 malam di TV Okey. 

pelakon utama Lapis-Lapis cINTA

Menjalani penggambaran di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak, telemovie ini menampilkan pelakon utama Khaisara Natasha Charmaine, dan Josiah Hogan, selain turut dibintangi oleh Nafiez Zaidi dan Lidya Yusreena. 

Paparan kisahnya ditonjolkan menerusi watak Dayang Sofea merupakan seorang gadis yang ceria dan juga salah seorang pencinta kek. Pada sat hari tanpa sengaja dia berkenalan dengan lelaki yang dikenali sebagai Abang Hassan. 

Namun tanpa disedari oleh Dayang, dalam diam Abang Hassan mempunyai niat jahat berbaik-baik dengan dirinya semata-mata untuk mencuri resipi kek lapis Dayang yang diakui keenakkan rasa dan pembuatannya. Perkara itu berlaku selepas mereka berdua berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan membuat kek.

Selepas dikecewakan, Dayang agak putus asa dan hilang semangat meneruskan minatnya menghasilkan kek lapis. Ketika itu juga dia berkenalan dan menjalin hubungan baik dengan Muiz yang merupakan anak angkat kepada datuk dan neneknya. 

Hubungan mereka semakin mekar. Muiz banyak memberi galakan kepadanya untuk meneruskan minatnya itu. Sebaliknya pula berlaku kepada perniagaan kek lapis Abang Hassan yang merudum teruk.

Situasi itu menimbulkan kekesalan dalam diri Abang Hassan kerana menipu Dayang yang jujur semata-mata mahu mengejar kepentingan peribadinya sendiri. Namun adakah Dayang menerima permohonan maaf daripadanya? Ikuti kesudahannya di TV Okey, Sabtu ini. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sophia Liana Berhenti Menoleh Ke Belakang, Cipta Lagu DULU Yang Bersifat Peribadi

Kongsi Foto Bercumbu, Hunny Madu Akhirnya Dedah Sudah Berkahwin dengan Jejaka Itali