Istimewa pada tahun ini, HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka. Rama-rama mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.
Selari dengan situasi pandemik yang sedang melanda kini, kitaran hidup si rama-rama menjadi simbolik kepada perjuangan rakyat Malaysia kerana proses kehidupan seekor rama-rama melalui pelbagai liku dan cabaran sepanjang lima fasa kedewasaan di dalam kepompongnya, sebelum ia terbentuk menjadi sebuah kejadian alam yang begitu indah.
HABIB mengadaptasi kisah si rama-rama kerana secara sedar atau tidak, sudah hampir dua tahun kita mengharungi pandemik dan sepanjang tempoh ini, kita terkurung di rumah tidak dapat bertemu insan tersayang buat masa yang panjang, serta mengadaptasi kehidupan serba norma baharu.
Dan baru-baru ini juga, kelihatan sesuatu yang positif berikutan kadar vaksinasi Covid-19 di Malaysia yang semakin meningkat menyebabkan bilangan kes kemasukan ke wad dan ICU semakin berkurang – ini menjadi sinar harapan rakyat Malaysia.
Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, berkata, “Situasi pandemik Covid-19 yang telah memberi impak yang sangat besar kepada kita semua seharusnya membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan’ di mana kita semua terpaksa berkurung di rumah untuk tempoh yang lama bagi mengawal penularan pandemik ini. Walau bagaimanapun, keadaan ini juga mengajar kita untuk bermuhasabah diri dan bangkit lebih kuat untuk mengharungi cabaran ini bersama.
Dengan peningkatan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang giat berlangsung, sektor ekonomi kini mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat dan secara langsung, ini sedikit sebanyak membantu kita untuk kembali meneruskan kehidupan.
Justeru, masyarakat khususnya lebih menghargai makna baharu kemerdekaan ini. Sementara kita masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini, HABIB menjadikan rama-rama sebagai metafora yang paling sesuai untuk menggambarkan perjalanan kehidupan Malaysia dalam pandemik.”
Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib Bamadhaj.
Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri dalam menyampaikan makna sebuah kemerdekaan melalui karya-karya lukisan yang dihasilkannya. Setiap karya yang dilakarkan Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik.
Karya ‘National Aspiration’ oleh Najib Bamadhaj
Istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad bersempena kempen Keindahan Merdeka. Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima spesis rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper Kite Butterfly.
Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah dan mempersonakan. Sesuai dijadikan hadiah, pelaburan atau untuk koleksi simpanan, koleksi Wafer Emas 999 ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan kecantikan dan keunikan setiap satu spesis rama-rama tersebut.
Juga seiring dengan kempen Merdeka ini, HABIB memperkenalkan koleksi-koleksi baharu yang diinspirasikan daripada rama-rama, dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan emas rose, dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 14K.
Sempena kempen Keindahan Merdeka, HABIB mengeluarkan
Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad diilhamkan daripada lima spesis rama-rama indah