in

Kegilaan Ber-selfie di Persembahan TERINDAH ANUAR ZAIN

Dah jadi trend zaman sekarang, mana-mana kita pergi mesti nak berselfie, kan? Tak kiralah dengan kawan ke atau bersendirian ke, memang kamera dan telefon pintar tak lepas dari gengaman tangan. Kalau bersama kawan-kawan, bukan selfie namanya tapi ada istilah baru yang Budiey dengar iaitu We-fie. Budiey perhatikan, seolah-olah ia satu benda yang wajib dilakukan bagi setiap blogger semasa menghadiri event. Fenomena selfie sebenarnya melambangkan orang kita sebenarnya begitu yakin dengan diri sendiri. Betul tak?

Seolah, dah jadi kegilaan orang zaman sekarang dan penyakit sindrom selfie ini menular kepada penyanyi terkenal, Anuar Zain yang sudah melangsungkan Persembahan Terindah Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha di Hotel One World, Bandar Utama pada hari Selasa lalu.

Anuar Zain Terindah

Budiey juga terkejut apabila mendapati dewan Grand Ballroom memang padat dan penuh. Ini membuktikan tiket yang mahal tidak menjadi penghalang untuk peminat hadir. Sekaligus, ini juga membuktikan Anuar Zain seorang penyanyi terbaik dan ada kelas tersendiri di Malaysia. Seramai kira-kira 700 orang tetamu yang kebanyakannya peminat penyanyi itu termasuklah setiausaha-setiausaha syarikat bersama bos masing-masing.

 

Keterujaan masyarakat terhadap media sosial menjadi penyebab Anuar tidak menggunakan banyak ruang pentas sebaliknya lebih selesa untuk bersama peminatnya di meja makan.

Setelah menghabiskan tiga buah lagu iaitu Keabadian Cinta, Pernahkah dan Bila Resah, Anuar Zain berehat seketika untuk berborak-borak mesra dengan peminat. Lalu, semasa di atas pentas, Budiey lihat, Anuar Zain memegang monopod yang disambungkan dengan kamera GoPro. Anuar Zain menggunakan iPhone sebagai remote control.

Anuar Zain meluru ke arah peminatnya yang duduk di kerusi hadapan seraya berkata, “Apa kata kita ber-selfie dulu… siapa nak selfie dengan saya…?”

Apalagi, semua peminat berteriak. Anuar Zain dilihat seperti gula yang dikerumuni semut-semut. Keadaan menjadi gamat dan ada peminat berteriak seakan terkena histeria. Anuar Zain tidak hanya berselfie bersama peminat yang membeli tiket paling mahal malah, boleh dikatakan beliau singgah di semua meja termasuklah di meja kami para media yang diberada di berdekatan pintu masuk.

Rata-rata media yang hadir telah menghypekan berita tentang Anuar Zain ber-selfie bersama peminat. Walau apa yang diperkatakan, Anuar Zain ada alasan sendiri, mengapa dia menggunakan konsep berselfie semasa menyanyikan lagu Teman Terulung.

Idea untuk berselfie bersama peminat timbul secara tak semena-mena sehari sebelum persembahan. Maklumlah, sekarang in heboh dengan kemudahan teknologi canggih untuk berselfie. Anuar Zain merakamkan gambar selfie bersama peminat kerana ia menjadi satu kenangan terindah dan hubungan dengan peminat juga menjadi lebih erat dan intim. Pastinya peminat akan mengingati saat itu dan mengabadikannya dalam lipatan kenangan.

Jadi, siapa kata Anuar Zain ketinggalan zaman dari segi kecanggihan teknologi? Anuar Zain sendiri mengakui selfie adalah satu perkara yang menyeronokkan dan beliau tak mahu ketinggalan untuk mengajak peminat berselfie kerana ia menjadi trend zaman sekarang.

Sehari selepas persembahan, Budiey dapat lihat, beberapa gambar yang diambil oleh Anuar Zain dengan GoPro telah dimuatnaik di laman Facebook rasmi miliknya ANUAR ZAIN NETWORK dengan hashtag #AnuarZain dan #TerindahAnuarZain. Untuk info pembaca, buat masa sekarang, Anuar Zain belum membuka akaun Instagram miliknya. Mungkin satu hari nanti, Anuar Zain terbuka hati untuk berkongsi gambar peribadi di laman Instagram. Haaa, mana kita tahu?

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Anuar Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

E! Special Compares The Latest In Celebrity Fashion & Beauty

ntv7 Wins Top Honours at Putra Brand Awards