in ,

Kecoh! Pemilik Bisnes Burger Bongkar Aktiviti Haram di Sungai Buloh

Gambar Hiasan

“SAYA adalah penduduk asal di situ dan masyarakat sekitar juga tahu mengenai kewujudan premis judi itu. Namun, itu adalah hak polis untuk menafikannya,” kata pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42.

Dia berkata demikian selepas pihak polis membuat laporan polis menafikan kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang didedahkannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia sehingga tular sejak semalam.

Dia turut mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

“Saya akan memberikan kerjasama kepada polis dengan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyediakan khidmat guaman kepada saya untuk kes ini.

“Malah, saya juga sudah berhubung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghubungi saya semalam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa mendedahkan kegiatan yang berlaku di kawasan itu kerana tiada pilihan lain dan sudah kehabisan cara untuk memperjuangkan perkara berkenaan.

Mohd Asri berkata, tindakannya membuat siaran langsung itu kerana kecewa dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dilihat ‘pilih bulu’ dengan peniaga di kawasan terbabit.

“Sudah lebih 20 tahun saya berniaga burger di tepi jalan dan banyak kali tindakan saman dan sita dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap gerai kami, namun saya tidak pernah marah atau menyimpan dendam kerana perkara itu.

“Tetapi apa yang mengecewakan saya adalah tindakan MBSA yang hanya menyita dua gerai burger termasuk milik saya di lokasi itu semalam, walaupun kami tidak berniaga sedangkan ada ramai lagi peniaga di kawasan berkenaan tidak dikenakan tindakan sama.

“Peniaga Aceh yang membuka khemah di tepi jalan dan menjual rokok seludup serta beberapa premis judi pula masih boleh berniaga seperti biasa tetapi hanya gerai burger kami yang diambil tindakan,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mengulas mengenai maklum balas MBSA berhubung pendedahan itu, Mohd Asri berkata, dia tidak pernah ada sebarang konflik dengan PBT terbabit berkaitan gerainya.

“Saya sering terima saman mahupun berdepan tindakan sita dan terus membayar saman dikenakan tetapi terlalu jelas kami ‘dianaktirikan’ oleh MBSA apabila tindakan berkenaan hanya diambil terhadap dua gerai burger.

“Jika benar mereka (PBT) mahu membantu kami, permudahkan urusan peniaga kecil-kecilan ini untuk mendapatkan lesen perniagaan secara sah. Kami tidak berbuat jenayah tetapi hanya sekadar mahu mencari makan bagi menampung keluarga,” katanya.

Dia berkata, sebelum ini, dia ada memohon dengan PBT untuk mendapatkan lesen berniaga di kawasan itu, namun ditolak atas pelbagai alasan menyebabkan gerai miliknya di lokasi berkenaan sudah disita dua kali.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya akan memberikan bantuan dari segi kaunseling serta perlindungan kepada Mohd Asri yang terdedah dengan ancaman daripada pihak tertentu.

“Apabila perkara sebegini didedahkan, pastinya ada ancaman kepada individu yang mendedahkan terutamanya membabitkan kegiatan jenayah seperti pusat judi.

“Ini bukannya masa untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak, namun kami berharap pihak berkuasa akan bertindak segera membuat siasatan supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan,” katanya

Mohd Asri di ancam. Ini jaminan dari Pengerusi PPIM Datuk Nadzim

“Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya,” demikian ujar Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid, 42, berhubung pendedahan beraninya mengenai kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh di sini semalam.

Mohd Asri bagaimanapun berkata, perkara sebaliknya berlaku apabila anggota polis membuat laporan terhadap dirinya dengan mendakwa pendedahan itu sebagai tohmahan.

“Ia bukan tohmahan, ini cerita betul. Sepatutnya polis menghubungi saya ucap terima kasih, hantar bunga kepada saya, sepatutnya begitu, sebab saya sudah bagi maklumat,” katanya dalam satu rakaman yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Malakat Tribune.

Mohd Asri berkata, dia sudah berusaha membuat pelbagai laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan berkenaan.

“Saya terancam” – Peniaga burger tular rakam aktiviti haram di Sg Buloh

– ASRI

“Bismillah.. penjelasan saya selepas sidang Media ketua polis daerah Sungai Buloh… saya amat amat mengharap sokongan tuan2 semua.

“Saya dah bagi maklumat,video dari bulan may 2020, tetapi tiada sebarang tindakan, tuan2 nak saya mengadu kat bahagian mana lagi? peringkat daerah? Peringat negeri? Peringkat Bukit Aman? Saya sedar nyawa saya terancam, saya harapsesuatu perlu dilakukan dengan lebih tegas

“Bismillah… dengan pendedahan ini saya mungkin akan di bunuh… jika saya mati dibunuh saya harap tuan2 tahu siapa punya angkara… mari saya tunjukkan bagaimana MBSA pilih bulu, anda nilai lah sendiri intergriti ketua MBSA Cawangan Sungai Buluh.

” Bismillah… MBSA cawangan Sungai Buloh angkut stall lagi … pilih bulu antara peniaga tempatan dan peniaga asing, peniaga asing jarak hanya 50 meter,dirikan khemah,jual rokok seludup,kedai mesin judi bersepah keliling pejabat MBSA Sungai Buloh langsung tidak diusik.. harap bahagian integriti mbsa , boleh buat siasatan terhadap ketua kawasan MBSA cawangan Sungai Buloh… saya akan ke Sprm

“Nanti saya akan kongsikan video .. saya harap ketua polis negara dapat membuktikan pangkat dan kuasa yang Allah pinjamkan digunakan dengan penuh amanah dan berani…

Pengerusi PPIM Datuk Nadzim Johan mula bersuara.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mula memberi respon berkenaan isu membabitkan Mohd Asri.

Menyedari Mohd mungkin diancam, pihak PPIM akan memberi perlindungan kepadanya.

” Kita akan memberikan bantuan dari segi kaunseling serta perlindungan kepada Mohd Asri yang terdedah dengan anc4man daripada pihak tertentu.

” Apabila perkara sebegini didedahkan, pastinya ada anc4man kepada individu yang mendedahkan terutamanya membabitkan kegiatan jnayah seperti pusat juudi.

” Ini bukannya masa untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak, namun kami berharap pihak berkuasa akan bertindak segera membuat siasatan supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan,” katanya.

Serbuan ke premis judi dilakukan dua minggu lepas – Ketua Polis Sg Buloh

Sungai Buloh, 9 Ogos: Ketua polis daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mendakwa tiada tindakan diambil terhadap satu premis judi seperti yang ditularkan.

“Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.

Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.

Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjudian.”

Beliau berkata demikian dalam satu serbuan yang dilakukan bersama media yang disiarkan secara langsung melalui facebook Bernama TV.

Menjawab soalan wartawan sama ada pemilik premis mengetahui penyewa melakukan operasi kegiatan haram di premis sewaan, beliau menjawab:

“Setakat ini kalau pertemuan-pertemuan kita dengan masyarakat tidak ada pula dinyatakan benda ini. Kalau sekiranya ada, piak polis tidak a menyembunyikan apa-apa maklumat. Kalau maklumat yang sebegini, memang kita akan pergi buat tindakan. Kalau dilhat kawasan dia, pintu depan tidak dibuka, semua masuk dari pintu belakang, dan mereka mungkin akan memilih siapa pelanggan mereka, bukan semua (boleh masuk).”

Beliau juga mengakui kegiatan sindeket judi ini sering berulang-ulang.

“Yang ini (premis judi) dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar”

Mengenai kedai rokok seludup, beliau mengesahkan sudah dua kali serbuan dibuat.

“Sebelum ini memang kita sudah buat serbuan. Kalau tak salah saya sudah dua kali serbuan dilakukan dan kita pernah ambil tindakan dan kita masih menunggu lagi arahan selanjutnya untuk kertas siasatan itu dirujuk kepada pegawai .. untuk arahan selanjutnya.”

Dalam pada itu beliau meminta masyarakat memberi maklumat dan berjumpa dengan beliau.

“Masyarakat bagi maklumat, jumpa dengan saya sebab saya bersikap keterbukaan, dan saya bercakap tegas tentang perkara ini”

Semalam, dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh ‘kebal’ kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana mendakwa ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.

Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih 4 juta tontonan dan 70k perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan.

Berikut Reaksi dari Netizan

“Memang ditahap berat dah negara kita,rasuah dh jadi halal,pihak berkuasa,pemerintah pegang watak jahat filem tamil,ulama dh jadi ular dlm semak,yg benar jadi racun,yg salah jadi makanan.

“Orang buat aduan siasat..bukannya jadi defensive sangat..apa punya KPD la…emo tak pasal²….berlagak bagus….mintak sprm siasat ipd sungai buloh dan mbsa kerana salah guna kuasa dan mungkin ada unsur rasuah.

“Sepatutnya polis tak perlu buat laporan mengatakan orang ni. memfitnah dan memburukkan polis dan polis sedang mencari mnya sebalik polis dengan bersopan santun meminta jasa baik orang ini datang berjumpa KPD sendiri untuk meminta dia memberi butir2 maklumat.

“Dunia akhir zaman brader.. pegawai, pemimpin yg khianat diangkat, yg jahil dipilih.. yg zalim dibagi mkn suap.. keadilan di akhirat akan ditimbang seadil adilnya.. terus bergantung pd Allah, yakin di pihak yg benar.. hidup mati demi agama dan takutlah akan dosa.. kami sentiasa doakan yg terbaik utk brader.

SPRM Siasat Pegawai, Anggota Penguat Kuasa Disyaki Terima Rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan kepada pegawai dan anggota penguat kuasa yang dipercayai menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pihaknya memandang serius berhubung video tular berkaitan isu rasuah penguat kuasa melindungi gerai haram, penjualan rokok seludup dan judi.

Ahmad Khusairi berkata, beliau sudah menghubungi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) , Datuk Zamri Yahya untuk bekerjasama dengan SPRM.

“Kami memandang serius berhubung isu yang ditularkan dalam dua klip video yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima rasuah daripada pihak terbabit.

“Saya sudah hubungi Datuk Zamri, Pengarah JIPS pada pagi ini dan beliau memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas premis perjudian termasuk pegawai yang melindungi aktiviti perjudian itu kerana kesalahan ini di bawah bidang kuasa PDRM.

“JIPS menyatakan komitmen akan bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM jika ada pegawai serta anggota polis terbabit dikenal pasti,” katanya hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar (dua dari kiri) bersama anggota memantau sebuah pusat judi haram yang tidak beroperasi di Bandar Baru Sungai Buloh pada 9 Ogos
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar (dua dari kiri) bersama anggota memantau sebuah pusat judi haram yang tidak beroperasi di Bandar Baru Sungai Buloh pada 9 Ogos. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim 

Ahmad Khusairi berkata, SPRM akan memberikan tumpuan kepada pegawai serta anggota penguat kuasa atas kesalahan menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menghebahkan sesuatu isu di dalam media sosial kerana ia tidak akan membantu proses siasatan.

“Ia tidak akan membantu proses siasatan, malah memberi peluang kepada pihak-pihak terbabit menghapuskan bukti serta keterangan yang ada.

“Sebaliknya, masyarakat diminta untuk menyalurkan terus maklumat kepada SPRM,” katanya.

Terdahulu dua video yang diambil seorang lelaki yang dikenali ‘Asri Janggut’ tular di media sosial apabila mendedahkan mengenai kewujudan pusat judi haram secara dalam talian serta kedai runcit menjual rokok seludup.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Shafa’atun Abu Bakar yang mengatakan premis yang didakwa tidak wujud. Majlis Bandaraya Shah Alam turut membuat penafian.

Bagaimanapun, netizen yang mendakwa penduduk setempat menyokong dakwaan Asri Janggut dengan mengatakan premis terbabit memang wujud dan dikosongkan setelah isu berkenaan tular.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amir Hassan Terkilan Ayah Tak Dapat Tengok Perjuangan di Pentas Big Stage

Opie Zami Sah Bercerai Talak Satu dengan Zamzarina