in , ,

Kecoh Gerai Air Shuk Sahar Kena Terbalik, Sekali Netizan Perasan Benda Lain

Disindir berniaga gara-gara kini sudah kehilangan pekerjaan, pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar, 35, mengaku masih terkejut dengan tindakan seorang lelaki asing yang singgah ke gerai minuman dan menolak barangan jualannya.

Menurut Shuk, semasa kejadian, dia bersama pembantu peribadinya, Iskandar Nurzaman, 23, sedang berniaga air minuman di tepi jalan di kawasan tersebut sebelum didatangi seorang lelaki berbaju hitam yang menaiki kereta Myvi berwarna putih.

“Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu.

“Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya. Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,”

SHUK SAHAR

Shuk berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia berikutan kejadian tersebut yang berlaku di Wangsa Maju, hari ini.

Bagaimanapun,menurut Shuk, dia tidak marah dengan apa yang berlaku sebaliknya kebingungan dan tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki berbaju hitam tersebut.

“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai.

“Saya cuma nak tahu kenapa dia tergamak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,”

SHUK SAHAR

Tersebar Gambar Sebelum Kejadian

Dalam pada itu, rata-rata netizan merasakan aksi terbalikkan gerai tersebut seperti sudah dirancang dan merupakan satu lagi gimik seperti yang dilakukan oleh Shuk dan Isteri sebelum ini dalam usaha mereka untuk melariskan produk

Berikut gambar yang tersebar sebelum kejadian di mana kelihatan kereta myvi puteh seoalah-olah sudah bersedia.

Tidak dapat dimastikan sejauh mana dakwaan ini, apa-apa pun kita tunggu kenyataan lanjut dari Shuk Sahar.

Shuk sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi membabitkan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24.

Dia juga menjadi bahan bualan ramai berikutan perlucutan jawatannya sebagai penyampai radio Hot FM baru-baru ini.

Natijah daripada krisis rumah tangga dan kecurangan yang dilakukannya, Shuk kini bukan sahaja digantung tugas, pengurusan radio milik Media Prima tersebut sudah membuat keputusan menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.

“Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian,” kata pelawak popular, Shuk Sahar berhubung penamatan kontraknya sebagai penyampai radio Hot FM yang berkuat kuasa hari ini.

Shuk, 35, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan beranggapan itu keputusan terbaik pihak pengurusan stesen radio terhadap dirinya.

“Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini,” katanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Betul Ke Noor Nabila Sudah Bertunang dengan Engku Emran, Ini Jawapannya

“Patutlaa Nyanyi Diksyen Bunyi Jelas,” – Giliran Siti Nurhaliza Sahut Cabaran 1 Bas, 2 Bas, 3 Bas