in

Ieda Moin & Noorkhiriah Meriahkan KECOH DAPUR 2

Ramadan tahun ini program “Kecoh Dapur” kembali untuk musim kedua yang pastinya menambah ceria dengan kemunculan Ieda Moin sebagai pengacara. Kepada penonton yang mengikuti tayangan program 26 episod ini sepanjang Ramadan tahun lalu, gandingan Eida Moin dan Amyza Aznan yang mencuit hati dengan telatah mereka mendekati masyarakat kampung menjalankan aktiviti ‘rewang’ masih melekat di ingatan.

Begitu pun musim kedua ini Ieda Moin berpasangan pula dengan pelakon Noorkhiriah yang tidak kurang hebatnya dalam bidang pengacaraan santai. Kemunculan mereka ‘turun padang’ menjelajah ke kampung-kampung termasuklah di Melaka, Johor Bahru, Selangor dan Pahang bakal menemui penonton mulai 26 Mei ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 4.00 petang menerusi TV2.

Kecoh Dapur 2 ... gandingan pengacara Noorkhiriah dan Ieda Moin

Ieda Moin dan Noorkhiriah Meriahkan ‘Kecoh Dapur 2’ Di TV2

Kelainan tahun ini kerana bukan sahaja penduduk kampung berkongsi resepi masakan istimewa mereka sebaliknya Ieda Moin dan Noorkhiriah turut meluangkan masa memasak resepi ringkas boleh dicuba peminat mereka sepanjang Ramadan ini. Paling mengujakan kemeriahan saat masakan tersebut diagihkan kepada penduduk setempat yang sama-sama bertungkus lumus memasak.

Saksikan episod pertama di mana Noorkhiriah dan Ieda Moin membawa penonton ke Kg. Kuala Linggi, Melaka. Rumah yang dijadikan lokasi kali ini adalah rumah milik Puan Fadilah. Puan Fadilah bersama-sama penduduk kampung di situ menunjukkan cara-cara menyediakan dua jenis masakan iaitu Ikan Selar Bakar Portugis dan Donut Gula Hangus. Norkhiriah dan Ieda pula menunjukkan cara-cara menyediakan Parata Mangga. Setelah selesai memasak, masakan tersebut diagih-agihkan kepada semua untuk dibawa pulang supaya dapat menikmatinya semasa berbuka puasa bersama keluarga.

Dalam episod seterusnya Norkhiriah dan Ieda Moin ke Kampung Jejarum, Banting, Selangor untuk mempelajari cara-cara membuat juadah yang jarang didengari dan dirasai. Lokasi kali ini adalah di rumah Encik Munir dan Puan Nia. Resepi yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk di sini adalah Nasi Lemak Nayan dan Karipap Beehon Tomyam. Norkhiriah dan Ieda pula menunjukkan cara-cara membuat Parata Gulung Cheezy. Selepas habis memasak, semua juadah tersebut dibahagi-bahagikan kepada mereka yang sama-sama bertungkus-lumus memasak dan menolong.

Lokasi berikutnya ke Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor mempelajari dua jenis masakan dari penduduk di situ, seterusnya menunjukkan sejenis resepi mereka. Tempat memasak yang dipilih bagi episod ini adalah perkarangan rumah Puan Seri Kandi. Resepi yang disediakan secara beramai-ramai oleh penduduk-penduduk di situ ialah Botok Ikan Tenggiri dan Puding Karamel Roti. Bagi pihak Norkhiriah dan Ieda pula mereka mengetengahkan sejenis resepi roti iaitu ‘Sandwich Ayam Crispy’. Semua juadah tersebut dibahagi-bahagikan kepada semua setelah habis memasak.

Noorkhiriah dan Ieda Moin juga turut membawa penonton ke Kg. Paya Datok, Alor Gajah, Melaka. Rumah yang dijadikan lokasi kali ini adalah rumah milik Puan Haliza. Kali ini Chef Jefry menunjukkan cara-cara memasak sejenis lauk iaitu Ayam Goreng Yogurt dan Puan Haliza bersama-sama penduduk yang lain pula telah menunjukkan cara-cara menyediakan sejenis juadah iaitu Kuih Koci Gula Melaka.

Seterusnya Norkhiriah dan Ieda menunjukkan cara-cara menyediakan sejenis menu sihat khas untuk penonton-penonton yang dinamakan Salad Jagung Manis. Selesai memasak, masakan tersebut diagih-agihkan kepada semua yang telah bergotong-royong kali ini untuk dibawa pulang sebagai hidangan berbuka puasa bersama keluarga.

Ikuti banyak lagi resepi menarik sepanjang Ramadan ini. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Kesyukuran Fattah Amin & Nur Fazura Sambut Ramadan

2017 SEVENTEEN 1ST WORLD TOUR DIAMOND EDGE IN KUALA LUMPUR