Rita bukan saja berjaya di kaca televisyen menerusi drama-drama popular seperti Simbiosis, Rafflesia, Iris dan baru-baru ini sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaru Awesome TV iaitu Shah Alam 40K. Rita juga pernah menjadi pilihan utama bagi dunia filem tempatan dengan kemunculan dalam filem Balistik, Mami Jarum dan Cinta.
Tidak hairanlah beliau mampu bertahan sehingga ke hari ini. Selain daripada bakat dan rupa paras jelita, Rita diakui merupakan seorang yang tahu membawa diri, berdisplin dan profesional.
Jadi apabila timbul kenyataan daripada Rita yang mendapati beberapa pendatang baru dilihatnya tidak bertegur sapa dan mungkin sekali kelihatan sombong semasa hadir ke set untuk bekerja, Rita enggan berselindung. Sebaliknya, beliau memberikan sedikit nasihat buat mereka semasa temuramah bersama. rakan media di Gempak.
“Terus terang saya katakan, kebanyakan (pelakon baru) ang saya lihat sangat berlagak, tidak bertegur sapa pun dengan orang lain. Sebagai pelakon baru, kenalah ramah dan perkenalkan diri kepada orang lain.
“Pada masa yang sama, kena banyak bertanya supaya dapat fahami watak. Ia akan memudahkan proses lakonan bukan saja untuk diri mereka tetapi juga memudaphkan urusan produksi.
“Mungkin ada yang beranggapan apabila pelakon lama tegur sebegini, mungkin sebab kami dengki. Tidak sama sekali, ia hanya satu nasihat buat mereka,” jelas Rita.
– Rita Rudaini
Haa, agaknya siapa pelakon baru yang dimaksudkan oleh Rita itu?
Jangan lupa gaiss, pada zaman 90-an dahulu lebih mencabar tau untuk menjadi seorang pelakon profesional. Ya, Rita merupakan seorang finalis Dewi Remaja dan itu sedikit sebanyak memberikan kelebihan buatnya untuk meraih sedikit perhatian daripada produksi pada waktu itu
Namun jangan dilupa, tiada sebarang media sosial yang boleh menularkan seorang selebriti baru pada waktu itu. Semuanya bergantung kepaada bakat, karisma dan seperti yang Rita tekankan, attitude di set penggambaran.
Jadi kepada pelakon-pelakon baru di luar sana, dengar cakap kak Rita ini okay kalau korang ingin bertahan selama dirinya dalam industri ini!