ASMARADANA sinonim dengan symbol keayuan memukau di sebalik kekuatan seorang wanita yang kental. Dengan itu, satu Konsert Puteri Gunung Ledang yang akan dipentaskan oleh Enfiniti Vision Media akan menjanjikan kelainan serta benchmark dalam mengadakan sesuatu konsert . Budiey.com amat berasa bangga dapat melihat sendiri shooting di belakang tabir yang menggunakan Green Screen sebagi visual effect untuk dipersembahkan dalam setiap lagu nanti. Tugas yang mencabar ini digalaskan dengan baik oleh setiap krew produksi Enfiniti.
Rebirth of the legend merupakan tema bagi konsert ini. Selama 10 tahun PGL beraksi dilayar perak bermula dengan filem ,persembahan teater muzikal dan kali ini memaparkan konsert sebagai gambaran finale PGL, ia mengabungkan kepakaran Green Screen shooting daripada KRU Production, suntikan elemen baru dalam persembahan tarian, penyusunan semula lagu dan pembawakan karektor yang tersendiri.
Keunikan PGL kali ini adalah pengabungan variasi filem,teater dan nyanyian untuk dipersembahkan di dalam konsert. ‘Kita membawakan sesuatu konsep ‘Extravaganva’ dimana konsert ini bukan sekadar menyanyi bahkan elemen filem dan teater di gabungkan menjadi sesuatu yang sensasi, keterujaan, dan akan memberi impak yang besar kepada penonton’ Kata Pengarah Konsep, Adlin Aman Ramlie.
‘Refreshed, Reconstructed’, Reimagined’ kata Pendukung konsert,Puan Sri Tiara Jacquelina akan menjanjikan kelainan dan persembahan yang terbaik kepada penonton terutamanya untuk memikat golongan muda untuk datang beramai-ramai bagi mengamatkan lagi Konsert PGL ini.
Selain itu PGL membariskan legend sedia ada iaitu Tiara Jacqualina (Gusti Putri), Adlin Aman Ramlie (Sultan Melaka) Stephen Rahman Hughes (Hang Tuah), AC MIzal (Gusti Adipati) dan Ida Mariana (Bayan). PGL juga menyatukan keistimewaan serta kepakaran krew produksi iaitu Pat Ibrahim, Roslan Aziz, Jason Voo, Raja Malek , Shada Hamid, Dale Majid adan Andrea Lok.
Budiey.com ingin mengajak anda untuk merasai pengalaman konsert yang akan menjadi fenomena, mengujakan serta menggegarkan pentas selama 5 hari bermula pada 20-21 Mac 2015 di Istana Budaya. Mungkin kah ini pengakhiran PGL?, saksikannya sendiri.