Ada yang menimbulkan spekulasi kilang itu merupakan kilang bahan kimia. Namun jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menjelaskan ia sebenarnya sebuah kilang pemprosesan makanan.
Difahamkan oleh pihak bomba bahawa bau asap yang kurang menyenangkan itu bukan sesuatu yang perlu dirisaukan kerana tidak mendatangkan sebarang bahaya.
Laporan yang dikongsi kepada TRP menyatakan bahawa anggota bomba menerima panggilan kebakaran di Taman Perindustrian Dolomite pada jam 9.47 malam dan berada di lokasi pada 10.00 malam.
35 anggota dan 6 kenderaan dari balai bomba Selayang, Rawang, Seri Hartamas, Gombak Selatan dan Gombak terlibat dalam operasi itu yang berlangsung sehingga jam 1.00 pagi tadi.
Kilang itu dikatakan sebagai sebuah fasiliti berkeluasan 1,000 kaki persegi kelas A dan 40 peratus daripadanya telah terbakar sewaktu anggota bomba tiba di lokasi kejadian.