Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal,34, memberitahu hanya ibunya sahaja yang positif manakala bapa dan adik lelaki yang tinggal bersama bebas daripada jangkitan wabak tersebut.
Berita duka itu dikongsikan penyanyi lagu Kalis Rindu ini menerusi Instagram Story miliknya, semalam.
Dalam pada itu, Elyana berkata dia berasa sangat bimbang dan juga sedih kerana tidak dapat berada di sisi keluarga terutama ibunya memandangkan keadaan kesihatannya juga kurang baik.
Saya sedih sangat..saya pun tak boleh nak tolong banyak sebab keadaan kesihatan pun tak berapa okay. Saya baru selesai jalani radioterapi dan akan menyambung rawatan kimoterapi selepas ini.
– Elyana
Elyana juga mengambil kesempatan memohon doa orang ramai agar ibunya kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
“Ya Allah, kau lindungilah ayah ku, Emrizal Shamsudin yang sedang menjaga ibu ku daripada terkena jangkitan ini.
Serta jauhkanlah adik lelaki ku Eizad Ezmeer daripada berjangkit”
– Elyana
Julai lalu, pelakon drama Dunia Baru itu telah memulakan rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul sebanyak lima kali bagi merawat penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun yang lalu.