Penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil yang sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak Selasa lalu, sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU).
Anak bongsunya, Kilafairy berkata, ibunya masih kritikal, namun, keadaannya lebih baik berbanding sebelum ini.
Kilafairy berkata, ibunya sudah mampu bernafas sendiri tanpa perlu menggunakan tiup oksigen.
“Iya, Mama tidak lagi bergantung kepada tiup pernafasan serta sudah boleh bercakap, cuma, keadaannya lemah,”
– KILAFAIRY
Rohana dimasukkan ke HCTM, Selasa lalu, namun, ketika itu, belum dapat disahkan puncanya.
Rabu lalu, penyanyi lagu Rayuanku itu selamat menjalani pembedahan untuk merawat kebocoran pada usus perut dan keadaannya dilaporkan positif selepas prosiding itu.
Terdahulu, juara Bintang RTM 1980-an itu sempat membuat persembahan bersama Jaafar Onn tetapi keadaannya dikatakan lemah.
Malah, ketika beraksi, Rohana dikatakan tidak mampu berdiri dan meminta kerusi untuk duduk.
Sumber: BH Online